Resepi Sambal Telur Mudah

November 03, 2017

Just a quick update. Jangan tak tahu, ada orang tak tahu nak masak Sambal Tumis Telur yang sedap dan cukup dengan rasanya. Untuk sambal telur ni, teknik dan resepi yang betul tu penting sebab kita guna telur rebus yang tak ada rasa apa, tak seperti udang dan sotong yang memberi rasa sedap kepada kuah sambal tu.


Untuk sambal telur ni Kekny hidangkan dengan nasi lemak dan ikan talang masin. Orang utara nasi lemak depa memang kau makan lah dengan lauk apa pun, tak apa boleh saja hehehe..

Untuk resepi nasi lemak boleh ke entri berikut

Nasi Lemak 
Nasi Lemak Kuning
Nasi Lemak Ayam Percik
Nasi Lemak Sambal Sotong

P1018830ed


Resepi Sambal Telur Mudah


Bahan-bahan 
10 biji telur rebus
5 ulas bawang merah dihiris
1 sudu teh pes asam jawa. Bancuh sikit dengan air
2-3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan kisar
1 cawan cili kering potong pendek, yang telah direbus lembut, buang biji sekali
2 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Cara penyediaan

Panaskan minyak, tumis bawang merah.

Masukkan bahan kisar. Tumis sampai cili tu garing dan pecah minyak.

Masukkan asam jawa, air secukupnya, garam, gula secukup rasa. Masak lagi lama lama dan perlahankan api sampai lah cili tu pekat dan merah terang.

Akhir sekali masukkan telur rebus dan siap. Boleh tambah bawang besar potong jika suka

You Might Also Like

6 comments

  1. Sedapnya... bila lah nak dapat rasa kakny masak ne

    ReplyDelete
  2. sedapnya. Betul tu eny, tak kena teknik memang tak sedap sambal telur.

    ReplyDelete
  3. hai kak eny! miss u much! terlior aih tgk sambal telur kak eny ! hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya, namapak macam menu biasa tapi kalau x ikut resepi yang betul, x menjadi juga, serius nampak macam sedap, dah terliur ni.. terus berbunyi2 perut akak..

    ReplyDelete
  5. Lapaq rasa walaupun baru lepas makan :D

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. mama suka dua2 jenis sambal telur Sama Ada Hancur atau sebus mmg la sedap sgt

    ReplyDelete