No Bake Lemon Cheese Cake

Mesti ramai yang suka makan cheese cake kan. Maklumlah taste taste antarabangsa semuanya. Nak beli di kedai sepotong dah dekat Rm10 dengan tax!

DSC04069Edwm

No bake cheese cake ni simple je buatnya. Dan kos membuatnya tak la semahal membelinya dari kedai kek. Resepi no bake cheese ni cuma perlu masukkan cheese cake ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Tak perlu bakar. Yang tak ada oven pun boleh buat.

Tapi yang saya buat ni dasar nya agak berderai sebab saya tunggu cuma 4 jam sahaja untuk potong. Sebab nak kejar cahaya matahari (natural lights) untuk photography. Kalau pakai lighting studio takut hasil dia tak sama seperti pakai cahaya semulajadi ni.

DSC04111edwm

Lepas dibiar semalaman, dasar kek tu memang cantik kerasnya bila dipotong. Next time kena buat dari malam sebelumnya hehehe..

Apapun rasanya tetap sedap. Hehee.. Kalau tak suka lemon boleh ganti dengan perisa lain. Boleh pakai blueberry, strawberry atau apa sahaja filling. Sekarang dah banyak jual filling instant kat kedai bahan kek. Saya tengok di kedai filling blueberry cuma harga RM4 sebekas lebih dari cukup untuk sebiji kek. Dah beli tu, cuma curahkan atas kek yang telah pun beku sepenuhnya.

Kalau tak nak pakai biskut marie dan nak gantikan dengan biskut kesukaan masing-masing pun boleh. Selalunya biskut oreo lebih sedap kan!

Kalau nak buat kek cheese kena ada spring form pan, sejenis pan yang boleh dibuka bahagian bawahnya (base). Senanglah nak keluarkan kek sebab kek ni mana boleh main terbalik terbalik macam kek biasa.

Tapi kalau tak ada spring form pan, boleh je kita buat mini cheese cake dalam gelas-gelas comel atau mug yang ada kat rumah. Ataupun kalau nak bagi kawan-kawan boleh je masuk dalam bekas plastik bertutup yang banyak jual kat kedai. Adik-adik yang belajar kat kolej, kalau rumah sewa ada peti sejuk boleh la buat bisness no bake cheese cake ni heheheh..

Kalau isi dalam gelas kena isi lapis-lapis selang seli cream cheese dan biskut barulah cantik!!


cheesecake3

Bila nak makan, cedok je dengan sudu!
cheesecake2

20141219_103544

Oklah jom tengok tutorial cheese kek paling simple ni. 

Resepi No Bake Cheese Cake

Bahan-bahan Dasar Kek : 
300 gm biskut marie - RM 3.50
100 gm butter - dicairkan - RM 4.50 - ada balance lagi boleh buat kek lain
1 ½ tbsp gula halus - Free  sebab pakai rumah punya ;p

Biskut marie dihancurkan. Cara hancurkan, letak dalam plastik bersih, ketuk dengan lesung batu dari luar.
Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan bersama butter cair  dan gaul sebati.

20141219_105437

Ratakan kedalam pan dan Tekan sehingga padat. Masuk dalam peti sejuk. Tunggu sehingga lebih kurang 1 jam baru lah boleh dicurahkan adunan cheese. Ni acuan bersaiz 8 inci. Kalau nak pakai acuan besar kena gandakan bahan-bahan ye.

20141219_111208


Bahan-bahan Adunan Cream Cheese :
250 gm Cream cheese jenama Tartura -  RM 7
200 gm Non-diary Whipping cream  - Saya pakai yg UHT Whipping cream. nak putar baru keluarkan dari peti sejuk - RM 16.50 utk 1 liter jenama Anchor. Jadi ada balance lagi 800 ml. Cari kotak kecik dah habis pulak.
80gm Gula caster – kisar sedikit supaya halus - sekali lagi free sebab pakai gula dari rumah
2 sudu besar jus lemon - RM 1
1 ½ tbsp gelatin – dicampur 100 ml air panas dan kacau sehingga sebati dan gelatin larut sepenuhnya. RM 2 sebungkus. masih ada balance


Cara-cara :
Sejukkan mangkuk pemutar terlebih dahulu dalam peti sejuk bahagian atas selama 10 minit. Keluarkan whipping cream dari peti sejuk dan terus tuang whipping cream dalam mangkuk sejuk tu, dan putar whipping cream sehingga kembang . Masukkan semula bekas whipping cream yang telah dipukul  tadi ke dalam peti sejuk supaya tak cair.
20141219_120326

Dalam mangkun yang berlainan, pukul cream cheese sehingga kembang,
20141219_120413

Masukkan gula, jus lemon dan bancuhan gelatin. Pukul lagi sehingga sebati.
20141219_120742

Keluarkan adunan whipping cream yang dipukul tadi dari peti sejuk dan masukkkan ke dalam adunan cheese.  Kaup balik dengan spatula sehingga rata atau pukul dengan mixer pada kelajuan paling perlahan sekejap sahaja.
20141219_121205

Ratakan adunan cream cheese bercampur whipping cream tadi ke dalam acuan  yang telah diletakkan dasar kek dari biskut marie tu. 
20141219_121551

Ratakan pakai spatula. Saya pakai sikat ni hehehe
. 20141219_121821

Dah siap dan ready nak masuk peti sejuk! 
20141219_121932

Sejukkan dalam peti sejuk selama semalaman dan esok boleh lah di makan.



Jumlah Perbelanjaan Kasar : RM 34.50
Boleh makan untuk 6 orang. Dan ada sesetengah bahan macam butter dan whipping cream ada banyak balance lagi tu, jadi beli lah cream cheese tu lebih sikit supaya boleh buat 2 atau 3 kali lagi.

Post a Comment

95 Comments

  1. mudah betul cara membuatnya

    ReplyDelete
  2. tak perlu dibakar pun.. mudah betul

    ReplyDelete
  3. suka versi dalam gelas tu.. senang dimakan

    ReplyDelete
  4. Senang ja nak buat kan..kos sangat murah.. boleh wat pencuci mulut bila jemput kawan2 dtg rumah.. tq for this resepi.. :)

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sedapkan? itu baru tengok gambar aje.. belum rasa lagi

      Delete
    2. YUMYUmmmm terangkat seleraaa...!

      Delete
    3. hurmmm tumb u sikit buat eny

      Delete
    4. jom kita cuba tgk nurinani

      Delete
    5. ramai betul yang suka resepi nih... so yummy

      Delete
  6. ini lah salah satu sebab saya suka blog Eny ni...
    banyak resepi yang mudah2 bg org yg tak selalu masak (mcm saya ni) memang agak senang nak ikut...

    ReplyDelete
  7. Soalan saya:
    1) kenapa mangkuk pemutar kena sejuk ye?
    2) gelatin sama tak dengan serbuk agar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan soalan exam...
      saya nak buat, tapi kat rumah takde gelatin. yg ada serbuk agar2 je... :(
      tau2 je la area kg ni, susah nak cari bahan kat pekan kecil :)

      Delete
    2. satu lg soalan
      3) cream cheese nak putar masa dia sejuk (baru keluar peti) ke nak biar dia suhu bilik?

      Delete
    3. Hi Jane.. Mangkuk pemutar kena sejuk supaya whipping cream cepat kembang dan naik elok. Kalau whipping cream tu tak cukup sejuk susah nak kembang.

      Agar-agar tak sama dgn gelatin. mmg kena pakai gelatin. jgn pakai agar-agar heheh

      Cream cheese biar pada suhu bilik sebab snng nk pukul. kalau sejuk dia keras dan liat.

      Delete
    4. Jane, kat Tesco selalu ada gelatin atau kedai jual bahan cake

      Delete
    5. sonoknye tgk kak eny buat mcm2 hehe

      Delete
    6. ada jualkan rasanya galentin tu warna kuning

      Delete
    7. GJ p ja kedai kek mesti ada punya..try la p tnya tgk mcm2 ada siap duit ja..

      Delete
    8. thanks eny... sebab melayan saya...
      bukan nya apa, nak ke pekan amik masa 30minit. ke tesco kena tambah lagi sejam lebih pula... haha. Kena tunggu hari cuti la mcm ni baru cari bahan2 semua :)

      Delete
    9. sy baru buat semalam tanpa guna gelatin. hehe die kurang mengeras, tpi rasanya okay je :D

      hanisamanina.com

      Delete
    10. kalau tak guna gelatin, best results masa hari ketiga! dah keras dah :D sedap jugakkk

      Delete
  8. Sorry ye Eny... banyak tanya...
    saya ni bersemangat nak masak... tapi banyak tak tau :P.
    dah kahwin dekat 3 tahun, tapi tiap kali masak, mesti tengok resepi... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu bertanya sesat jalan hehehe

      Delete
    2. kalau nk kutip ilmu kena bnyak bertanya kalau tidak kita yg rugi GJ

      Delete
    3. semoga sukses mencuba resepi ini

      Delete
  9. wow kak enyy..! meletop..!

    ReplyDelete
  10. hehe..siap letak harga! senang laa nak bajet2.. low cost je rupenyeee.. tapi hasilnya memang meleeppsss sangatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang low cost.. jimat belanja

      Delete
    2. tu la kalau org jual kat kedai mau rm50 sebelah tangan kan..air tangan sendiri sure sedap n puas hati

      Delete
    3. untung orang kalau tahu memasak.. boleh buat duit

      Delete
    4. kannn, untung lagi buat sendiri :D makan2 ramai2 kosnya utk makan sorang kat luar

      hanisamanina.com

      Delete
    5. sungguh menjimatkan

      Delete
  11. Herm mcm sedappp jer...mcm sedappp jer...

    ReplyDelete
  12. bila gambar cantik, makanan pun nampak sedap dipandang.

    kalau tukar dengan biskut oreo pun mesti sedap kan? sebab marie rasa sedikit plain. **sy selalu derhaka pd resipi org time nak mencuba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak2 ni perlukan kreativiti dan kepelbagaian

      Delete
    2. kena pandai syira kalau nak lebih urmm ana pandai ckp ja xp xbuat2 pun kikii

      Delete
    3. eny akak ana copy resepi ya..

      Delete
    4. syira jgn derhaka hihi ubah suai jd lg sedap xpa la..

      Delete
    5. pengolahan akan buat resepi bertambah sedap

      Delete
    6. hehe oreo pun sedappppp, lagi2 bila guna buat tiramisu, cuma orea mahal sikit kot?

      hanisamanina.com

      Delete
    7. wahhhh.. semuanya sedap belaka

      Delete
  13. Dah lama tak buat cheese cake ni. Takde mase. Hmmm, macam nak try je buat yg ni. Heheeee :D

    ReplyDelete
  14. Mamam cheese cake ni ada feel2 anak mat saleh skit banding makan pandan cake... Gurau je... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali tukar tekak rasa mat saleh

      Delete
  15. x ada oven pun boleh buat...sungguh mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde alasan takde oven tak boleh buat kek

      Delete
  16. singgah sini :) baguslah siap letak gambar step by step untuk beginner mcm licha ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepinya pun mudah sangat nak ikut

      Delete
  17. Cantik gambar yang kak Eny ambil ni. Heee

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap kek lemon cheesee ni, nak try lah nanti

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas resepinya ya kak Eny :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi resepi kat blog nih..

      Delete
  20. kalo biskut oreo lg la sedap =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat pakai oreo.. kongsikan nanti hasilnya

      Delete
  21. Nampak macam senang..boleh buat projek dengan anak-anak saya nanti ^_^* TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi eny bagi memang detail.. senang nak ikut

      Delete
  22. Eny, kak adaa follow ur blog ye..nway kak adaa memang peminat cheese cake ni ..YaAllah nampak sedap betul pagi2 buta ni haha and totally nice pics too! talented sungguh! keep it up.

    jemput follow kak adaa juga ye www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga peminat cheese cake.. hehehe

      Delete
  23. Replies
    1. tahniah kerana berjaya buat kek yang sedap

      Delete
  24. ciskek mmg digemari semua org...termasuk akak...tp utk membakingnya...hahahah...akak surrender la..sbb pernah sekali baking ciskek..tp tak jadi..hahahah...berkorban aje la membeli jika nak makan

    ReplyDelete
  25. Cantiknya kek keju.. lagi cantik dari kita hewhew.. tulah masa tahun 2007, sepotong kek keju dekat RM10, sekarang ni lebih mahal kot..

    ReplyDelete
  26. Sedapnya. Nak try buat untuk kenduri minggu depan lah. Sha rembat resepi ye Kak Eny. Tenkiu :)

    ReplyDelete
  27. senang sgt! cuma bahan tak cukup lagi , will try insyaAllah terima kaasih kak eny!

    ReplyDelete
  28. nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
    tq tau sudi share resepi ni.

    ReplyDelete
  29. Halo,. salam kenal, kami ikut promo yaa..
    kami Mug Imut Bandung (http://www.buatmug.com) membuat mug, mencetak mug, dalam berbagai model. Jual aneka mug murah, bahan mug, kardus mug, membuat gelang karet rubber,serta kertas Inject.
    lokasi kami ada Jl. Gagak I No. 19 Surapati ( SUCI ) Bandung tlp.(022)91147817 - 081320620692
    email : proprint_pinboo@yahoo.com
    pin BB 1 : 27DFACC4
    pin BB 2 : 57BDF820
    terimaksih ........

    ReplyDelete