Nasi Lemak Kuning

8:00 am

Hai... dah breakfast ke?

Pernah makan nasi lemak kuning? Kalau kat Kedah ni nasi lemak kuning memang biasa dijual kat kedai makan pada waktu pagi. Macam nasi lemak biasa juga, ada sambal, ikan bilis dan telur. Tapi kebanyakan nasi lemak di Kedah ni dijual dengan pelbagai lauk sampingan selain sambal ikan bilis dan telur. Biasanya ada daging atau ayam masak kicap, sambal sotong kering, ayam masak merah dan banyak lagi.


Nasi lemak kuning 1

Nasi lemak kuning ni lain sikit dari nasi lemak biasa yang putih yang menggunakan santan. Nasi ni tak pakai santan sebaliknya ditumis seperti nasi minyak. Bahan tumis biasalah ada rempah 4 sekawan, halia, dan bawang yang dikisar. Selalu mak saya letak sikit susu sejat. Ohhh yee tak lupa daun pandan juga ditumis sekali. Yang kuning tu adalah serbuk kunyit  yang dicampurkan sekali.

Sambal tumis tu buat je seperti sambal tumis biasa. Kalau saya suka asingkan sambal dan ikan bilis supaya ikan bilis tu kekal rangup :D

Note : ikan bilis tu pakai ikan bilis yang dibeli di Padang Besar. Malas nak goreng ;D

Nasi lemak kuning 2

Resepi Nasi Lemak Kuning

Bahan-bahan :
4 Pot Beras
Air Secukup nya (saya tak bagi sukatan saya sebab kadang-kadang sukatan air depend pada beras kita guna kan)
1/2 cawan susu - tolak jumlah air tadi untuk dpt kan jumlah cecair yang betul
 2 Batang kulit kayu manis
3-4  Bunga lawang
4-5 cengkih
2-3  buah pelaga
2 helai daun pandan
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus dengan sedikit air
2-3 inci halia
3-4 bawang merah
4 -5 ulas bawang putih

Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar bersama sama rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan air secukupnya dan serbuk kunyit. Masukkan susu, dan sedikit garam dan akhir sekali masukkan beras dan masak seperti masak nasi biasa. Boleh transfer dalam rice cooker juga.

You Might Also Like

37 comments

  1. Terjah drpd fb...
    Nasi lemak memang feveret aida. Makan tiap pagi pun xpe hi hi... but nasi kuning x pernah. Kat melaka xde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ingtkan dat IG hahhaa lawak ja adianieza ya

      Delete
    2. semua orang serbu sini cari resepi

      Delete
  2. perghhhh .. terbuka selera makan.....

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni makan nasi lemak tak kira waktu .. Malam pun makan nasi lemak .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. org sekarang main bedal ja nk mkn xkira lah pagi ka tghari ka ptg ka jnji masuk perut kenyang tu ramai kena sakit jantung hahhha

      Delete
    2. tapi yang nih takde santan.. ok kot

      Delete
  4. Waowwwwww....!!!!!!! Speechlesss...

    ReplyDelete
  5. ikan bilis pon salut bijan tu.. mahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha ada jual kat pekan lumut ni meh la beli

      Delete
  6. pernah jumpa... tapi tak pernah try... sebab ingat nasi ayam tapi bersambal... hahaha

    ReplyDelete
  7. nasi lemak kuning ni boleh gantikan pulut kuning. hahahaaa

    ReplyDelete
  8. ikan bilis tu buat ana tertarik ja..

    ReplyDelete
  9. kenapa tak namakan aje nasi kuning kalau tak pakai santan.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. nasi lemak yang sedap adalah dinilai dari sambalnya

    ReplyDelete
  11. kalau sedap sambalnya maka sedaplah nasi lemaknya

    ReplyDelete
  12. kalau d tempat akak...dorg buat nasi lemak kuning..nasik tu letak serbuk kunyit jer lebih...tapi x sedap..tapi ada juga yg sedap....yg x sedap tu org yg hanya meniru apa yg org lain buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua orang punyai teknik asas masakan yang baik..

      Delete
  13. Nasi-nasi kat Malaysia ni selalunya berwarna kuning tapi rasa yang berbeza.. antaranya nasi briyani dengan nasi jagung..

    ReplyDelete
  14. Sejak duk kedah cukup 2 tahun baru taw nasi lemak kuning pemes kat kedah sini pun ada jual

    ReplyDelete
  15. Sejak duk kedah cukup 2 tahun baru taw nasi lemak kuning pemes kat kedah sini pun ada jual

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com