Nasi Lemak Je Pagi Ni...

/
10 Comments
10:25 am
Selamat pagi semua...
Sarapan nasi lemak je pagi ni..  eh boleh pakai ke ayat 'nasik lemak je' hehehe
P6013576ed

Anyway berita hari ni agak sedih juga dengar banyak company besar akan buang pekerja-pekerja diorang. Harap semua yang terpaksa melalui episode sedih tu dapat bertabah dan bersabar. Rezeki Allah ada dimana-mana. Walaupun sekadar menjual nasi lemak dan kuih muih, jika kita tahu erti bersyukur dan berusaha, Allah akan lipat gandakan ganjaran usaha kita.

Tatkala menikmati nasi lemak ni, dalam hati bersyukur. Walaupun 'nasik lemak je' tapi jangan kita tak tahu, ada yang tak mampu nak merasa diluar sana.. Kita ni selalu nak mendustakan nikmat yang Allah bagi. Kan???
P6013585ed
Nikmat saya hari ni.. Alhamdulillah.

Untuk resepi nasi lemak ni boleh je check dalam blog ni. Ada je. Dan sambal tu pulak sambal ikan talang masin beli dari Tanjong Dawai.  Kalau orang Kedah sini memang suka buat nasi lemak lauk sambal ikan talang masin ni. Buat je macam sambal biasa. Telur tu kasi lembut dan cair memang sedap.

Harapan dengan entry ni, ada yang tercetus idea nak buka perniagaan jual nasi lemak sambal ikan talang masin ni. heheheh...

Resepi (klik) :
Sambal Tumis Ikan Talang Masin
Nasi Lemak Kuning Sambal Sotong
Nasi Lemak Ayam Percik


You may also like

10 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi...
wow!nasi lemak...
pagi jarang makan nasi lemak..
sbb kang mengantok tahap gaban..haha..keje x leh nak jalan sebab mata berat..hihihi..
nice picture :)

ewento marcello said...

kak eny kejam!!!! enzim kelaparan saya mula bergelodak!!!

NURHAZIQ HAFIZ said...

walaupun nasi lemak je tapi tetap menyelerakan.

Inani Hazwani said...

sedapnyaaa :D

kisah earty said...

kak eny... kite sampai tak puasa arini sbb terbayang bayang nasi lemak...hahaha

tiga lalat said...

salam. hee nasi lemak gmbr pon chantek dan mengoda ;p

Khalid Kyle said...

sedapnye nampak, pic pun super clear

Jom Terjah : Bukti cukai GST di Malaysia naikkan harga barang


Eny Abdullah said...

alamakkk hahahha sorry!

safurara said...

sedih sangat kan kak, sy sampai skrg rasa pilu.nasi lemak! ahhh fav gila!

Siti Yang Menaip said...

orang utara mmg gitu.. ikan talang hihihi..