EnyAbdullah.Com

EnyAbdullah.Com
Dah lama tak makan mee hailam orang melayu dulu dulu ni. Bukan apa sekarang susah nak cari mee hailam melayu yang sedap macam dulu. Banyak dimonopoli kedai siam yang mee hailam atau segala mee nya tak rasa macam kedai melayu kita makan dulu-dulu.

mee hailam

Resepi Mee Hailam Sedap

Kekny masih ingat, Masa zaman 90an, masa restoren siam belum tumbuh ibarat cendawan lepas hujan, masa tu kedai melayu yang jual segala jenis mee hailam, mee bandung (sini panggil mee kuah), mee goreng melayu yang sedap dengan rasa kicap, bawang, isi ayam dan daging ditumis lama lama bukannya dimasak cincai macam sekarang. Sekarang ni rasa kuahnya macam dibancuh dengan sos dan curah saja. Dengan kuah yang terlebih manis pula, ada terlebih masam kerana pengaruh rasa dari siam. 

P_20170922_150253ed

Mee Hailam ni rahsianya kena tumis lama-lama bawang kisar tu, ayam tu brown kan kejap biar keluar segala perisa ayam baru sedap. Kuah pulak kita rebus tulang ayam buat stok. Baru masukkan dalam tumisan tadi. Haaa barulah rasa sedap kuah tu. Ok jom ita tengok resepi mee hailam sedap ni.

Untuk resepi Mee Hailam versi lain boleh tengok sini Mee Hailam 

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan 
2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah lagi jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur- sayuran (sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato)
Air rebusan tulang ayam atau daging - jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Bahan kisar
2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara penyediaan 
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal isi daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.

Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Untuk video ada Kekny sediakan di Instagram Kekny. Senang korang nak rujuk kan.

Sembang lepas lunch. 

Semalam genap tujuh tahun ayah Kekny meninggalkan kami. Kerinduan tu masih terasa walau 7 tahun berlalu, tapi kami redha kerana itulah ketentuan Nya.

Bercakap mengenai arwah ayah. Kau tahu arwah ayah Kekny dulu garang. Dia kalau marah tu memang marah habis, tahap mengamuk la. Semua kecut perut la kalau dia naik suara.



Mak pun garang, takat nak sebat dengan rotan tu memang selalu lah kena. Tapi kami lebih takutkan ayah. Dia punya garang lain macam.

Arwah ayah pernah larang satu rumah tak boleh tengok TV waktu malam masa tahun Kekny nak ambil SPM. Semua diam je tak membantah

Kau tahu dia pernah heret Kekny bangun tidur dari katil sebab malas bangun pi jogging. Masa tu dia sibuk suruh Kekny kurus kan badan hahahahaha.

Setiap kali kena marah kat sekolah, cikgu baling buku, cikgu rotan tangan, ketuk ketampi, berdiri atas kerusi, jalan donald duck (jalan itik), pusing padang 1 round.. kekny pun mengadu la kat arwah ayah kot la dia boleh marah cikgu tu balik kan, tapi dia buat tak tahu je. 

Dan selama Kekny bersekolah, dia tak pernah masuk campur hal sekolah dan hal cikgu. Dia serahkan betul anaknya kepada cikgu untuk diajar dan diasuh. Tapi dirumah kami diajar dan diasuh cara dia pula.

Arwah ayah Kekny dulu pentingkan pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Sebab dia bersekolah aliran Inggeris, jadi dia memang jadi cikgu B.I Kekny kat rumah, ajar buat essay, ajar buat ayat ikut grammar yang betul. Lagi takut tau belajar dari ayah garang ni dari belajar dengan cikgu. 

Kekny rasa sebab ayah faham apa itu tugas seorang guru sebab ayah dia pun guru dan bekas guru besar sekolah.

Dan melihat banyak kejadian yang berlaku sekarang melibatkan remaja dan kanak kanak, rasa bersyukur kita kena marah dengan mak dan ayah dulu-dulu. Kami kena marah, kena sebat dengan rotan, tapi tak pernah pula rasa terdera dan teraniaya. Walaupun bebal tu memang ada hehehe

Hasilnya kita besar jadi orang, walau tak la berjaya mana tapi dapat menyumbang sesuatu yang kecil kepada masyarakat pun dah cukup

Ibu bapa hari ni, kebanyakannya (bukan semua) suka salahkan cikgu yang mendidik. Jika cikgu pukul sedikit, nak dakwa cikgu, marah cikgu pukul anaknya. Tapi bila budak-budak terjerumus ke lembah dadah dan jenayah, boleh pula ibu bapa salahkan cikgu-cikgu tak mengajar budak.

Para guru pun berbelah bagi, nak diajar cara betul, itu anak orang. Nak dibiarkan pula, pun dipersalahkan jika terjadi apa-apa. Dikatanya guru makan gaji buta.

Kekny menyeru ibu bapa sekarang, buka mata dan minda. ambil semula dan contohi cara mak ayah ajar kita dulu, walaupun zaman dah berubah tak salah rasanya kita kekalkan didikan dan asuhan yang cara dulu. Marahlah anak tu, pukullah jika dia melakukan kesalahan, pujilah jika dia melakukan kebaikan, dan sayangilah anak itu sepanjang masa, seluruh hidupnya.

Terima kasih ayah, Abdullah Bin Othman, kerana didikan ayah dahulu, kerana marah ayah dan tegasnya ayah dahulu maka kami jadi orang yang selayaknya orang, yang punya perasaan dan jati diri. Yang tak mudah goyah dipukul badai. Kami kuat kerana didikan tegas ayah dan mak dulu.

Al Fatihah Abdullah Bin Othman, 29/12/1949  -  19/9/2010.

Stew Daging Cicah Roti Pun Sedap | Dah lama tak update blog. Agak sibuk sedikit kebelakangan ni. Hari ni Kekny nak share resepi Stew Daging. Mudah je nak buat sebenarnya stew daging ni. Stew ni kategori sup tapi lebih pekat, mewah dan kaya rasanya. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis, roti bakar atau kalau kat Malaysia korang nak makan dengan roti canai, roti bom atau capati pun sedap juga.

Kekny pakai resepi Beef Stew Chef Jamie Oliver. My favourite chef! Kau jangan tak tahu, stew ni kalau di negara barat ibarat kari kita di Malaysia cuma rasanya tak begitu berempah dan tak ada santan digunakan. 

Ok jom tengok resepi.


P8092797ed

P8092813ed


RESEPI STEW DAGING

Bahan-bahan
600gm daging lembu, dipotong dadu
1/4 cawan tomato puri dalam tin
1/2 cawan kacang panggang dalam tin
½ cawan kacang merah dalam tin
2 biji tomato, dipotong dadu
3 biji kentang, dipotong kiub
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang besar, dibelah 4
1 liter air
2 kiub daging lembu
2 helai daun bay kering
1 sudu kecil herba rosemary kering
1 sudu besar daun herba thyme segar, dicincang
1sudu daun parsley segar, dicincang
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan tumis
3 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji bawang besar, dicincang
1 batang celery, dipotong
1 batang lobak merah, dipotong dadu

Cara penyediaan

1. Daging digaul bersama sedikit garam, lada hitam dan tepung jagung.

2. Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bahan-bahan tumis. Kemudian masukkan daging yang telah digaul tadi. Masak sekejap sehingga daging mengecut dan keperangan.

3. Masukkan tomato puri dan tomato dipotong dadu. Masak sehingga tomato hancur.

4. Masukkan air dan kiub daging lembu. Masukkan juga bawang besar, daun bay,  herba rosemary kering dan daun herba thyme.

5. Masukkan kentang dan reneh lagi sehingga kentang dan daging lembut dan empuk.

6. Masukkan kacang panggang dan kacang merah dan masak lagi seketika. Masukkan gula, garam secukup rasa dan tabur daun parsley. Sedia untuk dihidang.

Saranan
1. Boleh gunakan periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak dan melembutkan daging

2. Stew daging sedap dihidangkan bersama roti bakar, roti perancis atau dihidangkan begitu sahaja.


Nasi Daging Dalam Masa 20 Minit Dengan Philips Pressure Cooker | Buat Nasi Daging lagi. Tapi kali ni lebih mudah sebab guna Philips Pressure Cooker.  Nasi pun jadi elok dan tak berapa lembik sangat. Daging pula lembut dan berjus. Suka lah pakai Philips Pressure Cooker ni. Sebab masak apa pun jadi elok hahahah..


Kekny guna beras biasa je. Pun cantik je kejadianya, elok masak. Sedap dah tentulah hehehe. Dengan Philips Pressure Cooker ni nak masak nasi jenis tumis ni memang senang. Kalau kita guna dapur gas, selalu nasi akan jadi tak masak, lembik atau berkerak. Jika masak guna rice cooker biasa, nasi selalu tak masak lagi, butang masak dah naik. Jenuh lah dok ulang tekan butang tu saja. Dan selalunya nasinya jadi tak berapa elok masaknya. Ada bahagian mentah, ada bahagian lembik, ada bahagian masak elok. Pakai Philips Pressure Cooker ni memang nasi masak sekata, tak berkerak dan masak sepenuhnya!

P1018230ed

Nasi daging ni lawannya ialah air asam tomato. Sedap memang sedap. Kalau nak tambah kuah dalca atau kari tu boleh je. Atau boleh juga buat acar jelatah. Sedap juga digandingkan dengan nasi daging ni.

P1018237ed

Habis sekejap je nasi ni. Kejadian nasi yang lembab dan tak kering, daging pun lembut dan juicy didalamnya. Ahamdulillah.

P1018252ed

Haa korang kena dapatkan satu pressure cooker ni, untuk mudahkan kerja didapur. Boleh je beli dari LAZADA. Murah je. Boleh KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN

P1018257ed

Resepi Nasi Daging 

Bahan-bahan
800 daging lembu - dipotong nipis je
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
5 cawan beras
5 cawan air
2-3 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar tomato puree

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia


Cara penyediaan

Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis sehingga betul kering.

Dalam pressure cooker, masukkan sedikit minyak. Press BAKE dan press CHICKEN, biar sehingga minyak panas, kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga,  masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.

Masukkan daging dan gaul rata. Biar sehingga daging mengecut dan hilang merah. Jika nak daging lebih lembut boleh rebus sekejap dengan set on pressure, BEEF mode selama beberapa minit. Kemudian release pressure dan buka periuk semula. Saya pakai daging jenis lembut jadi tak perlu rebus dah.

Masukkan rempah sup dan kacau rata.

Masukkan beras dan air. Jika air daging banyak, pastikan kurangkan air nasi. Biar nasi dan air sama paras lebih sikit je.

Masukkan tomato puree, daun pandan, kacau rata dan tutup pressure cooker. Pastikan tombol berada pada kedudukan seal. Kemudian off kan mode Bake. Press RICE dan kemudian Press START dan tunggulah hingga nasi masak.

Bila sudah masak, release pressure dan boleh gemburkan nasi supaya lebih gebu.

Resepi Air Asam Tomato

Bahan-bahan
5 biji tomato dihiris nipis
2 biji bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar serbuk kerisik – jangan ambik minyak ye

Bahan kisar (kisar sekejap jangan halus sangat)
½ cawan air asam
1-2 sudu besar belacan
4-5 biji cilipadi
3-4 biji cili merah
Sedikit garam dan gula

Cara penyediaan

Gaul bahan kisar bersama tomato dan bawang serta kerisik. Gaul sebati dan sedia dihidangkan.
Teknik Double Boil | Teknik double boiling ni ialah satu cara untuk memanaskan sesuatu menggunakan haba tetapi secara lebih lembut dan apinya tidak terlalu panas. Senang cakap, habanya bukan secara terus dari api, tetapi  haba dari dari steam atau wap air. Dengan cara ini dapat mengekalkan struktur bahan yag dipanaskan.


Ramai yang ambil mudah teknik double boiling ni dengan menggunakan perlatan yang salah. Sebenarnya ianya tak susah mana. Apa yang kita perlukan ada didapur kita. Ambik satu periuk saiz kecil dan satu mangkuk kaca tahan panas atau juga boleh gunakan periuk bersaiz besar sedikit dari periuk pertama. 

Contoh gambar dibawah cara yang betul dan saiz periuk dan mangkuk yang betul.


Cuba gandingkan keduanya dengan letakkan mangkuk kaca atau periuk yang lebih besar ke atas periuk kecil tadi. Jika kedudukannya kukuh, tak bergoyang, menutup rapat bahagian periuk bawah, maka itulah peralatan double boiling korang yang akan digunakan. Jika periuk atas bergoyang, senget ke kiri dan ke kanan, maka sila cari periuk lain atau pun mangkuk lain, tukarlah samada periuk bawah atau periuk atau mangkus atas, korang kena pastikan ianya betul-betul terletak ye.


Ramai sebenarnya ingat alah nak cairkan coklat untuk buat kek dan brownies, guna teknik apa sahaja pun boleh asal coklat cair dan kek menjadi juga. Kek akan menjadi juga, tetapi adakalanya rasa coklat akan berubah, menjadi pahit, tidak halus dan mulus. Rugi lah keluarkan modal beli coklat mahal dan premium tapi rasanya berubah kerana kesilapan teknik dalam mencairkan coklat.

Perlu dingat, apa kita buat, praktiskan buat secara betul kerana setiap perbuatan akan  menjadi kebiasaan. Kalau kita praktis benda betul maka maka kita dah terbiasa buat benda dengan betul dan untuk next task yang perlukan ketelitian ianya menjadi mudah buat kita.

Tujuan Double Boiling

Tujuan double boiling ni tak sama untuk setiap bahan. Jadi jom kita tengok apa yang membezakan untuk setiap bahan.

Mencairkan Coklat

Selalunya digunakan untuk mencairkan coklat lah. Coklat mengandungi komposisi susu dan koko yang sebenarnya sangat mudah hangus bila terkena haba yang terlalu kuat. Kita sememangnya tidak nampak coklat tu hangusm tetapi ianya mengubah rasa dan struktur coklat. Suhu yang terlalu tinggi akan mengubah struktur, rasa dan bau coklat yang harum menjadi bau koko yang kuat dan tengik. Oleh itu, coklat perlu menggunakan teknik double boiling jika hendak mencairkannya terutama untuk coklat coating, sos coklat yang mana rasa coklat halus dan creamy diperlukan. Kalau untuk brownies juga, sebenanrnya coklat boleh dicairkan dalam microwave saja pada suhu sederhana. Dan jika guna teknik double boiling yang betul, kita dapat megurangkan wap air yang akan masuk kedalam coklat. Kandungan air ni mempengaruhi kejadian kek dan biskut kita. Perlu diingat ada ada resepi kek dan biskut, setitik air pun tidak boleh masuk.

Membuat Puding, Kastard, Sos Kastard atau Sos Krim dan kepala kuih tradisional lebih halus

Teknik double boiling juga digunakan untuk penyediaan kastard. Sama ada memekatkan kastard sehingga pekat dan tidak berketul atau penyediaan kepala kuih sebelum dikukus selalunya dikacau dahulu agar pekat dan likat dan tak menyerap masuk kedalam lapisan bawah. Double boiling memastikan adunan tidak berketul dan hangit. Menjadi lebih berkrim, halus, tidak pecah kompisisi lemak, teur, santan atau susunya.

Peyediaan Pelbagai jenis sos contohnya hollandaise sos, strawberry sos, curd dan sebagainya.

Untuk penghasilan sos contohnya hollandaise sos yang dibuat dari telur memerlukan teknik double boiling agar suhu yang sesuai digunakan untuk memasak telur masak sepenuhnya, tetapi dalam masa yang sama telur harus kekal cair, creamy dan halus dengan sedikit buih halus apabila dipukul diatas haba yang terhasil.

Penyediaan meringue dan  krim untuk melepa kek contohnya Italian swiss meringue buttercream,

Sejenis buttercream yang memerlukan kita double boiling telur putih bersama gula dan pada masa sama telur tersebut tidak harus masak. Double boiling hanya untuk mensterilkan telur dan melarutkan gula sebelum dipukul sehingga menjadi meringue.

Ok harap korang faham fungsi, cara dan tujuan teknik double boil ni ye !

Philips Pressure Cooker One Pot Cheesy Beef Macaroni | Sekarang ni nak masak tak perlu nak bersusah payah macam dulu lagi tau. Kalau dulu-dulu kala zaman masak dapur kayu, kemudian dapur minyak tanah, dapur gas sampailah ke zaman induction cooker. Dan sekarang kita ada multicooker dan pressure cooker eletrik. Bercakap tentang pressure cooker ni, sebenarnya teknologi pressure cooker ni sudah lama ada. Tapi dalam bentuk periuk biasa yang dikedapkan penutup untuk kekalkan tekanan  dan selalunya diamasak atas api. Tapi kini kita dah ada pressure cooker eletrik siap berkomputer dimana setting nya dilakukan dihujung jari saja. Dah masuk bahan nak masak tu, kau tekan je butang yang sesuai tu Kak Jah. Dah tu pi layan laki atau anak anak tak pun layan sinetron. Cukup masa pressure cooker kau bunyi tu ha siap lah masakan hehe.. mudah sangat kan. Philips ni jenama bukan sebarangan di Malaysia. Satu jenama yang kukuh sejak beberapa puluh tahun. Pressure cooker jenama Philips ni dah lama berada di pasaran tau tapi sejak akhir-akhir ni jadi hot sikit. Ye lah ramai yang dah tak ada masa nak masak cara konvesnsional macam dulu. Nak pula di zaman ekonomi teruk ni, nak makan di luar adalah satu bebanan buat keluarga besar. Masak sendiri lebih jimat dan lebih terjamin kebersihanya. 



Masak Pasta Dengan Philips Pressure Cooker

Dah dapat Philips Pressure Cooker idaman hati Kekny ni maka first dish yang Kekny masak ialah macaroni. Kekny buat Cheesy Beef Macaroni. Sebab kita campak semua bahan dalam periuk tu maka jadilah dia One Pot Cheesy Beef Macaroni. Kenapa tau, sebabnya macaroni tu kau masukkan saja terus dari plastik tak payah nak rebus dulu dah. Haa senang kan. Kekny ni bab rebus pasta ni memang segan sikit sebab nak tus kan air rebus tu yang renyah kan. Dengan Philips Pressure Cooker ni kita cuma tumis bahan asas, masukkan daging dan sos, dan kemudian masukkan pasta yang keras tu lagi dan masukkan air secukupnya untuk melembutkan pasta dan set kan pressure cooker. Terus masak dan siap dalam 15 minit ikut kuantiti bahan kita tu lah. Senang sangat! Kalau korang nak beli Philips Pressure Cooker ni boleh beli secara online di LAZADA Klik PHILIPS PRESSURE COOKER

P1018171ed

Sedap sungguh hehehe.. Adik-adik Kekny memang penggemar pasta, kalau buat tu memang licin. Kekny pasti anak-anak korang pun suka pasta macam ni kan. Boleh buat untuk anak-anak nanti. Sesuai untuk buat bekal ke sekolah ataupun untuk parti harijadi anak. Okey jom kita tengok resepinya yang cukup mudah ni.

P1018187ed

ONE POT CHEESY BEEF MACARONI

Bahan-bahan
1 bungkus macaroni anggaran 400gm ke 500gm
400 gm daging cincang
8 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang besar, dipotong dadu
1 cawan keju cheddar diparut
4 sudu besar tomato puree
1 sudu besar dried oregano
1 sudu besar dried parsley
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Cara penyediaan 

1. On pressure cooker, press BAKE - Vegetable atau Chicken untuk tumis bawang besar cincang dan bawang putih


2. Masukkan 400gm daging kisar dan masak kejap untuk brownkan je.


3. Masukkan 4 sudu besar tomato, dried oregano, dried parsley, sosej dipotong, sebungkus macaroni dan masukkan air sehingga paras macaroni je. Gaul rata.






4. Tutup pressure cooker,pastikan valve ke seal dan press CHICKEN dan press START. Screen timer akan berpusing sekejap dan kemudian akan keluar masa yang betul untuk masak.. untuk kuantiti bahan diatas perlukan 15 minit sahaja.


5. Bila pressure time dah habis, jika nak cepat makan, boleh manual quick pressure release (untuk bahan berkuah tak boleh cara ni kena tunggu floating valve turun ye, cara ni untuk masakan kering je) caranya keep warm selama few minutes dan boleh la release pressure dengan tolak valve dari seal ke release steam.. guna senduk ye jangan gunphia tangan untuk tolak..wap tu panas.. bila habis keluar wap, floating valve akan turun dan akan unlock penutup.. baru buka 

Tengok lembut je macaroni tu


6. Tabur 1 cawan parutan cheedar cheese dan kacau rata. Siap!