Pagi ni masak lagi sebelum ke office. Menu hari ni, Lempung Goreng Rangup Sambal Hijau, dan ada masuk kentang sikit dalam tu. Kalau tak suka sambal hijau, boleh je pakai cili merah biasa atau cili kering yang direbus dan dikisar. Pun sedap juga heheh. Lempung ni ialah paru lembu. Kalau di sebelah utara ni dipanggil lempung (sebab bila masak dia akan terapung macam pelampung hehehe).

P4292512ed


Dah lama terliur tengok iklan Shin Ramyun kat Astro Go Shop. Last last terbeli juga hewww... (T__T)

P4162209ed

Hai semua, 
Blog saya kini dah bertukar ke domain iatu www.enyabdullah.com.

Senang dah ada domain sendiri kan. Barulah semangat nak berblogging.

Thank you geng Exchange Feed Group ( EFG ) sebab bagi tunjuk ajar! Join EFG ni bagus, bila kita ada kemushkilan, just tanya je pasti akan dapat jawapanya.

#EFG awesome!

Ok sebagai merasmikan domain baru... presenting taraaa.. new header. :)


DSC04370ed

If it wasn’t for the struggle you wouldn’t have the strength. Life is always building you up even when it seems like it’s breaking you down. No matter what happens, just do your best and make the best of it. You won’t enjoy your life if you don’t enjoy your challenges. Great challenges make life interesting, and overcoming them makes life meaningful.

Kepada peminat Brownies di sekitar Alor Setar, Jitra, Kepala Batas, Changlun, dan kawasan berdekatan, kalau nak order Premium Rich Chocolate Brownies yang menggunakan gourmet chocolate bolehlah order dari saya.

P4212443ed

Hai!!
Dah lama tak buka blog, eh rasanya baru 2 hari hehehe.. 
Mak baru je buat eye surgery untuk catarac. Juat a minor surgery je, tapi as usual kita ni selalu mengharapkan mak je kan dah besar tak sedar diri hehehe... Jadi hidup adalah sedikit huru hara sebab ke hospital la, ke sini  kesana, pada masa yang sama, kena masak, urus rumah, tu tak masuk lagi cerita di office. At the same time saya pula tengah sibuk jual Brownies. Rasanya macam salah timing tapi perancangan Allah tu kan adalah yang sebaiknya kan.. :)


P4182393ed


Bunga apa ni ya... cantik sungguh warna. Tumbuh meliar di sekitar site. Walaupun tumbuh meliar tapi warna merah jambunya sungguh cantik. Macam bunga di halaman rumah selayaknya. 
Nasib bawak lens zoom boleh shoot dari jauh...

Lokasi : Site
Gear : Sony A290, Lens Tamron 70-300

Sony A290, Sony Alpha Review, Tamron

Hari Jumaat lepas ke Kuala lagi mencari ikan segar.. Ikan kalau segar walaupun sekadar ikan kembung atau Temenung orang sini panggil, memang manis dan lemak isinya. Sedap direbus, dibuat Sayur Ikan (Resepi Klik SINI) atau dibakar.

P4172290ed


Kalau Ke Utara (Kedah/ Perlis) ni pasti akan jumpa makanan-makanan yang boleh dikatakan senang dijumpai di sini.. Kebanyakan boleh dijumpai si serata Kedah dan di gerai gerai di tepi jalan. Pergi je kemana-mana pastu ada.

Antaranya

Bihun Sup / Kuey Teow Sup Utara.
P4172280ed

Saya penggemar kuih kaswi ni atau ada yang panggil Kasui / Kosui. Kuih Kaswi ni ada 2 jenis, yang perisa gula melaka atau yang pandan (warna hijau). Keduanya sedap. Rasanya pun seolah-olah kuih lompang. Cuma perbezaannya ialah kuih lompang menggunakan tepung beras dan tepung ubi manakala kuih kasui menggunakan tepung gandum dan tepung ubi. 

P4182390ed

Selalu kita nampak kalau dalam drama atau filem, seorang yang membawa watak pengarah filem, atau jurugambar selalu akan buat silangan kedua belah ibu jari dan jari telunjuk membentuk  segi empat seolah-olah melihat dari dalam kamera.. hahahaha actually tu bukan action main-main tapi untuk dapatkan komposisi dan framing gambar yang cantik dan kreatif, kita kena praktikkan melihat melalui framing macam tu.

Tujuan teknik framing ni ialah untuk memberi fokus yang lebih menarik kepada gambar. Gambar tersebut nampak seperti ada ceritanya sendiri, tak nampak bosan dan tak nampak terlalu biasa.

Framing ni ada banyak jenis, sama ada kita nak pakai benda yang ada sekitar subject atau atau benda semulajadi i.e pokok, tumbuhan, daun dan sebagainya.

Contoh benda yang bukan semulajdi ni, let say kita nak ambil gambar bunga, kita boleh jadikan tiang lampu, pagar, untuk framing subject kita nanti.

Contoh paling mudah simple dan mudah ialah mengambil gambar dari tingkap. Disitu kita jadikan subject pemnadangan di luar tingkap di framekan dengan bentuk tingkap tersebut. Senang kan nak faham.

Kalau nak lebih kreatif cuba lihat melalui frame jari, mungkin kita boleh dapat shot yang menarik di situ. Apa yang pasti, jangan takut untuk mencuba sebab key nya di sini ialah tak rugi mencuba. 

Antara contoh framing dari lensa saya... koleksi gambar bunga..

Dawai dan tiang sebagai framing subjek bunga... ni boleh bawa maksud tertentu juga kan hehehe
DSC04385ed


Sebut je laksa, semua orang terliur kan.. antara entri mengenai laksa dan resepi laksa di blog Eny Abdullah..

DSC04287ed



Klik Banner Untuk Join

Klik banner untuk join
Klik BANNER untuk join ye :)

Kerana setiap yang bulat itu.... pasti.....
DSC04522ED

Lunch simple je hari ini. Kebetulan hari Khamis halfday, balik rumah terus masak. Lunch pukul 3 heheheh.. ok lah kan malam ni tak payah makan dah..

Ikan bakar ni sedap dilawan dengan sayur tumis bayam simple. Memang sedap. Ada pulak air cabai picit..

Balance sambal kelapa tu boleh simpan buat makan dengan nasi juga :)

P4162193ed


Ayam Percik Versi Utara. Simple je nak buatnya. Boleh dibakar didalam oven atau menggunakan arang. Ramuan tersebut boleh juga digunakan untuk perap ayam atau daging untuk barbeque. Sedap juga.

DSC00286ed

Kalau panggang ayam ni selalu kita risau takut ayamnya tak masak di bahagian dalam. Terutama bahagian peha ayam. Salah satu tips ialah dengan masukkan bahagian peha ayam ke dalam microwave (high atau medium) selama 5-6 minit. Ini kerana microwave ni memasak makanan dari dalam ke luar. Jadi bahagian dalam akan panas terlebih dahulu. Tak macam haba dari api, makanan bahagian luar dulu yang masak dan barulah masuk ke dalam. Jadi bila panggang ayam yang terlebih dahulu dah masuk micorwave, kita tak perlu risau bahagian dalam yang tak masak tu...
DSC00289ed

Pakai daun kuyit atau daun pandan untuk percik kuah percik keatas ayam supaya harum je baunya...
DSC00287ed


Resepi Ayam Percik Utara

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana - Dibelah dua atau 4.

Bahan dikisar :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan biji ketumbar
2 batang serai
3 -4 biji buah keras
10 -15 tangkai cili kering rebus

2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara :

 Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan sedikit air. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.

Masukkan garam dan gula secukup rasa

Masukkan ayam tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 1/2 masak.

Setelah ayam 1/2 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.

Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat. Selalunya biar pecah minyak sikit baru sedap. Ini dinamakan kuah percik untuk dipercik keatas ayam yang sedang dipanggang. Simpan sedikit untuk buat sos cicah.

Lumurkan ayam dengan kuah dan panggang atas api arang atau didalam oven.

Balik-balikkan ayam tadi dan percik-percik kan kuah percik tadi keatas ayam mengunakan daun kunyit

Panggang sehingga masak.

Daging goreng kunyit ni masakan simple dan mudah je. Cuma yang ni cara orang kelantan yang buat. Lupa pula mana dapat resepi daging goreng kunyit kelantan style ni. Tapi saya dah cuba hari tu memang sedap dan lebih sedap dari cara biasa! Daging pun lembut je dan tak liat. Caranya pun mudah sangat dan rasanya peyediaan boleh dibuat seawal semalam sebelum digoreng esok harinya. Sesuai untuk isteri dan ibu yang berkerja.

P4142162ed

Kali ni cuba saya tambah kacang buncis. Boleh pelbagaikan sayuran tu nak kacang panjang, carrot atau apa sahaja sayur yang sesuai. Dah siap satu hidangan lengkap kan. Cuma perlu masak nasi putih je. Macam saya cakap tadi, sesuai kalau isteri dan ibu yang berkerja.

P4142191ed

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

Bahan-bahan :
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cili merah - hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Cara :

Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)

Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!


 Nak cari karipap  memang senang, merata ada jual. Tapi nak cari karipap yang menepati citarasa ni susah. Tak sesedap karipap yang dibuat sendiri. Sebab utama, karipap  sedap jika makan panas-panas. Kalau dh sejuk tu memang tak berapa sedap. Apa lagi kalau beli di gerai dah digoreng lama. Renyah juga la nak membuat karipap ni tapi sekali sekala nak merasa karipap fresh panas-panas apa salahnya susah sedikit hehehe.

Pernah dengar ke karipap telur hancur? Kalau di Kedah sini banyak dijual di gerai. Selain penyediaan inti yang mudah, karipap ni kanak-kanak sangat suka sebab tak pedas.  Kalau untuk orang dewaasa boleh tambah cili padi potong, perghhh memang sedap!

Dah malas nak buat inti kentang, mana nak kupas kentang, potong kecik-kecik lagi.. jadilah inti telur pun kan   T__T

Karipap-telur

Acuan karipap pun takde, ni pun kelim sendiri dengan bantuan mak. Nak harap saya kelim, heheheh... jadi bantal bukan karipap!

Karipap-telur

Walaupun rupanya tidak cantik, tetapi rasanya sedap!!

Karipap-telur

Antara tips mendapatkan kulit karipap yang cantik, rapuh dan sedap ialah jangan uli tepung seperti menguli roti atau donat. Ramai yang buat doh karipap dengan menguli tepung. Sebenarnya untuk doh pastry rapuh ni tak perlu menguli. Cukup sekadar menggaul sehingga adunan tepung yang bercampur minyak/marjering dan air bercantum menjadi seketul doh yang boleh dibentuk, dikepal dan dileperkan.

Tutorial Cara Membuat Kulit Karipap

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan marjerin - saya pakai butter
220ml air - dicampur 1/2 sudu kecil garam

Cara :
Campur minyak dan butter dalam periuk kecil, panaskan keduanya dan biarkan butter cair dan minyak panas

Karipap-telur

Angkat larutan butter dan minyak panas terus tuang ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu. Ratakan minyak dan tepung sehingga tepung menjadi seakan-akan serbuk roti.


Karipap-telur

Masukkan larutan air bergaram ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit sambil putar tepung dengan belakang senduk.. Jangan sesekali uli dengan tangan. Kita bukan nak buat roti, kita nak buat pastry jenis rapuh. Putar sehingga bercantum tepungnya. Tambah air sedikit demi sedikit...

Karipap-telur

Cuba ambil sedikit adunan dan kepalkan. kalau boleh kepal tu stop masuk air.
Karipap-telur

Bentukkan doh menjadi satu dan jadi bola besar seperti ini. Diulang jangan uli ok. Cukuplah sekadar kepal sehingga menajdi bola. Kalau rasa tak cukup air boleh tambah sedikit lagi. Biarkan selama 15- 20 minit. Sementara tu boleh sediakan inti karipap.
Karipap-telur

Inti Karipap Telur Hancur

Bahan-bahan :
8 biji telur
1 batang carrot diparut kasar - jika suka, kalau tak suka boleh ganti dengan sayur lain atau tanpa sayur
1 ulas bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang
Sedikit cili merah dipotong nipis - saya pakai cili padi supaya lebih pedas
sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara :
Telur dipukul bersama lada hitam dan garam.
Dalam kuali panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan kemudian masukan bawang besar dan cili potong. Masukkan juga carrot yang diparut. Masak sekejap.

Akhir sekali masukkan telur yang dah dipukul dan goreng sambil kacau untuk hancurkan telur.
Sejukkan dan kemudian boleh la diisi didalam karipap sebagai inti
Karipap-telur

Canaikan doh karipap tadi. dan tekap dengan gelas plastik mengikut saiz yang dikehendaki. Isi kan inti telur dan kelim. Boleh juga pakai acuan karipap.
Karipap-telur

Mentarang ialah sejenis siput laut yang hidup di tepian pantai berlumpur seperti di pantai di sekitar Kedah dan Perlis. Rasanya memang sedap dan lemak. Jikalau pandai masak, iaitu tak terlebih masak isinya, rasanya macam cair dalam mulut.. sedappp..

P4102152ed

Mentarang selalunya lebih sedap dibakar. Tetapi sebab tak cukup arang di rumah, maka kukus je lah. Rasa dia tetap tak berubah. Cuma kalau rebus biasa mungkin tak berapa sedap dan kurang manis.

P4102145ed

Sekilo hanya RM 15 bagi mentarang bersaiz besar dan RM12 bagi yang bersaiz sederhana. Ni dibeli di Kuala Perlis, dijual di tepi pantai sepanjang jalan.

Kuala-Perlis

Mentarang yang sudah dibersihkan. Kena pakai berus bersih untuk buang selut dan lumpur disekeliling badan mentarang. Ada sebabnya penjual tak bersihkan siap-siap selut tu. Satu sebab nak kekalkan kesegaran mentarang hidup  dan selut tu akan jadi agen penyejuk semulajadi kepada mentarang, jadi tak lah cepat busuk.

P4102108ed

P4102160ed


Resepi Mentarang Kukus

Bahan-bahan :
Mentarang secukupnya - dibersihkan sehingga putih luar dan pancutkan sedikit air kebahagian dalam
Beberapa batang serai di pecah-pecahkan
Sedikit halia
Perahan lemon atau jus limau nipis
Daun sup dipotong kasar-kasar
Sedikit sos ikan

Cara :
Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.

Kukus sehingga mentarang masak. Mentarang ni selalunya tak akan terbuka luas apabila masak. Tak macam kupang atau kepah. jadi kena berhati-hati agar tak terlebih masak nanti tak sedap pula.


Jumaat lepas sempat berjalan-jalan ke Kuala Perlis, saja nak cari siput mentarang hehehe.

Kujungan kami disambut oleh pemandangan ini... nelayan yang sedang mengaut siput didalam laut berlumpur. Pantai di Kuala Perlis ni memang pantai berlumpur.

P4102067ed

Ni sekitar jeti kuala tempat nelayan menaikkan hasil laut yang ditangkap.

P4102074ed

Berhenti makan di gerai yang mengadap ke pantai.... dan dapat lah lauk ikan bakar dan sotong segar... Murah pula makanan kat sini.
P4102069ed

Misi diteruskan sampai kami jumpa penjaja tepi jalan yang menjual pelbagai hasil laut yang kebanyakan exotic hahaha.. macam Belangkas ni.. tapi tak beli sebab tak berani nak makan...
Kuala-Perlis

Misi utama ialah encari siput mentarang ni.. Besarnyaaaaa!! yang besar sekilo RM15 dan yang kecil sedikit RM12 sekilo. Dapat banyak jugak lah dalam sekilo tu. Berbaloi beli.
Kuala-Perlis

Kuala-Perlis

Ini pula bronok sejenis timun laut. Tak pasti rasa dia macam mana. Tetapi ada orang cakap sedap dibuat kerabu...
Kuala-Perlis

Kalau nak pergi ke tempat menjual hasil laut ni, dari Jeti Kuala Perlis jalan menuju ke Kuala Sungai Baru, terus je jalan dari simpang tu sepanjang perjalanan tepi pantai, ada banyak gerai makanan dan gerai menjual hasil laut. Ada juga tempat perusahaan belacan segar di situ.

Hai semua,

Saya dah join EFG ni rasanya dekat 2 minggu lebih. Baru sahaja join. Tapi dapat lihat perubahan mendadak kat traffic blog. Kalau dulu susahnya nak dapatkan traffic especially pada hari tak update sebarang entry. Sekarang traffic ada peningkatan mendadak dan tetap maintain walaupun 2 hari tak update. Ini semua hasil tunjuk ajar pakar pakar SEO di EFG.


Apakah EFG ni?

EFG ialah Exchange Feed Group. Setiap hari, para ahli EFG akan exchange feed blog masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan para admin. Selain tu ahli ahli EFG diwajibkan follow  dan blogwalking blog sesama ahli.

Jadual feed exchange akan diberi melalui group Whatsapp EFG.

Fungsi group Whatsapp ni pula selain untuk  jadual feed exchange dan berkenalan dengan para ahli EFG yang lain, kami juga berkongsi tips dan panduan selain boleh juga minta tolong jika ada masalah berkaitan blog setting, template dan sebagainya.

Setiap ahli juga akan menjadi admin di Facebook page EXCHANGEFEEDGROUP dan ahli boleh ping entry blog sebagai admin page..... Memang awesome kan?

Selain tu.. yang paling best ialah keletah ahli-ahli EFG yang cukup peramah, sporting, gila-gila dan cukup menghiburkan. Boleh terguling-guling gelak dibuatnya hehehe.. Dari pakar SEO, pakar template, pakar masak hahhahaha sampai lah ke pakar typo!

Kalau nak join boleh whatsapp admin EFG Irra  di nombor yang tertera di banner diatas ya.

Ok disini saya senaraikan para ahli EFG terkini


1. Irra29
2. Anis23
3. Arz30
4. Nani24 
5. Bonde37
6. Pcl42
7. Lya35
8. Ewan30 
9. Ana43
10. Lela21
11. Dayah22
12. Kc22
13. Sha27
14. Cc24
15. Aina18
16. Aisya24
17. CN29
18. Aami29
19. Mimin23
20. Syira19
21. Eny 32
22.Ain 33
23. FR 28
24.Khaty Aiman 32
25.Nor Azilah 43
26.Norhayati (Cik T) 35
27.Kak Gojes(KG) 33
28.Efa 35
29.Mia: 28 



Click Banner untuk join ya...




1) Share post ini
2) Follow blog http://avononlinemalaysia.blogspot.com. (kanan blog)
3) Follow Google +1 kami juga ya! (kanan blog)


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10


Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??


Simple Contest For Great Gift =)


GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!


Selamat mencuba!!!

Jangan tak tahu, Ikan Tongkol juga sedap dibuat asam pedas. Ikan tongkol atau di sebelah Kedah ni ada yang panggil Ikan Kayu sememangnya mempunyai isi yang tebal dan keras. Sebab tu lah ikan ni sesuai dibuat gulai, singgang seperti di belah Pantai Timur atau dibuat asam pedas. Boleh juga digoreng tapi jangan terlalu lama kerana nanti isi ikan akan menjadi keras.

P4061956ed

Kali ni buat asam pedas yang likat (pekat) dan ditambah serbuk lada hitam dan jintan putih. Memang sedap makan bersama nasi putih panas.

P4061967ed

Resepi Asam Pedas Ikan Tongkol

Resepi asal dari MAT GEBU

Bahan-bahan :
2 ekor ikan Tongkol sederhana besar - dipotong dan dicuci bersih
2 senduk cili kisar - cili kering direbus dan kemudian dikisar dengan sedikit belacan
1 camca besar pes asam jawa
1 batang serai - diketuk
2 kiub pati ikan bilis
Bendi - dipotong panjang
sedikit minyak untuk tumis
Air secukupnya
Garam dan gula
1 sudu besar serbuk lada hitam (jika suka)
Bunga kantan
Daun kesom

Bahan dikisar :
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
1/2 sudu kecil jintan putih (jika suka)


Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga garing dan kemudian masukkan cili. Masak sehingga cili benar-benar masak dan garing.

Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan, pes asam jawa, kiub ikan bilis, serai, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.

Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan bendi. Biar mendidih lagi sehingga ikan masak.

Dinner simple malam ni.. Nasi goreng ikan ni selalu mak saya buat waktu pagi atau kadang-kadang waktu malam. Sedap sangat dan tak jemu makan. Disebabkan ada bunga kantan banyak pemberian mak mentua, kali ni cuba uat nasi goreng ikan dan bunga kantan. Sedap juga gandingannya.. Resepi simple je ni pun :)
P3291765ed P3291762ed

Resepi Nasi Goreng Ikan Dan Bunga Kantan

Bahan-bahan :
2 mangkuk kecil nasi sejuk
2 ketul ikan tongkol goreng - diambil isinya dan tumbuk kasar. Boleh pakai sebarang jenis ikan goreng, atau lebihan ikan goreng.
1 sudu kecil belacan - dihancurkan
1 kuntum bunga kantan - diracik halus
Sedikit kobis putih - diracik - Boleh juga pakai sayur lain
Sedikit marjerin - saya pakai butter

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
4-5 biji cili padi

Cara :
Panaskan marjerin/ butter/ atau minyak. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan belacan. Kacau rata.

Masukkan isi ikan, kacau rata.

Masukkan nasi dan garam secukup rata.

Akhir sekali masukkan kobis dan bunga kantan. Siap!

Ada pulak sagu tu orang buat serawa hehehe.. Saja letak sagu banyakkkk dalam kuah serawa sebab suka makan sagu tu.

Oh ya serawa ni macam pengat juga lah, macam bubur pun ada juga. Cuma kalau di belah utara ni orang panggil serawa.

P4041917ed

Senang je cara nak buat. Selain pisang boleh digantikan dengan buah nangka, cempedak, ubi kayu, ubi keledek, atau isi durian. Serawa ni sedap dimakan bersama pulut kosong, roti atau biskut tawar.

P4041924ed

Resepi Serawa Pisang Bersama Sagu


Bahan-bahan :
8-10 biji pisang emas atau pisang awak
2 cawan santan pekat + secubit garam
1/2 -1 cawan air - ikut kepekatan
Gula - ni ikut kemanisan. Masuk sikit demi sikit. Jangan risau last minute boleh adjust rasa manis tu.
1/4 cawan sagu - boleh kurangkan jika tak suka sagu banyak dalam kuah
2 helai daun pandan disimpul

Cara
Rebus sagu sehingga kembang dan tapis.
Dalam periuk satukan gula, pisang, daun pandan dan air, masak seketika.
Masukkan santan dan sagu. Kacau rata
Biarkan mendidih dan siap
2-3 malam ni hujan dengan lebatnya. Alhamdulillah sejuk sikit bumi Jitra ni. Pagi-pagi masih terasa kesejukannya. Dari semalam lagi berkesempatan keluar beli belah barang dapur. Terasa sedikit kenaikan harga barang agak mendadak. Selalu bila kita beli barang roughly boleh agak how much this dan that, dan selalunya boleh dapat agak total berapa. Semalam ada perubahan sikit. Hmm.. nak tak nak hidup kena makan, harga naik pun hidup kena diteruskan juga... lagipun tujuan hidup ni bukan makan sahaja kan, nak dapat kan keredhaan Allah tu yang lebih penting. Jadi jimat lah apa yang boleh kita jimat. Beli mana yang patut, sedap tak sedap belakang kira, janji ada makanan terhidang atas meja heehe..

P4051928ed

Pagi yang sejuk sedap makan panas-panas mee goreng yang berasap ni hehehe. Mee goreng simple je letak daging, telur dan sayur dan tauhu goreng. Resepi pun campak-campak je hehehe..

P4051932ed

P4051941ed

Resepi Mee Goreng 

2 bungkus mee kuning - cuci dari minyak dan kapur dengan air biasa. toskan
3-4 sudu besar cili kering rebus yang dikisar - nak pedas boleh tambah
4 ulas bwang merah - dihiris
4 ulas bawang putih diketuk hancur
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
Kicap secukupnya
Isi ayam, daging atau udang (ikut suka)
2 biji telur
2 keping tauhu - potong kecik
3 keping tauhu  - potong memanjang besar - selepas dipotong digoreng sekejap sehingga agak garing
Sayur - sawi, kobis atau apa sahaja jenis sayur
Sedikit minyak untuk tumis

Cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu.

Masukkan isi ayam, daging atau udang. Masukkan sekali semua jenis sos dan juga tauhu yang dipotong kecil. Tauhu tu biar hancur-hancur sedikit baru sedap.

Pecahkan telur tepi kuali dan kacau rata

Masukkan mee dan sedikit je air untuk melembutkan mee supaya cepat masak, Tuang kicap secukupnya. Tambah garam jika perlu. Saya suka letak air tu lebih sikit supaya mee goreng tu basah je hehe..

Masukkan sayuran dan tauhu goreng. Kacau rata. Tutup api dan siap!