Lunch simple je hari ini. Kebetulan hari Khamis halfday, balik rumah terus masak. Lunch pukul 3 heheheh.. ok lah kan malam ni tak payah makan dah..

Ikan bakar ni sedap dilawan dengan sayur tumis bayam simple. Memang sedap. Ada pulak air cabai picit..

Balance sambal kelapa tu boleh simpan buat makan dengan nasi juga :)

P4162193ed


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa


Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar
1 ½ cawan kelapa parut

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Jika termasuk lebih air atau inti sedikit berair, boleh masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga kering sedikit airnya. Rasa garam dan gula secukup rasa.


Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la dibakar atau digoreng.