Serawa Sagu Dan Pisang

Ada pulak sagu tu orang buat serawa hehehe.. Saja letak sagu banyakkkk dalam kuah serawa sebab suka makan sagu tu.

Oh ya serawa ni macam pengat juga lah, macam bubur pun ada juga. Cuma kalau di belah utara ni orang panggil serawa.

P4041917ed

Senang je cara nak buat. Selain pisang boleh digantikan dengan buah nangka, cempedak, ubi kayu, ubi keledek, atau isi durian. Serawa ni sedap dimakan bersama pulut kosong, roti atau biskut tawar.

P4041924ed

Resepi Serawa Pisang Bersama Sagu


Bahan-bahan :
8-10 biji pisang emas atau pisang awak
2 cawan santan pekat + secubit garam
1/2 -1 cawan air - ikut kepekatan
Gula - ni ikut kemanisan. Masuk sikit demi sikit. Jangan risau last minute boleh adjust rasa manis tu.
1/4 cawan sagu - boleh kurangkan jika tak suka sagu banyak dalam kuah
2 helai daun pandan disimpul

Cara
Rebus sagu sehingga kembang dan tapis.
Dalam periuk satukan gula, pisang, daun pandan dan air, masak seketika.
Masukkan santan dan sagu. Kacau rata
Biarkan mendidih dan siap

Post a Comment

19 Comments

  1. dah lama tak buat serawa pisang...selalu buat serawa durian...sedap kan serawa..tak kira la..pisang...durian..nangka ..ubi...

    ReplyDelete
  2. hee, tak pernah makan serawa ni

    ReplyDelete
  3. serawa pisang sama dengan pengat pisangkan...

    http://penselduabee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. bg pcl..pisang tak berapa gemar sangat, mau ada durian huh sempoi !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...!! kalau durian tu lagi aauuummm... :p

      Delete
  5. sedap ni mkn petang2 di ulami dengan kopi oooooooooooo

    ReplyDelete
  6. Assalam eny,
    YaAllah
    hokeyh tak boleh tahan
    bye
    sob3

    ReplyDelete
  7. up semangkuk...slrupppp

    ReplyDelete
  8. rajinnya kak dah lama saya tak makan desert mcm ni..takde sapa nak membuat he he

    ReplyDelete
  9. feveret..nanti nak buat la... dh lame sgt xmakan... :)

    ReplyDelete
  10. Ala, sedapnya. Mak Sha suka serawa ni, selalu mak letak pisang. Ouch. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  11. ha'ah...senang je buatnya tu Eny..
    lagi senang kalau Eny buatkan untuk Ain... kikikikikiiii... :)

    ReplyDelete
  12. aduhhh sedapnyerrrr....makan panas2 sedap nihhhhh

    ReplyDelete
  13. Fuhhh sedapnyerrr..nak nak nak nak jugak hehehe

    ReplyDelete
  14. makanan jenis manisan macam ni SA kureng skit...kalau makan pun bubur pulut hitam...itu SA suka

    ReplyDelete
  15. ya Allah, sedapnya.... post sini sikit kak eny :D

    ReplyDelete