Sup Tulang Ala Kampung

Sup tulang memang sedap. Paling sedap Sup Tulang Ala Kampung yang selalu kita makan kat kenduri kendara tu, atau yang makan kat kampung sewaktu kenduri korban atau aqiqah. Supnya agak cair, direbus dengan tulang, gearbox, dicampur rempah tak melebih, halia banyak, sedikit bawang dan lada hitam biji. Tapi rasanya sangatlah sedap. Segar bila dihirup. Kiranya sup ni resepinya simple tetapi rasa daging rebus lama tu masuk ke kuah supnya.  Sekarang susah nak dapat sup macam ni

Yang banyak sekarang dijual kat restoren ialah sup tulang ala sup siam, rasanya masam, ada cili api, ada carrot, ada daun limau. Memang lari dan tak sama dengan sup tradisi melayu kita.

Sup tulang gearbox, sup tulang kampung,

Jadi sempena nak menyambut Hari Raya Aidiladha atau Raya Korban nanti, Kekny nak share resepi Sup Tulang ala kampung, yang macam tok tok kita dahulu masak. 


Nak tengok video Cara Masak Sup Tulang boleh refer video ni



Sup tulang gearbox, sup tulang kampung,

Special betul sup ni kerana ianya bergantung kepada kesegaran tulang dan daging. Ada kalanya rempah pun tak letak hanya sekadar bawang dibelah dan sedikit lada hitam. Rasa sedap tu datang dari daging dan tulang. Tambah pula jika dimasukkan bahagian Gear Box lembu. Makin sedap nak hirup sup tu

Resepi Sup Tulang ala Thai boleh tengok sini

Sup tulang gearbox, sup tulang kampung, resepi sup tulang


Resepi Sup Tulang ala Kampung

Bahan-bahan Resepi Sup Tulang Ala Kampung 

Beberapa ketul tulang campur bahagian rusuk dan gear box.
2 ulas bawang besar 
2 bunjut sup
7 biji buah pelaga
2 sudu besar lada hitam biji
1 ketul besar halia dibelah dua dan tumbuk sampai pecah pecah
1 paket sederhana besar perencah Pes Sup Tulang Adabi (optional, saya guna sebab rasanya sangat sedap)

Cara Penyediaan Resepi Sup Tulang Ala Kampung


Panaskan air dan masukan tulang. Biar mendidih selama setengah jam. Tutup api dan buang air rebusan pertama. Bilas tulang sekali. Ini cara nak buang kotoran darah yang melekat pada tulang. 

Isi air semula dalam periuk rebusan agak paras air tenggelamkan tulang

Rebus tulang sehingga empuk. Akan ambil masa bebeberapa jam.

Lepas 1 jam setengah masuk halia dan garam sikit. Rebus lagi sampai empuk. 

Agak daging dan urat nampak sudah nak empuk sikit baru masukkan bunjut sup, buah pelaga dan lada hitam biji serta bawang besar dibelah. Jamgan masukkan rempah ni awal sebab nanti hancur habis bila nak rebus lama. 

Tambah garam lagi secukupnya biar cukup rasa. Masukkan perencah Pes Sup Tulang Adabi jika suka.  Masukkan juga akar daun sup jika ada.. 

Sambung rebus sehingga daging dan tulang betul empuk dan lerai tulang dan isi. Proses ni ambil masa 3 jam ke 4 jam juga keseluruhannya.

Bila semua dah lembut, tabur daun sup kedalam sup diikuti sedikit bawang goreng.

Jangan lupa cuba resepi Sup Tulang Ala Kampung ni ya. 


Post a Comment

0 Comments