Pandan Gula Melaka Gebu dan Sedap

Nampaknya Kekny lupa nak share satu resepi kek yang menjadi kegemaran ramai iaitu Kek Pandan Gula Melaka yang sedap, gebu dan harum ni. Bila Kekny upload gambar Pandan Gula Melaka ramai yang mintak resepi. Ok lah kali ni Kekny share resepi mudah je buat Kek Pandan ni. Cuma Kekny guna bahan yang mudah iaitu tak pakai air pandan sebaliknya ganti dengan Pandan Coconut emulco dan guna santan segera sahaja berbanding santan segar. Tapi rasanya tetap sedap dan ramai pelanggan Kekny suka kegebuan dan keharuman pandan kelapa yang Kekny guna. Mestilah harga emulco tu mahal sikit baru rasanya sedap berbanding kita beli perisa jenis murah.


Boleh juga dibuat cupcakes Pandan Gula Melaka ye.

Untuk resepi Vanilla Cupcakes KLIK SINI

DSC01749ed
DSC01738ed

Untuk buttercream Kek Pandan Gula Melaka selalunya kita guna Swiss Meringue Buttercream. Tetapi jika tak suka telur putih  boleh juga guna satu resepi frosting Kekny yang sedap tanpa telur dan rasanya seakan akan Swiss Meringue, gebu dan berkrim serta kurang manis.

IMG_20180707_012434ED


Kek Pandan Gula Melaka

Acuan 7 inci bulat atau petak.
Untuk kek 9 atau 10 inci dan nak buat 3 lapisan, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A
170g mentega
150g gula castor
3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan
1 cawan santan kotak + 1 sudu besar cuka (kacau dan biarkan selama 15 minit)
1-2 sudu besar pandan emulco - ikut brand ada letak sikit pun dah cukup
1 sudu kecil esen vanilla - optional

Kalau tak mahu guna santan kotak, boleh gantikan dengan susu, dan gunakan emulco pandan coconut.

Emulco = flavour and color atau perisa yang bercampur siap bersama warna. 

Cara nak hias Kek Pandan Gula Melaka Slices boleh rujuk video di bawah ya 



Cara penyediaan :

Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul

Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing)

Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Swiss Meringue Buttercream

Bahan bahan:
4 biji telur putih
1 cawan gula caster
300 gram mentega - potong kiub
1/4 santan serbuk - optional
Sedikit esen vanilla

Cara penyediaan : 
Satukan telur putih dan gula. Panaskan secara double boil sehingga gula hancur atau jika guna termometer suhu mencapai 160C. Pastikan gula tidak lagi berpasir dan larut sepenuhnya.

Apabila telur dan gula sebati, terus masukkan kedalam mangkuk pemutar, dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi bertanduk.  Biarkan sejuk seketika.

Masukkan mentega dan diputar lagi hingga kembang.  Masukkan serbuk santan dan esen vanila. Dan putar lagi sehingga kembang putih dan gebu.


Kalau rasa tak suka Swiss Meringe Buttercream  yang ada Meringue putih telur dan rasa tak ada keyakinan nak handle Meringue hehehe boleh cuba resepi ni yang rasanya seakan akan sama je.

Cream Cheese Buttercream Gebu Dan Ringan

Bahan-bahan :

150 gm fresh cream (Kekny pakai brand Value Pride yang ada rasa manis)
100 gm cream cheese
60 gm icing sugar
1/4 cup serbuk santan (atau boleh pakai coconut flavour)

Cara penyediaan :
Pukul cream cheese bersama gula icing hingga sebati dan cream cheese kembang
masukkan fresh cream dan serbuk santan. Terus pukul sehingga icing kembang, ringan dan gebu. Siap!

Karamel Gula Melaka

Bahan bahan:
50 gm gula Melaka
1 sudu kecil gula merah serbuk - jika nak warna lebih gelap
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula castor
1/2 cawan air

Cara penyediaan : 
Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan pekat. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air. Masak semula hingga pekat.

Sejukkan sebelum digunakan untuk drizzle kek dan atas buttercream.

Post a Comment

34 Comments

  1. I'm a big fan of anything that is made of gula melaka. Nampak sedap. Thank you for sharing the recipe Kak Eny, boleh cuba buat nanti.

    Anyway, selamat hari raya aidilfitri to you ;)

    ReplyDelete
  2. Macam rumit je nak buat kek ni,tapi hasilnya cantik, tengok je dah sedap belum makan lagi, mesti sampai menjilat jari ni

    ReplyDelete
  3. Tq atas resipinya, nak cuba buatlah

    ReplyDelete
  4. salam k.eny, telur biasanya pakai saiz ape ye? A or AA

    ReplyDelete
  5. Mentega guna brand apa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu guna anchor. however untuk kek aroma pandan mcm ni pakai mentega apa pun ok je sebab tak nak bau mentega overpower rasa dan bau pandan dan gula melaka

      Delete
  6. Kak eny..nak tanya..kak guna nozzle yg mane? Cantik betul bentuk frosting dia..tajam tajam sket. Thanks

    ReplyDelete
  7. salam kak eny..nk tnye..santan kotak tu yg besar ke yg kecik? klu kak eny blh bg sukatan dlm ml pn ok jgk 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dah tulis tu kan 1 CAWAN santan Kotak... bukan 1 kotak santan.

      Delete
  8. Salam, eny guna dulang size brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz 9 ke 10 inci ikut nak tebal atau nipis sikit

      Delete
  9. Salam, eny guna dulang size brp?

    ReplyDelete
  10. Kalau sy nak gune air pandan, boleh gune sukatan yg same dgn emulco?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh kisar pandan dik bg jadi sama rasa strong dgn emlco hehe.. cuba tr kisar dgn santan tengok. boleh kot

      Delete
  11. saya dah cuba buat guna resepi nihh mmg menjd terima kasih byk utk ilmu semoga Allah merahmati Enyaa

    ReplyDelete
  12. Salam..kak, blh tahu x kenapa kek saya buat die jadi padat? Tp frosting kek dah menjadi. Sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kek padat ni cek tepung expired ke atau masa adun kena masuk tepung dan santan berselang seli

      Delete
    2. Salam. Hai, nak tanya santan tu kena santan pekat atau dicairkan sikit? Klu ambil terus dari kotak, santan pekat. Tq

      Delete
  13. Sedapnya kekny. Saya suka yg cream cheese tu. Makan ade rasa lemak manis masin. Balance. Bau pandan tu menyelerakan. Tq resepi. Nak trt nanti kalau jadi. Heehhhe

    ReplyDelete
  14. Kak eny, nk tanya knape mesti kne letak cuka Kat santan tue ek? Utk ape ye? Kalo x letak bleh Kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuka atau sebarang asid mcm lemom juice bertindak balas dengan baking soda dalam kek akak buatkan teksture kek lebih gebu.

      Delete
  15. Assalamualaikum kak..utk buat 10in 1 lapisan double kan adunan ye? Frosting double jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 lapis ke? 10 inci selapis guna yang ni pun boleh. kalau nak buat 2 lapis baru gandakan.

      Delete
  16. salam. nk tnya bunga tu pakai resepi krim cheese ke buttercream ye. confius plak hihi. bru nk try buat

    ReplyDelete
  17. Eny guna acuan saiz apa untuk sukatan resepi di atas

    ReplyDelete
  18. Eny guna acuan saiz apa untuk sukatan resepi di atas

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak Eny��☺️ Sy minta halal a resepi akak ni, sy dah buat 4 kali dah Untuk jualan dan makan sendiri . Simple resepinya tapi sangat sedap! ���� Tq

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak Eny��☺️ Sy minta halal a resepi akak ni, sy dah buat 4 kali dah Untuk jualan dan makan sendiri . Simple resepinya tapi sangat sedap! ���� Tq

    ReplyDelete
  21. Hi nak tanya, kalau nak buat 2 layer guna loyang 9 inch perlu gandakan juga ke bahan diatas?

    ReplyDelete
  22. Kak eny, Tq resepi ye dah buat jual dah.. alhamdulillah skali buat dah menjd. Customer puji sedap.

    ReplyDelete
  23. Salam. Boleh ke kalau sy nk kukus kek ni

    ReplyDelete
  24. Hi kak kalau tak nak telur macam mana ya.. Boleh share resepi cake Pandan Gula Melaka tanpa telur

    ReplyDelete