Cabaran untuk hari ke 4 ialah entry mengenai menu wajib bulan puasa. Pun senang juga kali ni sebab saya ada senarai list yang panjang untuk menu wajib di bulan puasa hehehe..

Rasanya menu wajib ni umpama menu yang saban kita masak setiap kali tibanya Ramadhan. Mesti tak boleh miss punya setiap tahun.

Menu selalu buat pada bulan puasa ialah Sagu Kuah Santan ni... memang sedappp.. Sagu tu sejukkan dulu dalam peti sejuk. Begi tu juga kuah santanya. Bila berbuka, sagu yang sejuk tu lalu di tekak memang nyaman....... Klik SINI untuk resepi 
Sagu Santan

Sagu Santan

Hai semua..

Bulan puasa ni kadangkala rasa nak juga menikmati hidangan dari restoren luar. Atau rasa nak belanja family atau orang tersayang di tempat istimewa kan. Tetapi kadangkala restoren yang menarik ni mahal dan melebihi kemampuan kita. Adakalanya bila dah ada promosi mesti ada yang terlepas.

Pilihan sekarang ada dihujung jari. Pilih saja tempat makan yang menarik dengan harga diskaun secara online!!

Hebatkan! Korang boleh cuba layari website Voucher Codes Malaysia untuk tengok deals dan promosi yang hebat-hebat! 

Apa yang menariknya di Voucher Codes ni ibarat pusat untuk semua website online shopping di Malaysia. Jadi tak perlu susah-susah nak browse dari satu website ke satu website. Hanya buka website Voucher Codes dan cari deals dan promotion dari merchant yang korang nak, click dan bayar.. memang senangkan...

Ok lah sekarang saya nak cari tempat makan murah yang ada promosi. Selalunya Groupon lah tempat saya dapatkan promosi. 

Jadi saya buka website Vouchercodes.com.my dan search Groupon.





Kemudian, semua deals di Groupon akan terpapar... pilih la yang mana berkenaan di hati. Then click Activate Deal.





Korang akan dibawa terus ke website Groupon dan promosi yang korang click tadi akan terpapar... haa tengoklah Thai & Malay Buffet serendah RM49 sahaja di Chakri Palace, Pavillion KL. Memang murah kan!! Dah save RM31.45 dari harga sebenar... Jadi bila dah setuju, haaa click je lah Buy Now



Boleh pilih untuk berapa orang...  


Haa lepas tu buatlah bayaran seperti biasa.. 


Mudahkan? Semuanya ada di VoucherCodes. Dari Lazada, Rakuten, Zalora, Food Panda, Agoda dan banyak lagi... anda cuma perlu search deal atau promotion dari merchant atau website online shopping kegemaran anda, pilih dan bayar dan nikmati diskaun yang banyak!!

Untuk maklumat lanjut, kunjungi lah website VoucherCodes di http://www.vouchercodes.com.my/


Hai semua,
Dah lama teringin nak berbingka apatah lagi selalu tengok bingka Mat Gebu jadi elok je terbentuk. 

Dan hari tu ada buah sukun kebetulan dah lembut isinya dan tak boleh digoreng, maka saya cuba cari resepi bingka sukun. Tak pernah buat bingka. Ni lah kali pertama buat bingka. Nasib baik lah menjadi hehehe...

P6261203ed

Lembut je bingka ni. Saya bakar pakai oven biasa bakar kek, bila dah masak tu saya naikkan sikit suhu dan adjust dulang letak di bahagian paling atas untuk mendapatkan permukaan bingka yang keperangan.

P6261245ed


Resepi Bingka Sukun 

(acuan  segi size 9 x 9 inci)

Bahan-bahannya
450 gm buah sukun yang lembut isinya - diambil isi dan lenyek
4 biji telur
200g tepung gandum
180g gula - saya pakai 150g sebab nak kurang manis
300ml santan kotak - pakai jenama KARA
150ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh  vanila esen
Bijan untuk tabur diatasnya

Cara :
Panaskan oven pada suhu 180C

Satukan semua bahan diatas dan gaul rata sehingga sebati dan tak bergentel

Gris loyang dengan marjerin atau butter. Lapik dengan kertas alas (jika nak mudah keluarkan). Gris lagi butter diatas kertas alas tersebut.

Tuang adunan rata dan tabur bijan diatasnya

Masukkan dalam oven dan bakar selama 45 ke 50 minit atau sehingga adunan bingka keras dan tak melekat. Boleh guna cake tester atau pisau dan cucuk ke dalam adunan.

Bila dah masak adjust suhu oven kepada 200 dan ubah kedudukan dulang oven ke bahagian paling atas. Bakar lagi selama beberapa minit sehingga permukaan menjadi sedikit perang.

Keluarkan dan sejukkan sebelum dipotong.
Hai semua, masuk hari ke 3 #Cabaran20Hari Puasa / Raya 2015. Jadi ni entry ke 3.

Entry ke 3 ialah Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas. Jadi senang lah sikit entry kali ni heheh..

Hidangan sahur paling ringkas yang saya suka ialah lobak masin goreng telur. Cukuplah menu ni semasa sahur dah boleh membangkitkan selera. Tak ada lauk lain pun tak apa. Nak buatnya pun cukup mudah.

Hidangan ni kegemaran arwah ayah. Mak pernah cerita, dulu arwah ayah minta digorengkan menu ni. Lepas masak, mak hidangkan atas meja. Lepas seketika bila ayah nak makan, tinggal lobak masin sahaja bulat bulat je dalam pinggan, telurnya saya dan kutip habis hahahha. Masa tu kecil lagi. Tak ingat umur berapa. Kena cubit jugak lah dengan mak sebab kutip telur sahaja. Lobaknya tak makan. Masa tu memang tak lalu benda-benda macam ni.

Sekarang ini lah menu kegemaran saya terutama bila sahur dibulan puasa. Sedap dan berselera betul kalau dapat ni.

Lepas buka puasa terus ke kedai beli lobak masin. Nak buat entry ni punya pasai. 

Dan pagi ni juga saya buat kerja gila. Tidur semalam entah pukul berapa melayan chat group whatsapp geng #ExchangeFeedGroups. Sehari tak bersembang disitu ibarat makan nasi tak ada sambal belacan, tak lengkap rasanya hidup. Bangun seawal 3.30 pagi dengan mamai mamai pula nak buat shooting lobak masin goreng telur ni kahkahkahkahkahkah!!! Kemudian karang entri ni. Sekarang dah pukul 5.21 pagi!! Mana mungkin saya bercerita tanpa gambar kan :D

Lobak Masin Telur

Lobak Masin Telur

Resepi Lobak Masin Goreng Telur

Bahan-bahan :
Segenggam lobak masin dipotong dadu kecil. - Rendam sekejap untuk hilangkan masinya
3 biji telur - terpulang nak nisbah telur banyak dari lobak masin atau sebaliknya
1 ulas bawang besar
2-3 biji cili merah atau cili padi
Sedikit lada sulah

Cara :
Pukul telur bersama serbuk lada sulah

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili sehingga agak layu. Masukkan lobak masin. Goreng sebentar.

Kemudian tuang telur dan kacau macam buat telur hancur. Hidangkan panas.


Salam 11 Ramadhan. Hai semua…

Dah masuk tengah bulan puasa ni kadang-kadang dah jemu dengan hidangan nasi dan lauk. Jadi kenalah cari alternative lain untuk masak menu berbuka puasa. Macam saya sukakan kuey teow sama ada sup atau goreng. Tapi kali ni saya buat kuey teow berkuah. Macam mee bandung juga 
Cuma gantikan mee dengan kuey teow. Sedap sangat!!!

P6251105ed

P6251095ed

Resepi Kuey Teow Berkuah

Bahan-bahan :
1 bungkus  kuey teow - dicuci minyaknya, letak daam penapis dan siram air panas cepat-cepat.
Isi Ayam - boleh juga pakai udang dan sotong
Tauhu - dipotong kecil
Fish ball
2-3 biji telur
Seikat sawi
2-3 sudu besar cili kisar - boleh kurangkan jika tak suka pedas
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawang putih diketuk hancur
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Sedikit taugeh - dicelur
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih . Masukkan cili kisar dan masak seketika. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sebentar sehingga masak.

Masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan air secukupnya sebagai kuah. Tunggu sehingga mendidih

Masukkan sayuran dan pecahkan telur. Masukkan juga tauhu, garam dan lada sulah. Bila dah mendidih tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Hidangkan bersama kuey teow yang dicelur, taugeh celur, daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Salam semua.. entry ke dua #Cabaran20Hari. Tajuk untuk entry ke dua ialah Pengalaman Sahur.

Sahur ni nak tak nak kena bangun. Saya ni jenis susah nak makan sahur sebenarnya sebab waktu pagi –pagi tekak kadang rasa pahit dan tak ada selera nak makan. Nak minum air kosong waktu pagi pun kadang sampai nak termuntah dibuatnya..

Tapi kadang paksa diri juga untuk bangun sebab bersahur ni sunat kan disamping membantu kita berpuasa esok harinya. Tak lah dok bilang jam je bila lah nak berbuka...

Pengalaman sahur paling tak boleh saya lupa ialah semasa belajar di Universiti. Dulu masa di UiTM, pelajar diberi makan percuma di dewan makan kolej asrama. Jadi bila waktu sahur, dining kolej dibuka awal. Seawal pukul 3 pagi. 

Sebut pasai makanan percuma di Kolej Kediaman UiTM ni agak sinonim dengan ikan dan ayam keras kejung. huhuhu samada ikan atau ayam tu terlebih masak sampai what Gordon Ramsay said, tastes like rubber atau ianya dimasak ketika masih beku. Kerasnyaa ya amat.... memang nightmare dibuatnya. Tapi memandangkan itulah rezeki sebagai pelajar yang hanya bergantung kepada duit loan PTPTN semata-mata, maka itu lah hidangan mewah kami sehari hari. Dah terbiasa makan ayam dan ikan keras. 
P6063673ed
Contoh ayam goreng tak keras dan masih juicy didalamnya


UiTM Kampus Arau, Ramadhan tahun 2002......

             Hari tu tersangat lah letih. Siang kelas berderet dari pagi ke petang. Malam ada aktiviti kolej dan solat terawih. Tidur pun lambat. Pukul 3 pagi, roommate iaitu kakak senior kejutkan untuk bangun sahur. 

Dalam mamai-mamai saya bangun sarung sweater dan tudung. Baju (T-shirt lengan panjang dan seluar track bottom) dah pakai siap siap sebelum tidur (kahkahkahkah). Jadi tak ada istilah pakai baju tidur ke dining ye. Dulu undang-undang UiTM memang ketat. Keluar kolej tak boleh pakai sebarangan nanti makcik guard saman.

Sampai dining, kepala masih mamai, ikut je kakak senior ambik pinggan, isi nasi, beratur kat tempat lauk, tunggu makcik dining masukkan lauk. Dan... terbeliak mata tengok menu sahur pagi tu. Nasi, ayam goreng celup tepung yang besarnyaaaa. Bahagian dada saya dapat. Kuah cuma sos masam manis dan ada salad coleslaw. Beberapa biji kurma juga diberi.

Cari tempat duduk, kami pun mula makan. Saya merenung pinggan di depan. Macam mana nak makan ni. Ayam tu nampak sebesar-besar alam, rasa macam nak tercekik je. Dah la tak berapa lalu nak makan sahur ni.. Ditambah pula dengan nasi tak berkuah hanya ada sos sahaja. 

Perlahan saya gigit ayam, suap nasi, gigit ayam suap nasi.. gigit ayam gigit ayam gigit ayam gigit ayam gigit ayam ayam ayam ayam yam yam yam………

DSC09940
Ayam Jantan Gambar sekadar hiasan..
Tiba-tiba lamunan tersedar ada orang menggoncang bahu... Lah saya mimpi rupanya tadi. Ingatkan betul-betul tengah paksa diri makan ayam keras kejung di dining. Memang rasa baru habis nightmare je.

Tetapi bila toleh ke kanan ke kiri depan belakang.. eh saya memang berada di dining. Mimpi apakah ini?

Kakak senior cakap sambil menggoncang badan saya dengan kuat.

“Adik.. kenapa makan sampai tertidur? Muka dah nak masuk pinggan nasi”

Baru saya perasan dalam mulut penuh dengan  isi ayam yang saya kunyah tadi.. Ya ampunn…

Korang dapat imagine tak betapa kerasnya ayam tu sampai saya tertidur ketika mengunyah. (insert laughing crying face icon here) kahkahkahkahkah!
Hai semua...

Dah start buat kuih raya ke? Kuih raya ni bagi saya kalau ada masa tu buat je lah yang simple-simple. Macam Cornflakes Cluster ni memang senang sangat nak buatnya. Tak perlu bakar. Cuma gaul dan biarkan coklat tu beku sekejap. Jadi kalau ada yang nak cari biskut raya mudah dan simple tu boleh lah buat biskut ni. Rasanya sedap seakan-akan kit kat. Rangup!!

Cuma pastikan pakai coklat compound berkualiti. Selalunya boleh dibeli di kedai baking. Kalau coklat masakan biasa selalunya kurang sedap sikit.

P6073720

P6073717ed

P6073738ed

Resepi Cornflakes Cluster

Bahan-bahan :
400 gm cornflakes jenama kellogs - atau ikut kalau nak tambah lebih supaya dapat banyak pun boleh
250 gm dark chocolate compound
250 gm milk chocolate compound
1 sudu kecil minyak masak
Paper cup secukupnya

Cara :
Guna kuali besar, letak atas periuk berisi air panas.

Masukkan semua coklat dan 1 sudu kecil minyak kedalam kuali. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler (kuali diatas periuk berisi air panas)

Dah cair, masukkan cornflakes. Kacau rata. angkat kuali dari atas periuk.

Masukkan kedalam paper cup menggunakan sudu. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk bahagian bawah selama beberapa minit sehingga coklat keras. Dah beku boleh la simpan dalam balang.

Hai semua,

Masuk hari ni dah 10 hari kita berpuasa. Sekejap je kan masa berlalu sekarang.

Puasa ni banyak definasinya kan. Dan yang paling sinonim ialah menahan diri dari lapar dan dahaga, menahan diri dari nafsu dan dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang. Selain daripada maksud dan pengertian puasa itu sendiri, apakah erti puasa pada anda?

DSC09804
Kuih Ketayap - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah satu cara to give the body a rest, dan menyucikan fizikal dan kerohanian (spiritually). Puasa juga adalah satu cara medidik jiwa untuk menahan diri dari perkara yang dilarang.

20140523_132356ed
Beef Spaghetti - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah makan sekali duduk semeja bersama keluarga. Kalau hari lain, kita selalu makan berasingan disebabkan kesibukan berkerja. Tetapi bulan puasa, hampir setiap hari kita berbuka dan makan sekali di meja. Bagi yang puasa lah, yang tak puasa memang tak dapat join makan semeja. :D

Laksam2
Laksam - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Masa puasa lah kita dapat merasa air tangan jiran. Selama ni dapat bau je masakan dia hehehe... Masih ingat ketika zaman kanak-kanak, saya dan adik selalu ditugaskan untuk menghantar makanan ke rumah jiran sebelah rumah, yang ditepi rumah, yang dibelakang dan juga di depan. Masa tu lah rasa malas sangat nak keluar hantar sebab waktu petang bulan puasa aktiviti cuma satu iaitu tidur sahaja hahaha.. 

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu Dari Pasar Ramdhan 
Puasa ialah berlumba membeli juadah di pasar ramadhan. Hampir setiap hari berkunjung ke pasar ramdhan pada bulan puasa. Kalau dulu masa kecil, nak beli makanan di bazar, selalu tak ada duit, cukuplah dapat beli sebungkus air soya dan tau fu fah. Pasar ramdhan sekarang pun dah banyak berubah seiring perubahan masa. Banyak pilihan juadah sampai rambang mata dibuatnya. Sebab tu lah kita end up balik pasar ramadhan dengan berbungkus-bungkus makanan yang kononnya dapat dihabiskan semasa berbuka. 

agar agar coklat1
Agar-Agar Coklat - Gambar sekadar hiasan

DSC00032
Teo O Ais laici - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah dessert dan beraneka jenis air. Masa bulan puasa nil ah kita banyak membeli atau buat sendiri kuih muih, pudding, agar-agar, pelbagai jenis air berwarna-warni terhidang diatas meja. Dan percayalah, walaupun beraneka jenis, berlainan warna, rasanya sama sahaja hehehe..

Puasa ialah kemerduan bunyi mercun menghiasi malam-malam anda.  Kalau dulu, bunyi mercun kedengaran hanya apabila seminggu menjelang raya. Main pula selepas balik dari terawikh di surau. Tetapi sekarang seawal seminggu puasa sudah kedengaran bunyi mercun bersahutan seiring surah-surah dibaca imam sewaktu tarawikh di surau. Boleh tersasul bacaan tok iman dibuatnya dengan letupan tu. Budak-budak sekarang memang tak reti nak menghormati waktu solat tarawikh. 

P2100231ed
Ikan Masak Taucu - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah berhimpit-himpit di shopping kompleks dan pasaraya membeli keperluan raya. Mengharungi traffic jam dan ribuan umat manusia semata-mata nak beli sehelai tudung atau baju melayu. Masa ni lah offer dan promosi habis-habisan ditawarkan dan masa nil ah duit banyak habis. Walaupun promosi harga murah tetap duit banyak mengalir keluar huhuhu

DSC03275e
Biskut Coklat Chip - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah kuih Mazola, kuih Semprit, dan sekarang upgrade sikit ke Almond London hehehe.. Kuih Mazola dan Semprit, kuih yang selalu saya buat pada bulan puasa untuk menyambut ketibaan aidilfitri. Kuih yang wajib buat setiap tahun sebab bahan-bahan nya pun murah dan nak buat pun senang. Tak berbaloi membeli sebab buat sendiri terasa lebih kepuasanya. Sekarang ni bila dah bekerja dapatlah upgrade sikit ke Almond London, Cornflakes dan macam-macam lagi. Tapi yang dua tu tetap tak lupa..

DSC00253
Bubur Lambuk Oat Ayam - Gambar sekadar hiasan
Puasa ialah bubur lambuk. Bubur lambuk hanya boleh didapati di bulan puasa sahaja. Bila puasa ni kita disarankan berbuka dengan makanan yang mudah dicerna. Maka bubur lambuk ialah menu sesuai untuk berbuka. Teringat lagi keenakan bubur lambuk arwah Tok dahulu. Diletak udang, santan dan kemudian tabur bawang goreng dan daun sup. Sedapnyaaa...

Apa lagi ya erti puasa bagi saya, itu sahaja lah rasanya. Apa pun erti puasa kita, jangan kita lupa pengertian sebenar-benarnya puasa itu, kebaikan dan fadilatnya kerana setiap amalan dan ibadah kita pada bulan ini ganjaranya ialah berlipat kali ganda dari bulan-bulan yang lain.. Bulan ini dimuliakan kerana pada bulan Ramdhan lah Allah SWT menurunkan kitab suci Al Quran. Puasa  dan amalan di bulan Ramadhan untuk mendapatkan ketaqwaan dan keredhaan Allah.

Selamat berpuasa semua.

P/s : Jika anda berjaya mengharungi semua gambar diatas dengan penuh kesabaran, maka anda dah kenal apa erti puasa itu. Syabas :D

#Cabaran20HariPuasa/Raya2015

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Hai semua..

Semalam masak untuk berbuka biasa-biasa je. Malas nak share dan ambik gambar hehehe. Tapi nak share gambar kerepek sukun goreng yang sedap dan lemak. Bila acu DH bagi buah sukun yang sememangnya menjadi kegemaran saya sejak dahulu lagi. Buah sukun selain sedap dipotong tebal dan digoreng, sedap juga dibuat kerepek. Selain tu, orang utara suka buat cucur sukun. Caranya sama je macam pisang goreng atau keledek goreng. Sediakan tepung sadur. Potong sukun sederhana tebal dan celup dalam tepung dan goreng seperti biasa. 

Kerepek sukun ni jadi hidangan lepas buka puasa semalam..

P6241036ed

Jus mangga tu buat sendiri. Mangga banyak betul sekarang. Bila dah tak termakan buat je lah jus. Sedap! Perahkan sedikit perahan limau atau lemon kedalam jus untuk membangkitkan rasa mangga. Tambah kan juga sedikit gula.

P6241031ed

Resepi Kerepek Sukun

Bahan :
Sebiji sukun
Air garam
Minyak untuk menggoreng

Cara :
Potong sukun senipisnya. Rendam sekejapnya dalam air garam. Kemudian toskan dalam penapis.
Goreng sehingga garing. 


Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.


Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O


Khas untuk pembaca blog ENY ABDULLAH, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.
Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Hai semua,
Mesti ramai yang dah tau di utara ni memang terkenal dengan cucur udang kuah kacang. Di Kedah ni merata ada jual cucur udang ni. Kalau bulan selain bulan puasa, cucur udang ni mudah didapati di gerai tepi jalan, dihidangkan bersama cendol dan ais kacang. Memang sedap!! Ishh puasa-puasa ni terliur pulak hehehe..

Ok jom tengok reepi cucur udang kuah kacang yang mudah ni...

P6210900ed

P6210905ed

Resepi Cucur Udang Utara

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawnag besar - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil baking powder
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

Cara-cara :
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng

Goreng  (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang

Resepi Kuah Kacang Cucur Udang

Bahan-bahan :
200 gram kacang tanah 
1/2 senduk  penuh cili kisar 
1 batang serai, dititik 
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya (Ikut kepekatan)
1 batang serai diketuk
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

Bahan kisar :
Sedikit udang kering
6 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 

Cara-cara :
Campurkan semua bahan sekali dan rebus sehingga kuah kacang pekat dan naik minyak. Tak perlu tumis kerana kacang sememangnya banyak kandungan minyak.

Kalau nak buat cara tumis, panaskan sedikit minyak, tumis dulu bahan kisar bersama serai, masukkan cili  dan masak sehingga cili garing.

Masukkan kacang, asam jawan dan air. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pekat. 



Hai semua...

Kejap je kan dah masuk hari ke 5 puasa.. Alhamdulillah. Semoga semua dapat menjalani puasa dan beribadah dengan setulus hati. Pesan kat diri sendiri juga ni.

Okayla.. Idea untuk menu berbuka puasa kali ni, boleh la cuba buat daging masak hitam berempah dan nasi minyak utara. Gandingan nasi minyak dan daging masak hitam ni memang sedap sekali.

P6200762ed

Kalau di Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga. Dan lauknya bermacam jenis seperti lauk hidangan tengahari. Selain nasi lemak dan nasi kuning (resepi disini), nasi minyak jenis ni lah dijual sebagai nasi bungkus pagi.

Daging masak hitam berempah pula ialah lauk biasa dijumpai pada waktu pagi. Dagingnya diperap dengan kicap dan kemudian direbus dengan rempah ratus sehingga lembut. Lepas tu barulah ditumis seperti membuat sambal biasa. Kemudian ditambah kicap untuk warna kuah yang gelap disamping memberi rasa manis kepada kuah dan daging.

P6200757ed

Selalunya tak ada acar, tapi saya tambah acar jelatah untuk melengkapkan hidangan..... Sedap juga dimakan bersama telur rebus atau telur masin.

P6200743ed

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan-bahan :
800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis 
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan rempah :
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah :
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis: 
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara : 
Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.

Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.

Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.

Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

P6200771ed

Resepi Nasi Minyak Utara

Bahan-bahan
4 cawan beras
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air - ikut beras yang digunakan
2 biji tomato - dikisar tanpa air - kalau kisar guna air, gunakan air yg disukat untuk beras.
2 helai daun pandan, disimpul
2 camca teh garam

Bahan rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar :
1 ulas bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih


Cara :
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bahan rempah tumis dan bahan kisar, bersama daun pandan. Masukkan tomato kisar.

Masukkan air dan susu cair. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa sehingga kering.

Hai semua, salam 4 Ramadhan..

Dah lama tak rasa gulai nenas dan ikan talang masin tumis darat ni. Sedapnya dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau masak gulai nenas ni, cukup lah lauk ni sahaja. Kalau ada pun nak ditambah, hanya ikan pelata goreng garing  yang sedap jika digandingkan bersama.  Gulai ni macam kari nenas je. Cuma diutara di kari dipanggil gulai hehe...

Ikan talang masin ni macam biasa dibeli di Tanjung Dawai, Yan Kedah. Selalu kalau dibuat kari atau gulai pakai yang bahagian tulang dan kepala memang sedap rasanya. Lebih strong aromanya berbanding jika pakai bahagian isinya. Boleh juga kalau yang tak makan ikan talang tu digantikan dengan ikan kurau. Ikan sepat kering pun sedap juga dibuat gulai nenas ni!

Kalau dah tak ada idea nak masak berbuka esok, bolehla cuba gulai nenas ikan talang ni ye :)


P6113765ed

Gulai ni pula dibuat tumis darat. Memang bertambah sedapnya. Kalu tak nak tumis pun ok je. Boleh la kurangkan sikit pengunnaan minyak dalam kuah tu kan..

P6113773ed

Resepi Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Bahan :
Ikan talang masin bahagian kepala, tulang dan isi. -rendam sekejap untuk kurangkan masin
1/2 biji nenas - dipotong kiub
300 ml santan
2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
1-2 cawan air

Bahan tumis darat
3 ulas bawang putih
4 ulas bawnag merah
1/2 sudu biji sawi
8-10 helai daun kari
4 sudu besar minyak

Cara :
Dalam periuk, masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya. Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.

Masukkan nenas dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam. Hati hati kerana ikan masin tu ada ada garamnya sendiri.

Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.

Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi. Minyak tumis jangan dimasukkan semua.

Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.

Lepas seketika bolehla dihidangkan.


Hai semua, selamat berpuasa, hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Selamat juga menunaikan ibdah dibulan puasa yang penuh barakah ini..

Untuk hidangan berbuka puasa tu kalau dah jemu dengan nasi dan lauk-pauk, boleh la cuba menu itali ni. Carbonara ni ialah pasta berkuah putih yang kandungannya ialah minyak zaitun, telur dan adakala dicampur krim dan keju. Jangan keliru dengan sos putih alfredo sebab rasanya lain. 

P6123822ed P6123791ed P6123823ed

Resepi Fettucini Carbonara 

Bahan-bahan :
1/2 paket pasta jenis Fettucini - Rebus al dente, dan simpan air rebusanya.
3-4 sudu besar minyak zaitun
3 keping chicken meat loaf - dihiris
2 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dihancurkan
1 biji telur
1/2 cawan krim masakan
1/2 cawan parutan keju parmesan
1 sudu kecil herba parsley kering
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Hiasan atas :
Keju parmesan serbuk
2 keping chicken meat loaf - dibelah dua berbentuk segitiga dan goreng dengan sedikit minyak

Cara-cara :
Telur dipecahkan, pukul dan gaul dengan separuh dari keju parmesan parut.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih cincang bersama chicken meat loaf yang dihiris kecil. Goreng seketika. Masukkan pasta fettucine kedalamnya berserta air rebusan pasta dalam 2 senduk.

Tuang krim masakan dan kacau rata. Biar sehingga air kering sedikit dan kuah pekat.

Tutup api, dan tuang bancuhan telur sambil kacau. Hati-hati supaya telur tak membeku. Kena kacau cepat ya. Masukkan separuh lagi parmesan cheese dan gaul rata. Suhu panas spaghetti tadi akan masakan telur tu.

Hidangkan dalam pinggan dan letak kepingan chicken meat loaf yang digoreng dan tabur parmesan cheese!
Courage doesn’t always roar. Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, 
“I will try again tomorrow"

Bunga Kertas
Laman Rumah
Sony A290.

DSC04578ed