Hai semua,
Dah lama teringin nak berbingka apatah lagi selalu tengok bingka Mat Gebu jadi elok je terbentuk.
Dan hari tu ada buah sukun kebetulan dah lembut isinya dan tak boleh digoreng, maka saya cuba cari resepi bingka sukun. Tak pernah buat bingka. Ni lah kali pertama buat bingka. Nasib baik lah menjadi hehehe...
Lembut je bingka ni. Saya bakar pakai oven biasa bakar kek, bila dah masak tu saya naikkan sikit suhu dan adjust dulang letak di bahagian paling atas untuk mendapatkan permukaan bingka yang keperangan.
Resepi Bingka Sukun
(acuan segi size 9 x 9 inci)Bahan-bahannya
450 gm buah sukun yang lembut isinya - diambil isi dan lenyek
4 biji telur
200g tepung gandum
180g gula - saya pakai 150g sebab nak kurang manis
300ml santan kotak - pakai jenama KARA
150ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanila esen
Bijan untuk tabur diatasnya
Cara :
Panaskan oven pada suhu 180C
Satukan semua bahan diatas dan gaul rata sehingga sebati dan tak bergentel
Gris loyang dengan marjerin atau butter. Lapik dengan kertas alas (jika nak mudah keluarkan). Gris lagi butter diatas kertas alas tersebut.
Tuang adunan rata dan tabur bijan diatasnya
Masukkan dalam oven dan bakar selama 45 ke 50 minit atau sehingga adunan bingka keras dan tak melekat. Boleh guna cake tester atau pisau dan cucuk ke dalam adunan.
Bila dah masak adjust suhu oven kepada 200 dan ubah kedudukan dulang oven ke bahagian paling atas. Bakar lagi selama beberapa minit sehingga permukaan menjadi sedikit perang.
Keluarkan dan sejukkan sebelum dipotong.
6 Comments
Singgah pagi...Molek je menjadi kan...
ReplyDeletenieyl x berapa suka bingka sebab itu tak pernah buat..:)
bingka pandan is my febretttt! :D bingka sukun blm pnh try. tp nampak mcm sedap jee :3
ReplyDeletex pernah makan bingka sukun..cayalahhhh eny kretippp..
ReplyDeletepertama kali kak ana lihat sukun di bingka kan, lazimnya kita goreng kan sahaja.pasti sedap eny boleh bayang kan rasanya.
ReplyDeleteTak pernah try lagi menu gini ^-^
ReplyDeleteNanti WhatsApp Zumal kalau nak join group tu, 0125747869
selalunya kalau memang tangan pandai masak.. first time buat pun mesti jadi punya hehehe..
ReplyDeletecuba suruh CT buat.. lintang pukang la jadinya hehehe..
CT makan sukun goreng je.. tu pun x lalu makan banyak..