Hai semua, masuk hari ke 3 #Cabaran20Hari Puasa / Raya 2015. Jadi ni entry ke 3.
Entry ke 3 ialah Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas. Jadi senang lah sikit entry kali ni heheh..
Hidangan sahur paling ringkas yang saya suka ialah lobak masin goreng telur. Cukuplah menu ni semasa sahur dah boleh membangkitkan selera. Tak ada lauk lain pun tak apa. Nak buatnya pun cukup mudah.
Hidangan ni kegemaran arwah ayah. Mak pernah cerita, dulu arwah ayah minta digorengkan menu ni. Lepas masak, mak hidangkan atas meja. Lepas seketika bila ayah nak makan, tinggal lobak masin sahaja bulat bulat je dalam pinggan, telurnya saya dan kutip habis hahahha. Masa tu kecil lagi. Tak ingat umur berapa. Kena cubit jugak lah dengan mak sebab kutip telur sahaja. Lobaknya tak makan. Masa tu memang tak lalu benda-benda macam ni.
Sekarang ini lah menu kegemaran saya terutama bila sahur dibulan puasa. Sedap dan berselera betul kalau dapat ni.
Lepas buka puasa terus ke kedai beli lobak masin. Nak buat entry ni punya pasai.
Dan pagi ni juga saya buat kerja gila. Tidur semalam entah pukul berapa melayan chat group whatsapp geng #ExchangeFeedGroups. Sehari tak bersembang disitu ibarat makan nasi tak ada sambal belacan, tak lengkap rasanya hidup. Bangun seawal 3.30 pagi dengan mamai mamai pula nak buat shooting lobak masin goreng telur ni kahkahkahkahkahkah!!! Kemudian karang entri ni. Sekarang dah pukul 5.21 pagi!! Mana mungkin saya bercerita tanpa gambar kan :D
Resepi Lobak Masin Goreng Telur
Bahan-bahan :Segenggam lobak masin dipotong dadu kecil. - Rendam sekejap untuk hilangkan masinya
3 biji telur - terpulang nak nisbah telur banyak dari lobak masin atau sebaliknya
1 ulas bawang besar
2-3 biji cili merah atau cili padi
Sedikit lada sulah
Cara :
Pukul telur bersama serbuk lada sulah
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili sehingga agak layu. Masukkan lobak masin. Goreng sebentar.
Kemudian tuang telur dan kacau macam buat telur hancur. Hidangkan panas.
9 Comments
cabaran ke tiga mesti byk yg buat entry telur goreng. Reen pun entry telur goreng juga.. Hehe
ReplyDeletehurmmm tengok gambar je. menggugat iman
ReplyDeleteotai masakan memang berbisa cayalah!.. nampak kesungguhan.
ReplyDeletemungkinkah perkara sama berulang?
apabila eny memasak..habis semua geram sebab terliur ja tengok pic
ReplyDeleteLauk favorite ni. Tengok gambar pun terliur dah..
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletetakut nak masuk entry eny... bukan takut apa..takut tengok gambar yg mengiurkan.. ahahhaa
ReplyDeleteerm macam sama je menu kita tapi kak ana guna ayam haha..amboi sahur punya fotoshoot pun ya amatlah cun.. :)
ReplyDeletetime sahur.. xyah beriya sngt kan ? simple2 saja dah cukup.. masak apa patut..
ReplyDeletetelur memang ngam la utk sahur.. telur goreng ngan kicap plus nasi.. =D