Brownie Microwave Cepat Dan Mudah!

Hai salam semua... 

Alhamdulillah semalam pengumuman puasa telah pun dibuat dan kita akan berpuasa pada Khamis ni. Syukur. Bulan yang dinanti, kini tiba juga. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas ya.

Semalam craving nak makan brownies, asyik buat dan jual brownies kat orang je heheh.. Dan disebabkan dah bulan puasa, maka order pun dah tutup dan saya dah tak restock stock coklat dan bahan baking. Coklat pun tinggal sikit memang tak cukup untuk buat sebiji brownies

Brownies CUp

Jadi buatlah brownie in cup.Tapi bakar dalam microwave oven. Dulu pernah buat, Check resepi di SINI.  Haaa bila bakar dalam microwave oven ni, tak boleh lama macam bakar pakai oven. Untuk size cawan biasa ni hanya perlu microwave oven just set on high selama kurang dari 2 minit sahaja. Kalau microwave biasa mungkin 3 minit dan ke atas.

Yang penting jangan terlebih bakar sebab kalau terlebih bakar, kek akan jadi kering sangat dan tak sedap. Kek ni sedap kalau lembik sikit dan moist didalamnya. Jadi masa masak tu selalu la jenguk jenguk. Kalau dah tengok naik kembang tu kira dah masak la.

Resepi Brownie Microwave In Cup

Untuk 2 cawan saiz biasa

Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
2 sudu besar serbuk koko Van Houtten
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
4-5 sudu minyak masak
4-5 sudu air / susu
1/2 sudu kecil esen vanila

Topping :
Chocolate button /coins
Kepingan Almond

Cara :

Campur tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan gula. Kacau rata dan sebati

Pecahkan telur, masukkan minyak dan air atau susu.

Kalau pekat sangat boleh tambah jumlah cecair tu. Jangan risau.

Brownies CUp

Masukkan dalam cawan seramik (microwave save) dan taburkan coklat button diatasnya bersama kepingan badam.

Masukkan cawan berisi adunan tadi kedalam micorwave

Kalau pakai microwave oven, set on high selama 1 minit setengah. Kalau masih tak masak tambah masa. Kadang-kadang less than 1 minit pun dah naik kembang kek tu. (micorwave oven selalu dalamnya warna silver besi dan bersaiz besar).

Kalau microwave biasa (selalunya dalamnya warna putih dan saiz kecik) setkan selama 3 minit. Kalau tak masak tambah masa.

Brownies CUp

Coklat kat atas tu akan mencair... dan menjadi topping diatas brownie tu. Memang sedap!

Brownies CUp

Brownies CUp

Inilah texture yang kita nak, moist and gooey, macam puding sikit. Sesuai buat untuk berbuka puasa atau waktu sahur nanti kan :)

Brownies CUp

Post a Comment

18 Comments

  1. huh.. apa ni?? lapaq laaa kak oiii....

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, nanti nak cuba buat.. :)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. La,senang je nak buat. Gambar pun terang..senang nak buat reference. Nanti saya datang balik untuk copy resepi brownie ni.

    ReplyDelete
  5. nasib baik baca waktu mlm

    ReplyDelete
  6. Assalam pakai oven berapa minit dan suhu nak setting?tq

    ReplyDelete
  7. Tq share resepi. Dh cuba buat..sgt osem.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaa!!! follow blog nie:)

    https://hyheejabs.blogspot.my

    ReplyDelete
  9. Hi. I buat pakai microwave, hasil nya terlalu dry la. Apa Yg patut dibuat ya? Kurangkan masa bake? Help

    ReplyDelete
  10. Sy Dah try pakai microwave. 3 min.rasa nya sedap Tapi hasilnya kek Tu terlalu dry. Berterabur bila Nk Makan 😁. Knp ya? Help... Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada microwave tak sama suhu dan setting, try for 1 minute dulu.. if tak masak sambung lg 1 minute..

      Delete
  11. kak eny,kalo microwave biasa nak setting paling high,medium or low?minit tu 3 minitor try 1 minit..1min...1min

    ReplyDelete
    Replies
    1. set paling high.. maybe lama sikit la kalau microwave biasa, tapi boleh je guna.

      Delete
  12. saya buat kek tu x naik.. kenapa ye?

    ReplyDelete