Masak Lemak Putih Labu

4:02 pm

Labu masak lemak putih ialah feveret saya! Teringat dulu di asrama selalu dihidangkan masak lemak labu ni bersama lauk sampingan lain, ikan goreng dan sambal belacan bersama ulam raja.  Dah lama tak buat jadi hari ni buat lah juga memandangkan teringin nak makan. Kebetulan ada buat sambal buah kuinin (Resepi Sambal Buah Kuinin) jadi sangat sesuai digandingkan bersama masak lemak labu ni.
P5202964ed

Ada yang letak cili padi yang ditumbuk. Saya cuma pecah-pecahkan sedikit cilipadi dengan lesung, hiris bawang merah dan leburkan sekali dalam santan. Masak lah sampai labu lembut dah siap!
P5202977ed

P5202967ed

Resepi Masak Lemak Putih Labu

Bahan-bahan :
1/2 biji labu saiz sederhana, dikupas kulit dan potong ketul besar-besar
300 mlm santan
4-5 biji cilipadi, ditumbuk pecah pecah
3 ulas bawang merah dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga labu lembut. Kacau sekali sekala. Hati hati takut labu hancur pula.

You Might Also Like

7 comments

  1. hurm..eny klu pasal masak..memang buat sesiapa pun terliur bila masuk d sini

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..... ape ek rasa labu? xpernah makan la..huhu

    ReplyDelete
  3. masak lemak labu memang sedap.., lagi labunya manis.. aduhhh perut bunyi krok krok

    ReplyDelete
  4. kena dah tu kombinasinya dalam pinggan Eny tu..:)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya labu masak lemak putih. Favorite mia jugak nie. Tapi mia selalu masukkan isi ikan rebus @ goreng skit, ditumbuk dengan bawang merah. Ada rasa-rasa ikan skit la. hehe

    ReplyDelete
  6. sedap masak lemak putih labu!! kita suka :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com