Sambal Kuinin Pedas Masam Manis

3:59 pm

Buah Kuinin

Buah Kuinin atau kuini ialah dari spesis pokok buah mempelam atau mangga. Buahnya berbentuk bulat kecil dan apabila masak kulitnya tetap berwarna hijau. Tanda buah kuinin yang masak ialah buahnya akan luruh ke tanah dengan sendirinya. Buah ni mempunya bau harum manis yang kuat dan menusuk. Tak semua orang boleh tahan baunya. Buah ini dipanggil Buah Konen di sebelah utara. Buah ini juga seakan-akan buah Bacang, cuma buah bacang besar sedikit, isinya warna kuning muda manakala kuinin isinya berwarna kuning terang. Selain itu, buah bacang mempunya serat kasar didalam isinya berbanding kuinin yang seratnya halus.
P5202952ed

Haaaa dan tahu kan apa beza buah kuinin dan bacang. Tu pun google tadi hehehe...

Buah kuinin atau buah bacang memang sedap dibuat sambal. Rasa masam manis buah tu digandingkan dengan sambal belacan meamang sangat masuk dan sedap walau hanya dimakan bersama lauk simple. Tak payah lauk lain hehehe...
P5202956ed

Resepi Sambal Kuinin

Bahan-bahan :
2-3 biji buah kuinin masak ranum. Dikupas dan dipotong nipis memanjang
10 biji cilipadi hijau dan merah
1-2 inci belacan bakar
2-3 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
Kisar belacan cili padi dan bawang sehingga halus. 
Gaul dengan buah kuinin.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Biarkan seketika supaya mesra sebelum dihidang.

You Might Also Like

6 comments

  1. tempting!bau kuini ni mmg menusuk kalbu sgt!


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kuini dan Bcang..dua2 bibir along alah bila makan..abes tumbuh bintik2 kat skitar bibir..huhu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eny...sedap nyer tengok...:)

    ReplyDelete
  4. tak pernah tapi sangat tergoda

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi buat sambal kuinin ni tapi nampak macam menarik

    ReplyDelete
  6. Sedapnya!! Tapi pemilihan belacan kena betul, dapat belacan tak sedap, hilang kick

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com