DSC09804

DSC_2273


Inti Kelapa Gula Merah.
Inti kelapa ni bukan sahaja boleh dijadikan sebagai inti kuih ketayap. Boleh juga dijadikan inti kuih pau, roti, atau dimakan bersama pulut kukus lemak.

Bahan-bahanya:
1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
1/2 cawan gula merah atau gula melaka
2 sudu besar gula putih (atau lebih kalau nak manis)
2 helai daun pandan
sedikit air untuk larutkan gula
Campurkan gula merah, gula putih, daun pandan dan air secukupnya untuk melarutkan gula. Masak seketika atas api perlahan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan terus kacau sehingga kelapa berderai tetapi jgn kering sangat.

Pictures1

DSC_2277

Untuk kuih ketayap, agak tricky juga nak dapatkan dadar ketayap yang lembut, gebu dan tahap ketebalan yang sesuai.Kita kenalah try and error. Cuba bancuh adunan tepung ikut resepi dulu, buat sekeping, dan cuba rasa. Kalau keras, tambah air. Kalau terlalu lembut, nipis dan susah nak menggulung, boleh tambah sedikit tepung. Yang saya buat ni 2 kali adjust tambah air, dan dapat lah kuih dadar yang gebu, lembut, nipis dan sedap!!

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil pewarna dan perasa (emulco) pandan jenama nona
2 cawan air - masuk sedikit2 dan adjust ikut kelembutan dadar ketayap... kadangkala jenis tepung kita pakai tak sama, takut jadi cair pulak.. masak sekeping dulu dan rasa, kalau keras boleh tambah air atau susu)
1 cawan susu / santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak minyak untuk kuali dan seikat daun pandan sebagai berus untuk sapu minyak di atas kuali. Kalau pakai kuali nonstick tak perlu lah pakai minyak lagi :D

Campurkan semua bahan bahan  dan guna whisk untuk memukul sehingga sebatu dan dadarkan diatas kuali.

Pictures2

DSC09845
Cravingnyaaa nak makan jeruk viral ni, tapi cari pelam tak jumpa jumpa, mula-mula nak guna jambu lepas tu teringat apple, pakai apple hijau pun boleh lah kan... :D

Tapi lepas tu asam boi pulak takde kat kedai, ada asam yang dipotong potong tu.. jadi lah kan...

Tengok resepi dari blog masam manis, ada letak limau kasturi, so saya pun cuba letak jugak. Sedap bila makan limau tu dengan asam. Tapi cili padi burung tu agak pedas, next time kena pakai cili padi biasa je kot.

So jadilah namanya Jeruk Asam Boi with A twist :D




Gambar ni diambil pada awal tahun ni, bukan di Jepun atau Korea, tetapi di tepi bendang di Jitra Kedah. hehehe....

Menunggu bunga sakura berkembang mekar lagi di Kedah........ bolehlah tembak lagi :D

DSC00032ed

DSC00031ed





Work for the next couple months is going to require all my attention. There's definitely a lack of work/life balance on the horizon, just gotta roll with it. Good Morning peeps!




Tissue pouch ni senang je nak buat. Setaip satu ambil masa lima minit sahaja untuk dijahit. Pastikan dah potong siap siap kain mengikut saiz.

Disini I tunjukkan satu persatu cara jahit tissue pouch untuk doorgift. Kalau nak guna sendiri boleh la letak interfacing dan batting supaya lebih stabil. Untuk doorgift just guna kain cotton saja lah.


Saya guna mesin Global GSM 505 beli kat Lazada. Berbaloi guna mesin ni walaupun susah nak  jahit kain tebal dan bahagian zip.


Buat template macam ni. Saiz tu ikut ukuran tissue yang nak guna. Saya pakai tissue biasa je. Yang 1 cm tepi kiri kanan tu adalah untuk buat lipatan bukaan tisu. yang 4 jalur kena lipat besar sikit untuk bukaan dibahagian bawah. Yang 2 jalur lipat kecik untuk bukaan atas. Saya buat tak sama besar supaya bukaan tissu tu tak ternganga lepas dijahit, jadi saya tindihkan yang lipatan kecil diatas lipatan besar. Pandai-pandailah adjust ok.

Template (sila double check sekalilagi dengan saiz tisu yang akan digunakan) Yang garis putus putus adalah basi jahitan atas dan bawah. Ikut lah nak berapa basi pun tapi less than 1cm lah jagan besar sangat ok nanti tak muat nak masuk tisu. Jumlah panjang adalah 10.5 cm termasuk basi atas dan bawah. Ishh faham ke ni..

Tekap template atas kain dan potong. Potong juga untuk bahagian tali mengikut kepanjangan yang kita nak. Kemudian tanda ikut jalur bahagian bergaris diatas template keatas kain. Itu adalah untuk lipatan nanti

Dah dapat penanda lipatan, lipat lah, sebelah 2 jalur tu lipat dan buat kelim. jadi bahagian berbulu tersorok didalam. Begitu juga sebelah 4 jalur. Jahit kedua belah. Dalam keadaan kain yang terbalik (wrong side) Lipat masuk ke tengah, dan tindihkan yang lipatan kecil dibahagian bawah, dan lipatan besar dibahagian atas.

Adjust tindihan bukaan supaya mata jahitan kedua duanya berada ditengah tengah. Pin dan jahit.


Jahit pula tali. Lipat dua tali dan susup kan di tengah2 atas bukaan. Kemudian jahit yang disebelah lagi. Gunting lebihan kain dan tali


Jahit zig zag supaya kemas dihujungnya... Bolehla diterbalikkan.


Dah siap!!!! 



Mak Mentua memang suka tanam bunga dan hasil tangan dia memang menjadi bunga-bunga diperkarangan rumah. Jadi bila balik kampung I memang tak lepaskan peluang untuk tembak satu persatu bunga di rumah mak mentua. Hasil mengunnakan SonyA290 dengan hanya menggunakan kit lens. 

DSC03789

DSC03761

DSC03755

DSC03743

DSC03745

Buat sushi semalam untuk adik-adik. Mesti ramai dah tahu buat sushi kan. 
Sushi saya simple je, Cuma masak beras Sumo (beras jenama Sumo khas untuk buat sushi 1 paket RM 10). Masak seperti masak nasi. Saya letak garam sedikit. Lepas masak, gaul panas panas nasi tu dengan sedikit cuka (saya guna cuka biasa je pun boleh) 3 Cawan nasi saya guna 3 sudu besar cuka. Pandai-pandai lah adjust.
Sediakan telur dadar goreng, kemudian di potong memanjang

                                    

Potong timun jepun. Celur seketika crab stick.
Sediakan seaweed  diatas permukaan yang bersih, letak nasi sambil ratakan dengan jari yang basah. Kemudian ratakan mayonis diatas nasi. Dan susun crabstick, timun dan telur dadar. Gulung sambil tekan tekan supaya nasi padat. 



Saya suggest masak nasi sedikit lembik supaya nasi cepat padat. That way kita tak perlu pakai tikar khas sushi tu.
Potong sushi pakai pisau tajam. Cicah dengan kicap Jalen yang dicampur sedikit air sebab kicap tu pekat sangat. Kalau dah ada kicap cair Ok je.
Senang je kan!

Kos membuatnyanya pun tak banyak :
Beras Sumo RM10 dibahagi 2 = RM5
Seaweed Sepeket RM11 dibahagi 2 =RM5.5
Timun Jepun RM 0.60
Crabstick RM 3.5
Telur RM 0.6
Kicap : Pakai kicap mak FOC hehe
Total : RM 15.20 makan untuk 4  orang sampai semua nak muntah sebab kenyang sangatttt!
Kalau makan kat Sushi King, mesti bill sampai seratus kan!!!! ngeeee


Siapa yang tak suka kek pisang kan, especially yang homemade punya. Like me, I love cake ala ala bundt cake ni makan panas panas wash down dengan coffee atau teh.

DSC_3328

DSC_3336

The original recipe it called BANANA BREAD. I really dont know the difference between Banana Bread and Banana Cake. But this cake is worth try. 

The verdict, kek nya lembut dan lebih sedap dimakan panas panas. Lebih  lama simpan selepas dibakar kek jadi lebih moist dan harum.

Ramai yang tak suka  kek pisang sebab rasa soda bikarbonat yang terlalu kuat dalam cake. Tak sure pulak kek lain yang pakai soda ni, tak ada pula masalah ni. Semoga tips berikut dapat membantu.

1. Jangan terlebih letak soda bicabornate sebab menjejaskan rasa kek. Invest lebih sikit beli soda bicarbonat yang bagus dan berkualiti sebab yang murah tu bau dan rasanya kuat sgt. Pakai sudu pengukur bukan sudu biasa kat dapur kita tu. Baru tak terlebih ukur soda bicarbonate. :D

2. Pakai pisang yang berbau harum wangi seperti pisang berangan. Cuba elakkan guna esen perisa pisang. Rasa sangat tiruan pisangnya. Kalau dah letak pisang wangi-wangi dalam tu buat apa nak perasa tiruan lagi? Boleh guna esen vanila untuk hilangkan bau telur.

3. Guna butter yang berkualiti seperti anchor atau buttercup. Kalau guna minyak biasa, boleh campur sesudu minyak sapi.



DSC_3334

Oklah here is the recipe. ;)

Resepi : BANANA BREAD / BANANA CAKE

BAHAN-BAHANNYA
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
3/4 camca teh soda bicarbionate
*Diayak bersama sama

3 biji pisang berangan (dilecek pakai garfu jgn hancur sgt ye)
2 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan gula caster - saya kurangkan kepada 1/2 cawan sebab nak kurang manis
1/3 cawan mentega cair

CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, Butter cair, esen pisang. Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
Tuang dalam acuan dan bakar sehingga masak.

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Raya Haji 2014 di Kg. Piandang Lama, Siputeh Perak. Lambat sikit update story ni sebab busy!


Tahun ni raya haji turn sebelah suami, my DH kat Perak. Mak mentua masakkan ketupat palas pulut. Kalau di sebelah Kedah, mak I selalu buatkan ketupat palas, pulutnya dimasak dengan santan separuh masak, kemudian dipadat dan ditekan tekan , dibungkus dengan daun palas 3 segi bentuknya dan direbus atau dikukus sehingga pulut masak. Pulutnya agak pejal dan kenyal.




Berlainan dengan ketupat pulut daun palas emak mentua. Mula-mula sediakan sarung ketupat anyam dari daun kelapa. Kemudian masukkan beras pulut kedalam sarung tadi. Kemudian direbus di dalam santan sehinggalah santan kering dan pulut masak. Rasanya macam pulut bersantan, Cuma ada aroma daun kelapa, dan pulutnya tak berapa padat seperti ketupat palas. Feww panjang lebar explanantion :D



Di Kg. piandang ni juga setiap kali raya dihidangkan dengan kuih Gelamai. Kuih ni dimasak seperti lemang didalam buluh, tetapi buluh yang digunakan lebih kecil dari buluh lemang. Ianya diperbuat dari tepung, gula merah dan mungkin ada santan, main hentam je ni sebab lupa tanya mak mentua resepi dia.  Rasa macam apam gula merah sedikit. Cara masak, semasa mula2 bakar hendaklah menggunakan api kuat sehinggalah adunan tepung  dalam kembang naik ke atas.

I request nak masak nasi daging hari tu... mihmih mcm terrer!




Macam biasa raya haji mesti ada korban, dan menu sup tulang mesti ada.



Droooling balikkk!! 

Cerewet. Thats sooo me. Like last night, pergi Alor Setar nak pick up my brother from bus station, so while waiting lapar pulak, then we decide to try Tat Nasi Ayam kat Jalan menuju ke Shahab. Sebab banyak review cakap orang KL kalau turun AS (alor Setar) mesti pekena Tat Nasi Ayam. eh....ehh... ye ke sedap sangat.... so kita pun try la... siap order yang special punya.... sekali sampai nasi ayam special.... ayam 2 ketul besar, nasi 1 mangkuk setengah. Portion sangaaaatt banyak. Makan sampai tak habis!! Total kena bayar untuk 3 set nasi ayam sepcial sekali dengan air ialah RM17.. murah murah.....

Tapi..... tapi...... nasi ayam dia tak menepati citarasa I. maklum orang cerewet. Bila tanya my mom, dia pun cakap, 
"apa satu tak qasa, tak qasa halia, tak qasa mcm nasi ayam pun, kuah dia cuma qasa sos semata-mata" - sila baca dalam dialek kedah yang pekat teeheee...  nampaknya ni bukan kes cerewet lah hehehe...

Apap pun ayam nya mmg patut diberi pujian sebab just cook dan so smooth lembut je tanggal dari tulang walaupun diluar nampak mcm digoreng garing. Cuma tu lah sos nya tu kalau lebih rasa homemade sikit (tak rasa macam sos botol) mungkin lebih sedap. And yes like my mom said, kena ada rasa halia barulah umph... neway nak komplen apa kan, rezeki makan murah dan portion banyak.. belasah je lah. teeheehehe...

Mungkin malam tu saja rasa kurang, hari-hari lain sedap.. mana tahu kan. Anyway kalau nak try boleh je  ke Tat Nasi Ayam, Jalan Sulatanah Sambungan Alor Setar. Dari Highway Alor Setar Utara, jalan terus sahaja...


Ni nasi ayam Hainan homemade yang dimasak oleh I.. yes memang sedap dari diatas tu tapi..... nak buatnyaaa... baik bayar je RM5 sepinggan kat kedai... Nak cerewet ke nak mudah hehehehe


Nasi lemak tau nasi lemak??? ayam percik tau ayam percik?? :D
Dan pernah makan tak keduanya sekali?

Resepi Ayam Percik Simple
Ayam of course
Cili kering yang direbus dulu ( atau boleh juga pakai cili padi) tu di blend sekali dengan halia, kunyit hidup, lengkuas, jintan manis, jintan putih dan santan. Daun kunyit diracik racik

Lepas masukkan kan dalam periuk dan masak sehingga minyak santan pecah. Sejukkan dan boleh la perap ayam tadi bersam daun kunyit. Panggang secukup rasa. Siap.

Nasi lemak masak lah macam biasa.. Kalau tak reti jugak boleh google "nasi lemak mat gebu" teeheeeee









Hi,
My breakfast this morning.



Pernah tak makan macam ni?
At first I rasa sangatlahhh peliks makan kaya toast and half boiled eggs. I saw in one of those rancangan makan makan kat TV, and some of them add kicap sekali harung....

Tapi bila rasa sekali, eh not that bad la, rasa lemak telur dan kaya yg manis tu mmg sangat seimbang dengan kerangupan roti bakar yang disapu butter... ooohh my.... drooling pulak.

Tapi I still have no guts to try with kicap. maybe next time :D