Siapa yang tak suka kek pisang kan, especially yang homemade punya. Like me, I love cake ala ala bundt cake ni makan panas panas wash down dengan coffee atau teh.

DSC_3328

DSC_3336

The original recipe it called BANANA BREAD. I really dont know the difference between Banana Bread and Banana Cake. But this cake is worth try. 

The verdict, kek nya lembut dan lebih sedap dimakan panas panas. Lebih  lama simpan selepas dibakar kek jadi lebih moist dan harum.

Ramai yang tak suka  kek pisang sebab rasa soda bikarbonat yang terlalu kuat dalam cake. Tak sure pulak kek lain yang pakai soda ni, tak ada pula masalah ni. Semoga tips berikut dapat membantu.

1. Jangan terlebih letak soda bicabornate sebab menjejaskan rasa kek. Invest lebih sikit beli soda bicarbonat yang bagus dan berkualiti sebab yang murah tu bau dan rasanya kuat sgt. Pakai sudu pengukur bukan sudu biasa kat dapur kita tu. Baru tak terlebih ukur soda bicarbonate. :D

2. Pakai pisang yang berbau harum wangi seperti pisang berangan. Cuba elakkan guna esen perisa pisang. Rasa sangat tiruan pisangnya. Kalau dah letak pisang wangi-wangi dalam tu buat apa nak perasa tiruan lagi? Boleh guna esen vanila untuk hilangkan bau telur.

3. Guna butter yang berkualiti seperti anchor atau buttercup. Kalau guna minyak biasa, boleh campur sesudu minyak sapi.



DSC_3334

Oklah here is the recipe. ;)

Resepi : BANANA BREAD / BANANA CAKE

BAHAN-BAHANNYA
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
3/4 camca teh soda bicarbionate
*Diayak bersama sama

3 biji pisang berangan (dilecek pakai garfu jgn hancur sgt ye)
2 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan gula caster - saya kurangkan kepada 1/2 cawan sebab nak kurang manis
1/3 cawan mentega cair

CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, Butter cair, esen pisang. Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
Tuang dalam acuan dan bakar sehingga masak.