Tissue pouch ni senang je nak buat. Setaip satu ambil masa lima minit sahaja untuk dijahit. Pastikan dah potong siap siap kain mengikut saiz.
Disini I tunjukkan satu persatu cara jahit tissue pouch untuk doorgift. Kalau nak guna sendiri boleh la letak interfacing dan batting supaya lebih stabil. Untuk doorgift just guna kain cotton saja lah.
Saya guna mesin Global GSM 505 beli kat Lazada. Berbaloi guna mesin ni walaupun susah nak jahit kain tebal dan bahagian zip.
Buat template macam ni. Saiz tu ikut ukuran tissue yang nak guna. Saya pakai tissue biasa je. Yang 1 cm tepi kiri kanan tu adalah untuk buat lipatan bukaan tisu. yang 4 jalur kena lipat besar sikit untuk bukaan dibahagian bawah. Yang 2 jalur lipat kecik untuk bukaan atas. Saya buat tak sama besar supaya bukaan tissu tu tak ternganga lepas dijahit, jadi saya tindihkan yang lipatan kecil diatas lipatan besar. Pandai-pandailah adjust ok.
Template (sila double check sekalilagi dengan saiz tisu yang akan digunakan) Yang garis putus putus adalah basi jahitan atas dan bawah. Ikut lah nak berapa basi pun tapi less than 1cm lah jagan besar sangat ok nanti tak muat nak masuk tisu. Jumlah panjang adalah 10.5 cm termasuk basi atas dan bawah. Ishh faham ke ni..
Tekap template atas kain dan potong. Potong juga untuk bahagian tali mengikut kepanjangan yang kita nak. Kemudian tanda ikut jalur bahagian bergaris diatas template keatas kain. Itu adalah untuk lipatan nanti
Dah dapat penanda lipatan, lipat lah, sebelah 2 jalur tu lipat dan buat kelim. jadi bahagian berbulu tersorok didalam. Begitu juga sebelah 4 jalur. Jahit kedua belah. Dalam keadaan kain yang terbalik (wrong side) Lipat masuk ke tengah, dan tindihkan yang lipatan kecil dibahagian bawah, dan lipatan besar dibahagian atas.
Adjust tindihan bukaan supaya mata jahitan kedua duanya berada ditengah tengah. Pin dan jahit.
Jahit pula tali. Lipat dua tali dan susup kan di tengah2 atas bukaan. Kemudian jahit yang disebelah lagi. Gunting lebihan kain dan tali
Jahit zig zag supaya kemas dihujungnya... Bolehla diterbalikkan.
Dah siap!!!!
26 Comments
wow coolnya tissue pouch tu...
ReplyDeletebtw done follow here, follow mine too :) - Noob
memang cool
Deletetudia aih. masak terer. jahit pon terer kak eny ni rupanya! hehe
ReplyDeletememang serba boleh eny nih.. saya kagum
Deleteuntungggg sapa hasben die nih... serbe bolehhh
ReplyDeletememang beruntung encik suami
Deletetak pndai la kita huhuu
ReplyDeletesama-sama kita belajar hehehe
DeleteIdok ler teman pandai ...
ReplyDeleteteman ni pon idokle pandai nak menjahit hehe
Deletesaya lagi le tak pandai
Deletewow akak, hebatnya.. shad jeles sangat dengan mereka2 yg fandai menjahit nih..
ReplyDeleteand doorgift tissue ni is awesome..
memang hebat
Deleteteringat zaman awal2 cousins start kahwin, mak sy and makcik sy memang tolong menolong buat doorgift sendiri. :D haha siap bahagi jumlah utk stiap sorg. nanti masa pegi rumah yg nak kenduri tu, hantar stok :D
ReplyDeletehanisamanina.com
kerjasama.. kerja jadi pantas
Deletewalaupun mak saya tukang jahit, tp saya tak minat menjahit. suma orang kata saya rugi. tp nak buat camna, dah tak minat. hehehehe
ReplyDeletehaah la zmn skg ni mcm agak rugi kalo x pndai mnjahit hehe
Deleteminat hanya akan datang setelah keterujuaan mencuba itu dikecapi
DeleteCantiknya. Saya minat DIY tapi yang melibatkan jahit-menjahit ni kurang mahir sikit :)
ReplyDeletepractice make perfect
Deletecantik
ReplyDeletemenarik betul tutorial nih
ReplyDeleteserba boleh betul eny nih.. masak pandai.. menjahit pun pandai
ReplyDeleteSerba boleh Eny nie ... Kalau saya serba tak kena ... Huhuhu ...
ReplyDeletesaya pulak serba serbi beli
DeleteCantiknya.. pandai akak jahit.. memang banyak kegunaan mesin jahit ni.. lepas ni boleh buat bisnes dah ^^
ReplyDelete