DSC09804

DSC_2273


Inti Kelapa Gula Merah.
Inti kelapa ni bukan sahaja boleh dijadikan sebagai inti kuih ketayap. Boleh juga dijadikan inti kuih pau, roti, atau dimakan bersama pulut kukus lemak.

Bahan-bahanya:
1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
1/2 cawan gula merah atau gula melaka
2 sudu besar gula putih (atau lebih kalau nak manis)
2 helai daun pandan
sedikit air untuk larutkan gula
Campurkan gula merah, gula putih, daun pandan dan air secukupnya untuk melarutkan gula. Masak seketika atas api perlahan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan terus kacau sehingga kelapa berderai tetapi jgn kering sangat.

Pictures1

DSC_2277

Untuk kuih ketayap, agak tricky juga nak dapatkan dadar ketayap yang lembut, gebu dan tahap ketebalan yang sesuai.Kita kenalah try and error. Cuba bancuh adunan tepung ikut resepi dulu, buat sekeping, dan cuba rasa. Kalau keras, tambah air. Kalau terlalu lembut, nipis dan susah nak menggulung, boleh tambah sedikit tepung. Yang saya buat ni 2 kali adjust tambah air, dan dapat lah kuih dadar yang gebu, lembut, nipis dan sedap!!

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil pewarna dan perasa (emulco) pandan jenama nona
2 cawan air - masuk sedikit2 dan adjust ikut kelembutan dadar ketayap... kadangkala jenis tepung kita pakai tak sama, takut jadi cair pulak.. masak sekeping dulu dan rasa, kalau keras boleh tambah air atau susu)
1 cawan susu / santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak minyak untuk kuali dan seikat daun pandan sebagai berus untuk sapu minyak di atas kuali. Kalau pakai kuali nonstick tak perlu lah pakai minyak lagi :D

Campurkan semua bahan bahan  dan guna whisk untuk memukul sehingga sebatu dan dadarkan diatas kuali.

Pictures2

DSC09845