Sup Tulang Ala Kedai Siam Yang Sedap

Wah dah hampir masuk penghujung tahun 2021. Alhamdulillah Malaysia kini makin pulih. Kita menuju ke arah fasa endemik tetapi masih terikat dengan SOP dan juga kawalan kendiri. Mesti ramai dah balik ke kampung setelah sekian lama kan. Ada juga yang ambil peluang bercuti dan berlibur. Kalau dah balik kampung tu jangan lupa masak kan orang tersayang yang sedap sedap ya. Menu selalu Kekny masak jika berkumpul ramai-ramai ialah Sup Tulang. Aduh sedapnya hirup sup tulang dan meratah isi tulang yang lembut dan cair tu. Ada juga dipadankan dengan bihun, mee atau kueyteow dan sambal kicap. Tapi pernah rasa Sup Tulang Ala Kedai Siam? Atau orang panggil Sup Tulang Thai / Sup Tulang Siam

sup tulang thai, sup siam, sup ala thai, sup tulang siam, thai soup, thailand beef soup, sup ala kedai siam
 


Sup Tulang Ala Thai

Ini menu yang selalu kita jumpa kat restoren Thai atau restoren siam. Tapi mahal juga ya untuk semangkuk sup dengan seketul tulang dalam RM 12 ke RM 15. Kalau buat sendiri memang jimat. Beli tulang 2 kg boleh makan 10 orang lebih. Ha tau ke resepi sup tulang ala kedai siam ni?


sup tulang thai, sup siam, sup ala thai, sup tulang siam, thai soup, thailand beef soup, sup ala kedai siam

Sup ni rasanya tak sama dengan sup biasa. Rasanya ada masam-masam, pedas. Sedap dihirup dan tak muak. Cuma penyediaan sup ni kuah supnya jangan terlalu berminyak atau berlemak macam sup melayu kita. Sebab tu dagingnya kena rebus sekejap dan dicuci supaya hilang bau darah, hanyir dan lemak lemaknya. Lepas cuci baru direbus semula sehinggalah empuk dan lerai dari tulang isinya.

Macam biasa Kekny ada share kat You Tube Eny Abdullah nanti korang check ya. Apa pun resepi bertulis kat bawah ya.



sup tulang thai, sup siam, sup ala thai, sup tulang siam, thai soup, thailand beef soup, sup ala kedai siam

Resepi Sup Tulang Thai

Bahan-bahan sup tulang Thai

1 kg tulang lembu dibersihkan
2 ketul besar halia dihiris nipis
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar dihiris nipis
1/2 biji lemon
Cili padi
Daun bawang dipotong
Daun ketumbar dicincang kasar
Sedikit bawang goreng

Cara penyediaan Sup Tulang Thai


Tulang lembu dibersihkan.
Rebus tulang lembu bersama halia dan bawang besar (separuh dari sukatan diatas) sehingga mendidih
Biar mendidih sehingga naik buih
Tutup api dan angkat rebusan
Tuang air rebusan dan tapis tulang lembu
Cuci tulang lembu yang direbus tadi
Apabila sudah bersih, masukkan balik dalam periuk bersama bawang dan halia yg juga direbus sekali.
Masukkan bahan lain baki bawang dan halia, bawang putih, bunjut sup dan rebus hingga tulang lembut.
Apabila tulang lembut, boleh masukkan bahan lain. 
Perah lemon kedalam sup ikut citarasa masing-masing. Kena ada rasa masam barulah sedap.
Tabur bawang goreng dan daun ketumbar

Thai Beef Bone Soup

Ingredients 

1 kg of beef bones cleaned
2 large chunks of ginger thinly sliced
5 cloves garlic
2 large onion cloves thinly sliced
1/2 lemon
Thai Bird Eye Chili
Coriander leaves coarsely chopped
Fried onion

Method

Boil the beef bones with the ginger and onion (half of the measure above) until boiling
Bring to the boil until the foam rises
Turn off the heat and drain the water
Pour the boiling water and strain the beef bones
Wash the boiled beef bones again
When it is clean, put it back in the pot with the onion and ginger that have also been boiled once.
Add the remaining ingredients of onion and ginger, garlic, bunjut soup and boil once again until cook and tender.
When the bones are tender, can add the rest of the ingredients.
Squeeze the lemon into the soup to taste. Sprinkle fried onion and chopped coriander leaves

Post a Comment

0 Comments