Hai semua...
Bercakap mengenai juadah raya wajib ada pada hari raya ni ada banyak. Bila dah beraya di Kedah dan Perak ni mesti juadahnya pun berlainan kan.
Bercakap mengenai juadah raya wajib ada pada hari raya ni ada banyak. Bila dah beraya di Kedah dan Perak ni mesti juadahnya pun berlainan kan.
Bila berkahwin dengan DH yang berasal dari Perak, saya banyak belajar juadah hari raya disana terutamanya disebelah Kg. Piandang, Siputeh.
Disebelah rumah emak mentua di Perak, pagi raya, selain lemang dan rendang, mesti ada ketupat pulut daun kelapa ni. Selalu kita nampak ketupat nasi je kan. Ini lain dari ketupat nasi. Caranya beras pulut dimasukkan kedalam sarung daun kelapa, kemudian direbus dalam santan pekat sehingga masak dan santan kering.
Dan juga kuih gelamai ni. Rasanya seperti kuih apam gula merah. Kuih gelamai dibakar didalam buluh seperti bakar lemang. Mengunakan tepung gandum (kalau tak salah ) dan gula merah. Sedapp!
Dan kalau beraya di Perak, tak lain tak bukan mesti ada Rendang Tok emak mentua yang sedap ni. Untuk resepi Rendang Tok yang sedap boleh KLIK SINI
Kalau beraya di rumah sendiri di Kedah, memang berlainan sama sekali dengan juadah raya di Perak.
Yang pasti kena ada ketupat palas atau ketupat pulut dan serunding ikan ni. Paling ngam sekali saya rasa kalau ketupat pulut digandingkan dengan serunding ikan.
Kalau beraya di rumah orang utara selain ketupat ada juga juadah ni. Nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun nenas. Signature dish orang Kedah dan Penang.
5 Comments
fuhh...gambo tak tahan tengok tuhhh
ReplyDeleteLain tempat lain menunya ye...apapun malaysia khususnya orang melayu kiya mmg kaya dengan masakan traditional yg pelbagai...nice sharing eny...
ReplyDeleteKetupat daun kelapa tu nampak menarik.. ;)
ReplyDeleteadoiiii... nasi tomato dgn ayam masak merah tu tak menahaaannnnn sungguh menengoknya Eny....!! hahahahahaa.... :)
ReplyDeleteain pernah makan kuih gelamai tu sekali tapi tak tahu plak nama dia gelamai.. main makan je tahu... :p
ketupat nasi biasa makan, ketupat pulut tak pernah lagi. berselera sungguh nasi tomato tu.
ReplyDelete