Tutorial Memasak Rendang Tok Negeri Perak

12:31 pm

Saya nak kongsi resepi Rendang Tok, rendang warisan negeri Perak, dan mak mentua saya sangatlah pakar buat Rendang Tok ni. Actually semua jenis rendang yang mak mentua buat sedap. Pernah sekali saya google resepi rendang tok ni di internet, saya tengok kaedah penyediaan dia macam rendang biasa je. Dan dari segi rupa nampak macam rendang biasa cuma sedikit gelap. Tetapi Rendang Tok mak mentua saya buat memang sangat lain dan saya rasa memang original lah. Cara pembuatannya juga lain dari yang lain dari kebiasaan kita buat rendang biasa.

Ok just nak share cara masak rendang ni step by step. Maaf saya tak dapat nak beri kuantiti bahan-bahan yang digunakan sebab Mak Mentua masak agak-agak je. Biasalah bila kita dah pakar memasak sesuatu masakan, semuanya dah simpan dalam kepala, dan orang  kata masak tu pakai common sense sajalah ;)

Anyway, resepi kali ni saya letak dalam BM dan BI sebab ada mat salleh mana entah sesat ke sini dengan search keywords “ How to cook Perak Rendang Tok” adehh sabar je lah. Dulu-dulu buat blog bahasa inggeris takda sapa nak baca. Dah buat dalam BM ramai pulak mat salleh dok google resepi

My first time cooking Rendang Tok (just stood watching actually hehehe), a famous rendang in Perak with the most extensive list of ingredients. Ok lets start our cooking lesson, how to cook traditional rendang tok.

Daging dipanaskan dalam periuk untuk  mengeluarkan air lebihan. Ini untuk mendapatkan rendang yang sempurna keringnya. Rendang Tok ni texture dia sedikit kering tetapi dagingnya didalam sangat lembut.

Bring the beef on heat to remove excess water. It helps in order to get perfect rendang tok which the gravy will be thick and a bit dry.


DSC00521ed

Serai, lengkuas, halia dikisar kemudian di campurkan bersama santan. Masak seketika santan dan bahan kisar tu sehingga santan sedikit kering airnya dan pecah minyak.

Coconut milk combined with lemongrass, galangal and ginger (blended with water) also need to be cooked for a while on fire to remove excess water.
DSC00510ed


Cili kering digoreng tanpa minyak, kemudian ditumbuk/dikisar sehingga hancur
The dried chilies dry fried then grounded till it becomes chili flakes.
DSC00517ed

Rempah ratus yang digunakan ialah ketumbar, jintan manis, jintan putih digoreng tanpa minyak dan juga ditumbuk/dikisar halus.
All the spices like coriander, cumin, fennel, , dry fried are finely grounded

DSC00516ed

Masaukkan cili dan rempah tadi ke dalam santan yang telah dimasak tu.

 bring the chillies and spices to the coconut milk.


DSC00515ed

Masa ni masukkan awas awasnya seperti bawang merah yang dipotong nipis dan bawang putih yang dipotong nipis. Masukkan juga daun kunyit yang dicarik carik. Kemudian masuk lah daging yang sudah dikeringkan airnya tadi. Kacau sekali sekala setiap 10-25 minit untuk elak melekat dan hangus

Add in tumeric leaves, shallots and garlics (sliced thinly). wait until the gravy become creamy and thick. Then add in beef. Stir mixture every 10-15 minutes to prevent sticking and burning.

DSC00518ed


DSC00525ed


Finally the perfect rendang tok my mother in law style....

DSC00527ed

You Might Also Like

9 comments

  1. Negeri Johor laaa plakkk... Asik Perak je... Jeles ni ari2 Eny makan sedap.... He He He....

    ReplyDelete
  2. mat salleh pun minat rendang tok..hihihi

    ReplyDelete
  3. tak pernah lgi rasa rendang tok mcm mn...tp tgk mcm sedap tuhhh

    ReplyDelete
  4. rendang tok sedap! suka mkn time kenduri2 hehe

    ReplyDelete
  5. Assalam eny,
    waaaaaaaaaaa
    satu kawah tuuu
    bak semangkuk he3

    ReplyDelete
  6. Oooo.. gitu.. ada guna cili kering ekk... :)
    Ain nak try buat rendang tok lah tahun ni... wish me luck...!!

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com