Buat Carrot Cake sempena hari Ibu lepas. Carrot Cake ni memang sedap ditambah dengan keharuman kulit kayu manis, parutan carrot dan kacang walnut bergabung didalam adunan kek.


Ditambah pula dengan cream cheese frosting yang rasa lemak manis masam… memang drooling habis kan. Sebab tu lah kek ni ada penggemarnya tersendiri walaupun kek jenis berbuah, berkacang selalunya kurang digemari.
P5102822ed

Carrot Cake saya version senang dan simple. Cuma letak walnut yang banyak dan kismis didalamnya. Saya tak letak nenas tin dan kelapa kering, satu sebab nenas tin tu manissss sangat dan saya tak suka kelapa kering.. heheh.. Pun tetap sedap hahaha!
P5102809ed

Resepi Carrot Cake Simple

Resepi olahan Eny Abdullah 
(Acuan 4 segi bersaiz 8x8 inci atau 9 x9 inci)

Bahan A  (diayak bersama)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis

Bahan B
2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula castor – saya pakai ½ cawan

Bahan C
1 1/4 cawan parutan lobak merah yang diperah sedikit airnya
3/4 cawan kacang walnutdigoreng atau dipanggang - cincang kasar
1/2 cawan kismis – cincang kasar

Cara :
1. Satukan Bahan B dalam mixer. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan Bahan A, dan pukul sekejap je sehingga sebati
3. Masukkan Bahan C, guna spatula dan kacau rata.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak



Resepi Frosting Cream Cheese

Bahan - bahan :
70 g mentega tanpa garam – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
125 g cream cheese – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
1 sudu kecil pes lemon sunquick / jus lemon – jika nak sedikit masam

Cara :
1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan esen vanilla, gula aising dan jus lemon.
3. Pukul lagi sehingga rata. Siap dan bolehla disapu di atas kek yang telah sejuk.