Resepi ni macam ikan solok lada yang selalu kita makan dengan nasi kerabu. Tapi saya buat dengan ikan cencari dan dibakar. Macam ikan bakar inti kelapa juga. Cuma saya tambah telur dan tepung jagung supaya jadi macam otak otak. Sedap lah juga makan dengan nasi panas-panas.. hehehe
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Otak Otak
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru - atau sebarang jenis ikan.
1 ekor kan cencaru - diambil isinya sahaja dan kisar halus
1 cawan kelapa parut
1-2 biji telur
3 sudu besar cili kering rebus dikisar
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/2 kelapa parut
1 sudu besar Tepung Jagung
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus
Sedikit halia
1 biji Bawang merah besar
2 biji Bawang putih
1 inci lengkuas
1 batang Serai
3 biji Buah keras
1/2 inci belacan - dibakar dahulu
Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kering kisar sehingga wangi, kering dan pekat. Masukkan kelapa parut dan daun kunyit dan gaul rata. Rasakan garam dan gula. Bagi sedikit manis supaya lebih sedap :D Tutup api dan sejukkan.
Campur sambal kelapa tadi bersama isi ikan kisar, telur yang dipukul sekejap dan tepung jagung. Agak-agak boleh kepal dan tak terlalu cair. Gaul rata dan kemudian sumbat kedalam ikan.
Balut ikan dengan daun pisang sehingga rapat dan tertutup
Panggang atau bakar ikan sehingga masak. Saya panggang diatas kuali dapur gas je. Kena buka api perlahan.
13 Comments
tergodaaaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteadeehhh...ikan cencaru pulakkkk...!! Eny ni macam2 tau... geramnya....
ReplyDeletenak pindah duk sebelah umah Eny boleh tak..... hahahahahaaa... :p
sedapnyaaa
ReplyDeleteLapar tiba2...
ReplyDeletehaaa dapnyeee~! biasanya cencaru sumbat sambal kelapa hehhee
ReplyDeleteFuhh mmg nampak sodapp ni Eny..boleh cuba buat jugak nnt..Kak lya biasa buat letak bawang lada besar dan jugak buah tomato ngan mada benggala ..masuk semua sekali letak garam letak serbuk lada hitam pastu bakar ..pastu cecah air asam hehehe
ReplyDeletemenarik Ikan cencaru ni...
ReplyDeletelapar lak pagi2 ni tengok makanan sedap2
ReplyDeleteaduhai... kecuq ayaq lioq la....
ReplyDeleteabisss meleleh air liur tengok....memang sedap nampak
ReplyDeletealaaaa dah lama SA x buat macam ni...ok2 nanti SA buat...Dania suka ni...
ReplyDeleteBaru rasa nak diet tapi tengok cencaru sumbat tu terpaksa batalkan niat nak diet hari nie ^-^
ReplyDeleteAssalam eny,
ReplyDeleteiols paling soka my mom punay sambal utk ikan belah belakang ni
tapi dok copy resipi lagik he3