Cencaru Bakar Sumbat Otak Otak

P3141375ed

Resepi ni macam ikan solok lada yang selalu kita makan dengan nasi kerabu. Tapi saya buat dengan ikan cencari dan dibakar. Macam ikan bakar inti kelapa juga. Cuma saya tambah telur dan tepung jagung supaya jadi macam otak otak. Sedap lah juga makan dengan nasi panas-panas.. hehehe

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Otak Otak

Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru - atau sebarang jenis ikan.
1 ekor kan cencaru - diambil isinya sahaja dan kisar halus
1 cawan kelapa parut
1-2 biji telur
3 sudu besar  cili kering rebus dikisar
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/2 kelapa parut
1 sudu besar Tepung Jagung
 Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar halus
Sedikit halia
1 biji Bawang merah besar
2 biji Bawang putih
1 inci lengkuas
1 batang Serai
3 biji Buah keras
1/2 inci belacan - dibakar dahulu

Cara :

Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kering kisar sehingga wangi, kering dan pekat. Masukkan kelapa parut dan daun kunyit dan gaul rata. Rasakan garam dan gula. Bagi sedikit manis supaya lebih sedap :D Tutup api dan sejukkan.

Campur sambal kelapa tadi bersama isi ikan kisar,  telur yang dipukul sekejap dan tepung jagung. Agak-agak boleh kepal dan tak terlalu cair. Gaul rata dan kemudian sumbat kedalam ikan.

Balut ikan dengan daun pisang sehingga rapat dan tertutup

Panggang atau bakar ikan sehingga masak. Saya panggang diatas kuali dapur gas je. Kena buka api perlahan.




Post a Comment

13 Comments

  1. tergodaaaaaaaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  2. adeehhh...ikan cencaru pulakkkk...!! Eny ni macam2 tau... geramnya....
    nak pindah duk sebelah umah Eny boleh tak..... hahahahahaaa... :p

    ReplyDelete
  3. haaa dapnyeee~! biasanya cencaru sumbat sambal kelapa hehhee

    ReplyDelete
  4. Fuhh mmg nampak sodapp ni Eny..boleh cuba buat jugak nnt..Kak lya biasa buat letak bawang lada besar dan jugak buah tomato ngan mada benggala ..masuk semua sekali letak garam letak serbuk lada hitam pastu bakar ..pastu cecah air asam hehehe

    ReplyDelete
  5. menarik Ikan cencaru ni...

    ReplyDelete
  6. lapar lak pagi2 ni tengok makanan sedap2

    ReplyDelete
  7. aduhai... kecuq ayaq lioq la....

    ReplyDelete
  8. abisss meleleh air liur tengok....memang sedap nampak

    ReplyDelete
  9. alaaaa dah lama SA x buat macam ni...ok2 nanti SA buat...Dania suka ni...

    ReplyDelete
  10. Baru rasa nak diet tapi tengok cencaru sumbat tu terpaksa batalkan niat nak diet hari nie ^-^

    ReplyDelete
  11. Assalam eny,
    iols paling soka my mom punay sambal utk ikan belah belakang ni
    tapi dok copy resipi lagik he3

    ReplyDelete