Pajeon Korean Pancake!

October 29, 2019

Mesti ramai dah tahu tentang Pajeon atau Korean Pancake ni kan. Sebenarnya tak susah pun nak buat pajeon ni. Pajeon ni macam lempeng tapi dalamny ada letak seafood, daun bawang atau kimchi. Boleh letak apa sahaja bahan. Yang Kekny buat ni guna minyak anya sedikit sahaja. kalau korang nak  versi rangup di tepi boleh tambah sedikit minyak ya. Paling senang guna non stick pan.


My breakfast macam ni dah cukup kenyang. Cicah sedikit sweet soy sauce yang dicampur sesame oil. Jika nak pedas boleh tambah cili padi potong atau Gochujang (korean chili paste)

Dulu dah pernah share resepi di SINI dan SINI



Makan panas-panas time cuaca sejuk memang sedap!



Resepi Korean Pancake


Bahan-bahan 
1 1/2  cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur
Udang tanpa kulit, direbus sekejap dan dibuang kulit dan dicincang isinya
Daun bawang atau daun kucai – dipotong. Kuantiti kena banyak. Lebih banyak lebih sedap!
1 sudu besar gula - saya tambah
Sedikit garam
Air secukupnya.

Bahan Sos Kicap 
Kicap manis pekat atau kicap teriyaki
Sedikit air panas untuk cairkan jika kicap terlalu pekat
Bijan panggang



Cara penyediaan

Campurkan semua tepung, telur dan air dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Masukkan daun bawang atau kucai, isi udang.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuang satu senduk  adunan dan ratakan. Masak sehingga masak.

You Might Also Like

0 comments