Tips Kek Tak Roboh! Bakers Kena Baca Ni

March 15, 2018

Masalah Kek Roboh atau kek tergelincir. Ramai yang tanya Kekny bagaimana nak elakkan masalah kek roboh atau tergelincir (slide) ke tepi ni. Memang masalah ni adalah satu trauma bagi semua bakers. Ye lah kadang kita penat-penat bakar kek, hias dan bila nak deliver, kek roboh di pertengahan jalan. Mungkin kita boleh absorb cost tu tetapi bagaimana di pihak pembeli yang ternanti-nanti kek kita? Yang dah siap buat majlis tapi keknya rosak di pertengahan jalan. Sebab tu kita kena pastikan kek yang kita buat tu kukuh dan selamat untuk dibawa. Kenalah baca tips kek tak roboh ni!

Kebetulan semalam Kekny siapkan Red Velvet Cake versi naked ni jadi Kekny bercadang nak share tips supaya kek kukuh dan selamat untuk delivery. Selalu masalah kek roboh ni sebab icing bahagian tengah kek tu cair dan jadi licin, maka icing tu akan "bawa lari" kek ke tepi. Maka robohlah kek. 



Icing untuk filling di tengah layer pula kita tak guna sebarang icing yang pakai krimwell ye, yang boleh tahan lama dan tahan cuaca panas kerana icing yang tahan panas ni selalunya tak sedap berbanding icing fresh cream atau cream cheese yang cepat pula mecair. Tapi tulah icing sedap, kek pula roboh hehehe.. dilema kan! Apa pun Kekny tetap pilih icing sedap dan berkualiti. Maka kita kena cari lah cara nak kukuhkan kek dengan apa cara sekalipun!


Tips Kek Tak Roboh, Kukuh dan Selamat

Perancangan Masa

Perancangan masa itu penting bagi seorang baker. Janganlah terima kek bericing dan berhias ni kurang dari 4 hari. Untuk kek berkrim terutama kek menggunakan cream cheese icing, fresh cream atau kek kahwin 2 tingkat ke atas, pastikan kita terima order awal at least 4 hari sebelum. Ini kerana kek yang dibakar perlu sejuk sepenuhnya sebelum diicing. Mana boleh sapu icing pada kek yang masih suam suam. 

Kek Perlu Set Dalam Peti Ais sekuranganya 6 Jam

Perlu diingat jangan sesekali deliver atau hand over kek kepada pembeli sejurus selepas dilepa icingnya. Ini kerana icing perlu beku dahulu untuk set dan keras serta melekat elok diantara kek dalam peti ais. Sekurangnya 6 jam, atau 12 ke 24 jam paling lama. 

Trim Bahagian Atas Kek

Untuk kek hiasan trim kek perlu dilakukan. Memang ramai akan kata membazir je kalau trim kek. Tetapi tak ada cara lain lagi nak buat kek terletak elok selain dari trim rata permukaa kek. Kalau korang tengok video tutorial di youtube memang di luar negara diorang tak trim kek mereka. Tetapi perlu diingat cuaca mereka tak lah sepanas cuaca di Malaysia. Jadi icing mereka tetap keras dan kek jadi kukuh walau kek tak di trim, kekerasan icing tetap kukuh menyaluti kek.

P_20180313_212924ED

Selepas di trim kek, permukaan kek rata. Ini untuk kek yang dibakar selapis selapis. Kalau bakar sebiji dan potong kepada lapisan korang cuma trim bahagian atas sahajalah.

trim kek, cara trim kek

Bila dah trim setiap keping kek, lapis dan susun kek macam ni dan tengok bahagian tengah antara kek sangat rapat dan tak ada ruang. Ini menandakan icing selamat diletakkan diantara kek. Permukaan kek kasar yang telah ditrim juga membantu kek kukuh dan stabil berbanding permukaan kek yang tak ditrim dimana kerak kek bahagian atas tu licin.

P_20180313_213618ED


Chopstick Sebagai Piling Kek

Selepas letak icing, guna chopstick kayu pakai buang untuk buat "piling" didalam lapisan kek didalam supaya lebih kukuh. Boleh letak 2 atau tiga ikut ketinggian dan lapis kek. Ukur dulu ketinggian kek dengan chopstick dan potong. Baru cucuk di tengah kek selepas ke dilapis icing. Korang boleh beli chopstick pakai buang ni di kedai yang jual peralatan dapur atau peralatan kedai makan. Chopstick pakai buang ni selalunya dibungkus satu-satu dengan plastik untuk kebersihan.

Chopstick ni akan menahan pergerakan antara lapisan kek dari bergerak. Jadi kek lebih stabil dan tak tergelincir. Macam buat piling rumah la hehehe..

P_20180313_222421ED

Selepas tu korang boleh la sambung icing bahagian luar kek tu. Masukkan dalam peti ais dan biarkan krim set selama at least 6 jam barulah boleh deliver kepada pembeli.

>> Resepi Coklat Ganache Mudah << KLIK SINI

DSC02265ED

You Might Also Like

2 comments

  1. tq share tips yg menarik ni eny.

    ReplyDelete
  2. ya allah, kasi tips pun terliur tgok kek tuu

    ReplyDelete