Semua Bakers Perlu Tahu Apa Fungsi Coklat Ganache

March 01, 2018

Kalau korang seorang baker mesti wajib tahu apa itu coklat ganache dan apa fungsi coklat ganache untuk kek, topping kek, hiasan kek dan sebagainya. Coklat ganache ni berlainan dari coklat sos untuk topping ice cream tu ye. Rasanya sedap tetapi bergantung kepada jenis coklat yang kita guna. Kalau korang check mana-mana blog atau website resepi coklat ganache sama sahaja tetapi kelikatan dan bentuk berbeza mengikut cara kita nak guna coklat ganache ini. Selain dark chocolate, korang boleh guna milk chocolate atau white chocolate juga.

Teksture ganache yang telah di set ianya menjadi seperti Nutella dan boleh dipaip begini.


Resepi Coklat Ganache

Bahan-bahan
300 gm whipping cream
500 gm coklat (dark) - dipotong kecil atau boleh pakai dark chocolate coins
1 sudu besar butter

Cara penyediaan

Panaskan whipping cream secara double boile boleh baca disini Teknik Double Boile. Bila krim naik buih di tepi (tetapi belum mendidih) masukkan coklat dan butter. Kacau rata sehingga coklat cair sepenuhnya.

Ini ialah tekstur ganache yang baru siap. Lebih cair dan licin. Untuk ganache macam ni korang boleh buat salut kek terus dengan cara menuang ganache tersebut sehingga menutupi keseluruh kek. Untuk kek coklat moist sangat sesuai.

P1230785

Atau boleh juga buat hiasan dripping begini di tepi kek...

P3121250ed

Cara Melepa Coklat Ganache Ke atas Kek


Untuk mendapatkan ganache yang likat dan boleh dilepa korang kena simpan ganache yang cair tadi dalam peti ais selama 8 jam ke atas. biar dia membeku. Kemudian keluarkan dan biarkan ianya pada suhu bilik sehingga lembut. Pada masa ini korang akan nampak perubaan pada gancache. Ianya berubah menjadi seperti peanut butter atau Nutella tetapi lebih pekat. Ianya boleh disapu, dilepa atau dipaip atas kek seperti gambar dibawah.

>> Resepi Kek Coklat 2 Bahan Je! << 

PC290400ed

P1030490ed

Krim Coklat Ganache

Dan korang juga boleh putar ganache tersebut dalam mixer sehingga menjadi berkrim dan warnanya menjadi coklat muda. JAdi ianya jadi krim coklat ganache yang sedap dan sesuai dibuat lapisan antara kek coklat atau dilepa di luar kek. Korang juga boleh campurkan krim coklat ini dengan butter cream, cream cheese icing atau fresh cream untuk mendapatkan rasa coklat dalam icing korang. Pastinya lebih sedap kan!

P4131733ed PC180126ed






You Might Also Like

4 comments

  1. haihhhh
    sedap pula tengok
    coklat ganache nih selalu makan dengan kek

    ReplyDelete
  2. fulaamakk seadapya.. bolehlh ikut resepi nanti. tq

    ReplyDelete
  3. Assalamm..ni guna datk compound ke?

    ReplyDelete