Kek Red Velvet Lebih Gebu dan Sedap!

1:00 pm

Hai semua,

Rata-rata ramai yang cakap, kek red velvet paling susah sekali nak buat. Ramai yang cakap susah nak dapat kegebuan kek dan tekstur kek yang seakan baldu semewah namanya si baldu merah (red velvet). Kek ni memang kalau silap teknik memang akan bawa bencana. Kek terhasil akan mendap, keras, bantat dan banyak lagi kisah tragik yang berlaku katanya hehehe..

Pengalaman saya buat kek red velvet ni pun banyak yang menyedihkan. Antaranya kek merekah dibahagian atas. Ini kerana masa tu saya baru belajar baking. Kek merekah ni selalunya oven atau api atas terlalu panas dan acuan terlalu kecik untuk jumlah adunan. Jadi kek naik membukit dan kemudian merekah kerana apabila bahagian tepi kek mengeras, ianya menolah bahagian tengah kek yang masih cair ke atas. Faktor kek terlalu tebal pun salah satunya. Jadi make sure kalau tak pasti jumlah adunan tu cukup ke tak dengan saiz acuan, bahagikan dulu siap-siap kepada dua bahagian sama banyak kedalam mangkuk asing. Dan kemudian bakar secara berasingan. Saya selalunya timbang supaya sama berat. Kalau nak bahagi tiga lebih bagus jadi ada ada 3 lapisan kek lebih sedap sikit kan. Bila dah bahagi baru masukkan dalam acuan dan bakar berasingan atau jika ada acuan lebih dan oven muat boleh bakar sekaligus.


P7312919

Memang gebu kek ni dan sangat sedap rasanya walaupun dimakan tanpa icing krim cheese.

P7312959ED

Selain itu, bagi kek yang memerlukan susu didalam resepinya, pastikan susu yang kita guna ialah susu fresh full cream (selalu dijual di tempat sejuk bersama jus dan yogurt). Boleh juga pakai susu UHT Full Cream, brand yang disarankan, jenama Anchor atau Marygold. Jenama lain saya tengok banyak kandungan air dalamnya dan tak berapa lemak, jadi kek selalunya keras dan tak gebu. Jangan sesekali pakai susu rendah lemak kalau nak kek yang gebu dan sedap. Pilihan lain ialah campurkan susu yang ada dengan sedikit krim (heavy krim atau whipping krim tenusu). Ni yang saya selalu buat walaupun pakai susu UHT full cream. Hasilnya kek lebih gebu dan lembut.

Kalau macam red velvet ni menggunakan susu buttermilk - sejenis susu yang sedikit masam dan pekat berlemak. Jadi saya gunakan susu full cream dicampur sedikit whipping cream dan dan sedikit cuka. Biar susu selama 10 minit sebelum dicampur bahan lain atau sebelum diguna. Susu akan jadi berketul ketul dan berpecah. Tu petanda kek akan naik gebu hehehe

Satu lagi tips mudah mendapatkan kek gebu ialah penggunaan tepung berkualiti. Saya lebih selesa menggunakan tepung naik sendiri yang dibeli dari kedai bakery. Jimat masa dan tak perlu risau nak sukat baking powder dan baking soda. Cuma perlu ayak sahaja. Jadi untuk red velvet ni saya guna tepung naik sendiri dan campur sedikit sahaja baking soda untuk mengaktifkan tidak balas susu masam bersama  soda bagi menggebukan kek.
P7312919ed

Resepi yang saya gunakan ni menjadi keeper recipe saya. Memang tak pakai resepi lain dah. Semoga bermanfaat untuk semua ya...
P7312937ED

Versi mini atau individual pek. Yang tinggal area Kedah kalau nak order boleh whatsapp 0125360877 (untuk order kek sahaja, sebarang pertanyaan tentang resepi, boleh drop komen nanti saya akan reply)

P6172414ed


Kek Red Velvet Gebu 

Acuan 7 inci. 
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A
170g mentega
150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan
1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul

Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing

Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan 
350g cream cheese
70g mentega
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan 
Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.

Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair



You Might Also Like

5 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com