Teknik Double Boil

/
4 Comments
10:28 am
Teknik Double Boil | Teknik double boiling ni ialah satu cara untuk memanaskan sesuatu menggunakan haba tetapi secara lebih lembut dan apinya tidak terlalu panas. Senang cakap, habanya bukan secara terus dari api, tetapi  haba dari dari steam atau wap air. Dengan cara ini dapat mengekalkan struktur bahan yag dipanaskan.


Ramai yang ambil mudah teknik double boiling ni dengan menggunakan perlatan yang salah. Sebenarnya ianya tak susah mana. Apa yang kita perlukan ada didapur kita. Ambik satu periuk saiz kecil dan satu mangkuk kaca tahan panas atau juga boleh gunakan periuk bersaiz besar sedikit dari periuk pertama. 

Contoh gambar dibawah cara yang betul dan saiz periuk dan mangkuk yang betul.


Cuba gandingkan keduanya dengan letakkan mangkuk kaca atau periuk yang lebih besar ke atas periuk kecil tadi. Jika kedudukannya kukuh, tak bergoyang, menutup rapat bahagian periuk bawah, maka itulah peralatan double boiling korang yang akan digunakan. Jika periuk atas bergoyang, senget ke kiri dan ke kanan, maka sila cari periuk lain atau pun mangkuk lain, tukarlah samada periuk bawah atau periuk atau mangkus atas, korang kena pastikan ianya betul-betul terletak ye.


Ramai sebenarnya ingat alah nak cairkan coklat untuk buat kek dan brownies, guna teknik apa sahaja pun boleh asal coklat cair dan kek menjadi juga. Kek akan menjadi juga, tetapi adakalanya rasa coklat akan berubah, menjadi pahit, tidak halus dan mulus. Rugi lah keluarkan modal beli coklat mahal dan premium tapi rasanya berubah kerana kesilapan teknik dalam mencairkan coklat.

Perlu dingat, apa kita buat, praktiskan buat secara betul kerana setiap perbuatan akan  menjadi kebiasaan. Kalau kita praktis benda betul maka maka kita dah terbiasa buat benda dengan betul dan untuk next task yang perlukan ketelitian ianya menjadi mudah buat kita.

Tujuan Double Boiling

Tujuan double boiling ni tak sama untuk setiap bahan. Jadi jom kita tengok apa yang membezakan untuk setiap bahan.

Mencairkan Coklat

Selalunya digunakan untuk mencairkan coklat lah. Coklat mengandungi komposisi susu dan koko yang sebenarnya sangat mudah hangus bila terkena haba yang terlalu kuat. Kita sememangnya tidak nampak coklat tu hangusm tetapi ianya mengubah rasa dan struktur coklat. Suhu yang terlalu tinggi akan mengubah struktur, rasa dan bau coklat yang harum menjadi bau koko yang kuat dan tengik. Oleh itu, coklat perlu menggunakan teknik double boiling jika hendak mencairkannya terutama untuk coklat coating, sos coklat yang mana rasa coklat halus dan creamy diperlukan. Kalau untuk brownies juga, sebenanrnya coklat boleh dicairkan dalam microwave saja pada suhu sederhana. Dan jika guna teknik double boiling yang betul, kita dapat megurangkan wap air yang akan masuk kedalam coklat. Kandungan air ni mempengaruhi kejadian kek dan biskut kita. Perlu diingat ada ada resepi kek dan biskut, setitik air pun tidak boleh masuk.

Membuat Puding, Kastard, Sos Kastard atau Sos Krim dan kepala kuih tradisional lebih halus

Teknik double boiling juga digunakan untuk penyediaan kastard. Sama ada memekatkan kastard sehingga pekat dan tidak berketul atau penyediaan kepala kuih sebelum dikukus selalunya dikacau dahulu agar pekat dan likat dan tak menyerap masuk kedalam lapisan bawah. Double boiling memastikan adunan tidak berketul dan hangit. Menjadi lebih berkrim, halus, tidak pecah kompisisi lemak, teur, santan atau susunya.

Peyediaan Pelbagai jenis sos contohnya hollandaise sos, strawberry sos, curd dan sebagainya.

Untuk penghasilan sos contohnya hollandaise sos yang dibuat dari telur memerlukan teknik double boiling agar suhu yang sesuai digunakan untuk memasak telur masak sepenuhnya, tetapi dalam masa yang sama telur harus kekal cair, creamy dan halus dengan sedikit buih halus apabila dipukul diatas haba yang terhasil.

Penyediaan meringue dan  krim untuk melepa kek contohnya Italian swiss meringue buttercream,

Sejenis buttercream yang memerlukan kita double boiling telur putih bersama gula dan pada masa sama telur tersebut tidak harus masak. Double boiling hanya untuk mensterilkan telur dan melarutkan gula sebelum dipukul sehingga menjadi meringue.

Ok harap korang faham fungsi, cara dan tujuan teknik double boil ni ye !



You may also like

4 comments:

  1. Jelas sangat kakny, coklate tu dah gelap sebab tu tak perasan dah hangguskan

    ReplyDelete
  2. terbaik kak enny..bru tau sha salah pakai saiz mangkuk selama nii...hihiih

    ReplyDelete
  3. ohhh begitu. boleh praktikkan cara yg betul kot kot lepas nih rajin nak buat brownies. eheheh
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete