Sebab Kamera Tak Perlu Mahal. Kena baca Jika Korang Nak Beli Kamera.

February 01, 2018

Perlu ke beli kamera mahal? Ramai yang tanya Kekny, untuk menjadi seorang photographer adakah  perlu membeli kamera mahal. Jika korang suka mengambil gambar dan suka melibatkan diri dalam bidang ni, tanya diri korang apa kategori korang berada sekarang. Terdapat dua kategori photographer, satu ialah melibatkan diri secara profesional dan yang kedua ialah melibatkan diri secara hobi. Itu menentukan antara kenapa SEBAB KAMERA TAK PERLU MAHAL

Eny Abdullah

Jika anda pada yang kategori kedua, jadi kamera mahal dan berspesifikasi tinggi bukanlah menjadi keperluan. Dengan kecanggihan teknologi smartphone sekarang, korang boleh menghasilkan gambar yang cantik hanya dengan menggunakan smartphone atau sekadar point and shoot camera. Atau lebih baik jika ada DSLR atau Mirrorless. Jadi kita bincang tentang kedua camera jenis camera ini. Kerana DSLR dan Mirrorless ini mempunyai spesikasi yang berlainan dan ada peringkat tertentu. Untuk DSLR ada yang entry level murah sikit dengan keupayaan kit lens tapi jika pandai guna hasilnya cantik juga.  Dan DSLR juga ada siri yang full frame yang lebih mahal. Orang panggil premium siri dan gambar tanpa edit pun sangat cantik dan meletup. Ianya memang mengurangkan kerja-kerja edit serta gambar yang terhasil berkualiti tinggi dari segi aspek teknikal. Tapi berbalokah beli kamera  tersebut? Jom kita check point dibawah.

Sebab Kenapa Kamera Tak Perlu Mahal

Ramai sebenarnya salah faham tentang kamera ni. Ramai yang fikir kamera mahal dapat selesaikan masalah bad photo mereka.

Kamera Mahal Gambar Mesti Cerah

Ramai salah faham bahawa hanya kamera mahal menghasilkan gambar cerah dan terang. Sebenarnya gambar cerah ni banyak factor antaranya kemahiran kita setting secara manual menggunakan fungsi Aperture, Speed dan ISO.

Cahaya semulajadi atau lighting. Alternatif korang boleh guna cahaya semulajadi atau bantuan cahaya lampu yang dimimik menjadi cahaya semulajadi. Boleh baca di entry Tip Ringkas Pengcahayaan

Dengan Teknik betul pengcahayaan ni sebenarnya tak perlu pun korang guna DSLR atau Mirrorless. Tapi kamera handphone pun dah cantik. Contoh gambar bubur nasi ni hanya guna kamera smartphone sahaja



>> Tips Ambil Gambar Makanan Cantik Guna Smartphone Jer! << KLIK


Camera Mahal Bokeh Pun Lawa

Ini pun satu salah faham besar di kalangan mereka yang self proclaimed penggemar fotografi hehe. Dan mereka ni terlalu mengagungkan kehebatan bokeh. Perlu kita ingat gambar yang cantik dan bermutu bukan diukur pada bokeh tetapi penceritaan gambar itu sendiri.

Bokeh bukan ditentukan oleh mahalnya kamera tapi juga kepada factor lain. Untuk create blurry background (bokeh) larger aperture (which represent the smallest number, sila jangan confuse ya.) bukan satu satunya factor penentu bokeh.

Faktor menghasilkan bokeh selain aperture ialah : 

Kedudukan object dan background, lagi jauh background ke belakang object, lebih blur bokeh terhasil. So cuba adjust object dan background sehingga terhasilnya bokeh.

Focal lenght (zoom) yang sesuai juga boleh menghasilkan bokeh. Cuba main main dengan zooming , set kan pada 50 mm dan focus object di depan. Jangan terkejut kalau ada bokeh kat belakang. Hahahah

Contoh Bokeh Mengunnakan kamera handphone Sony Xperia

Bokeh Smartphone

Camera Mahal Tapi Kit Lens Je

Jangan salah anggap kenyataan diatas. Kit lens juga adalah powerful lens. Tapi ini buat yang ada bajet lebih dari kit lens tapi beli kamera dan kit lens pada harga tak masuk akal. Ada bajet nak beli kamera, tapi buat pilihan salah beli kamera mahal-mahal sampai RM5K ke RM6K lepas tu dah tak mampu nak beli lens dah. Stuck dengan kit lens sahaja. Nak beli lens jenis lain kena menabung pula. Makan tahun kan. 

Apa salahnya beli kamera rendah sikit spesifikasinya dalam lingkungan harga RM2K, balance lagi RM4K korang boleh beli macam-macam lens yang korang nak. Baru thrill korang nak berfotografi boleh guna macam-macam lens. Itu cerita kalau bajet korang 6K. Tapi memang ada orang yang buat salah pilihan macam ni sebab terpedaya dengan pujukan kedai kamera suruh ambil spec yang mahal terus. Ye lah masuk je kedai kamera, dia cakap, saya ada bajet RM6K, kamera apa you ada. Silap besar kat situ okay!


Camera Mahal Untuk Selfie Sahaja

Ini pun salah satu pembaziran juga. Ada yang hanya guna kamera mahal harga range RM2k ke 3K hanya untu selfie. Kalau selfie atau portrait ni korang perlu beli prime lens baru cantik. Kamera DSLR atau Mirrorless entry level yang harga serendah RM700 ke RM1K lebih dan kemudian lebihan duit beli lens prime. Masyallah lawa gambar potrait korang nanti kalau pandai guna.

Camera Mahal Tapi Malu Nak Bawa Di Hadapan Orang Ramai

Ada yang nak beli kamera mahal-mahal tapi malu nak bawa, nak guna, nak gantung kat leher. Kalau jenis macam ni, stick to smarthphone camera sahaja ya atau beli Go Pro. Buat rugi je beli lepas tu buat tukun hehehe.


Camera Mahal Tapi Gambar Ayam Dan Kucing Belakang Rumah Je

Kumpul duit bertahun nak beli kamera, sampai tak kemana-mana, sampai tak bercuti dan tak travel. Sanggup jadi katak bawah tempurung sebab hanya nak beli kamera yang mahal dan spec tinggi. Melampau kan hahahah. Sorry lah ayat agak kasar tapi itulah realitinya. 

Gambar yang baik dan cantik itu terhasil seiring pengalaman dan jauh perjalanan. Kalau setakat dok main gear keliling rumah je macam mana nak develop new skill. Street photography, nature dan landscape contohnya kena banyak berjalan jalan dan travel. Kan seronok kalau dapat travel ke negara atau negeri lain bersama kamera walau kamera tak mahal mana atau guna smartphone pun dah cantik. Asalkan kita kreatif dan belajar teknik betul ambil gambar.  Jadi buat pilihan bijak. Kamera murah pun ok dan pada masa sama dapat travel ambil gambar cantik. Kurang-kurang pergilah zoo kan kahkahkah! Maksud Kekny Zoo kat Afrika sana :D

Street photography somewhere in Ipoh.

Tanglung, lantern

Paling teruk, Camera Mahal Tapi Guna AUTO

Yang ni biasa sangat. Dan yang biasa tu lah kategori paling teruk hehehe. Pendek kata dia tak reti guna kamera, tak peduli nak ambil tahu langsung. Orang guna DLSR dia pun nak. Depth of field, ISO, AF, Aperture, F Value semua dia tak tahu. Dah tu dia bantai guna function Auto sahaja. Nak guna function Manual tak reti. Function yang kat dial tu M, S, A, P entah dia ingat M for Malam, S for Siang kahkahkahkah!!!! Sorry melawak saja no.

Apa lagi nak baca manual kamera. Kalau korang jenis malas baca, malas nak belajar, jenis nak short cut dan tak suka halusi dan teliti benda detail lupakan sahaja beli kamera mahal. Guna sahaja kamera smartphone atau kamera point and shoot biasa.

Lepas baca Sebab Kamera Tak Perlu Mahal diatas Kekny harap korang lebih bijak membuat pilihan dalam membeli kamera idaman korang. Jangan tersalah pilih. Beli ikut kemampuan. jangan sampai kosong bank akaun hanya kerana nak sebiji kamera yang menghasilkan gambar yang cantik, walhal korang sebenarnya tak reti nak guna kamera. Kalau bukan dalam bidang profesional ni tetapkan harga kamera tu tak payah melebihi RM3K. Selalunya kamera yang bagus dalam lingkungan RM1k ke RM2.5K je. Malah kalau pandai cari boleh dapat rendah dari harga tersebut.

You Might Also Like

7 comments

  1. Great article, Kak Eny. Long time tak visit blog Kak Eny. Selalu visit and dapat inspirasi untuk minta mak masak menu apa. Hehehe.

    Anyway, back to topic. For me, kamera mahal atau tidak tu semestinya bergantung kepada situasi. Kalau jana pendapatan dari bidang fotografi, semestinya beli kamera mahal lebih banyak advantage. Kalau as for hobby, rasanya doesn't necessarily perlu belanja banyak beli yang mahal.

    Sekarang ni saya pun selalu pakai camera phone je sebab mudah. Editing apps pun ada banyak boleh pakai hehe

    ReplyDelete
  2. Gud Info Eny.. Klik Opis ramai yg beranggapan DSLR menghasilkan gambaq yg cun, so pi la beli...tup tup setting guna AUTO.. huh!

    ReplyDelete
  3. Wowww terpegun jap ngan entri kekny.. kekya baca sampai terdetik dup dap dalam hati nak beli kamera mahal jugoksss.. hahaha gtu skali nooo .. pengaruh entri kekny ni menusuk kalbukuuu.. hahaha kekny mmg power bab2 kamera .. tq kekny sudi kongsi info best2..

    ReplyDelete
  4. Zaza pun tgh saving utk dslr.. Bajet 3k yg pnting lens tu nanti kan..

    ReplyDelete
  5. hahaha beli lepas tu buat tukun hahaa lama tak dengar word tukun tu.. btw CT geng suka cam tapi sekadar untuk hobi saja. tak minat DSLR sbb bulky dan x reti guna. beli mirrorless compact senang nak selit dalam handbag dan keluarkan bila perlu. tapi jujurnya.. on the go gadget pilihan hati tetap smartphone. paling senang. hihihi..

    ReplyDelete
  6. Siqah memang say no to camera mahal DSLR. Serius tak tahu guna dan takde keinginan nak belajar. Selesa ambil gambar guna phone je :)

    ReplyDelete