Tips Ringkas Set Up Mini Studio Untuk Food Photography

/
7 Comments
1:00 pm
Menjadi seorang food blogger ni bukanlah kerja yang mudah ye. Kena dedikasikan seluruh masa dan tenaga dalam menghasilkan masakan dan kemudian kena buat food styling, memilih props kemudian seterusnya ialah menghasilkan gambar yang mampu membuatkan pembaca menelan air liur dan seterusnya ingin mencuba resepi tu atau membeli makanan tersebut. Haaa dalam nak menghasilkan gambar cantik ni, kenalah setup mini studio untuk food photography. Actually panduan ni tak terhad untuk food saja, korang boleh guna untuk buat shooting produk review, produk jualan korang dan sebagainya. Dan korang boleh je pakai camera biasa atau camera dari handphone. Tak semestinya kena pakai DSLR. Tu sebab kekny tunjuk cara nak buat teknik pengcahayaan yang betul.


Cakap pasai gambar ni, Kekny sangat sedih bila gambar blogger masakan ni dicuri oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab untuk kegunaan perniagaan mereka. Apa salahnya minta elok-elok dan bayar sedikit atas usaha dan penat lelah. Korang boleh je buat FB ads, Insta ads, sanggup bayar mahal untuk pengiklanan tapi gambar korang google saja huhuhu.. 

Oklah dalam entry ni Kekny nak tunjukkan sedikit tips untuk buat mini studio untuk penghasilan gambar yang cantik. Memang penat tau, lepas masak, terus bersiap nak ambil gambar makanan macam sayur, dan sup kena cepat ambil sebab nanti dah sejuk, warnanya dah tak cantik, dah layu, kusam. Jadi lepas masak memang terus kena ambil gambar tak kira penat bagaimanapun.

Tips Ringkas Set Up Mini Studio Untuk Food Photography

Ni tempat Kekny ambil gambar kek dan adakala kekny buat tutorial kek dan masakan disini. Sebab ni bahagian dapur je. Korang boleh sediakan satu meja khas untuk ambil gambar. Anggap je macam mini studio korang. Boleh letak juga rak atau kabinet untuk simpan props sekali.


Ni pulak mini studio yang Kekny buat di penjuru bilik. Ada meja untuk ambil gambar, mestilah berhampiran tingkap untuk pengcahayaan semulajadi sebab kadang-kadang Kekny rasa nak guna cahaya semulajadi tak perlu angkat meja ke tepi tingkap dah. Dan juga ada mini studio lighting dengan mentol berwarna putih. Perlukan 2 atau 3 ye especially jika kita ambil gambar di waktu malam.

Korang tengok dekat rak sebelah tu adalah pinggan mangkuk untuk props yang Kekny selalu guna. senang simpan satu tempat. Takde lah nak tercari-cari. 

Set Up Lighting (Pengcahayaan)


Ni cara set up lighting. Boleh pilih nak letak lampu sebelah je atau letak kiri dan kanan bergantung pada keadaan cahaya dan set up kita. Kena ada diffuser yang bertindak menyebarkan atau memecahkan cahaya supaya lebih natural. Diffuser boleh pakai kain putih, kad bod transparent macam Kekny guna atau korang boleh pakai helaian kertas putih (kertas majung yang nipis) yang digantung atau dilekatkan pada frame kayu kosong. Lampu atau sumber cahaya perlu berada di belakang diffuser kita buat tu. Cahaya lampu yang direct tanpa diffuser akan menghasilkan cahaya yang bertumpu dan terlalu fokus, cahayanya tidak sekata dan tidak tersebar seperti cahaya natural, menghasilkan bebayang dan nampak sangat tak natural. 

Sebelah dinding tu ialah kepingan board putih sebagai reflector bertindak memantulkan cahaya lampu dari sebelah kanan supaya bayang disebelah kiri yang tiada cahaya dapat dikurangkan. Nampak lebih dramatik.

Ni hasil gambar dari set up lighting  diatas.. tengok di bahagian kiri tiada lampu, gambar tak gelap, bayang dapat dikurangkan hasil pengunaan reflector, dan bahagian kanan berlampu, cahaya sangat sekata seolah cahaya semulajadi hasil pengunaan diffuser..

P4081526ed2rr  

Susun Atur Props

Ni contoh penggunaan props, susun la bagi nampak cantik ikut citarasa masing-masing. Susun je macam mana pun.

Tapi bila ambil gambar, jangan semua gambar props tu masuk. Biar masuk sipi sipi je, separuh, suku je dari gambar subject utama. Props ni orang kata macam bridemaids kepada pengantin. Pengantin tu fokus utama, bridemaids untuk me
Bila ada props gambar pun nampak menarik.. lebih natural dengan susunan kain napkin, sudu, gelas air dan sebagainya.. seolah tersedia untuk dijamah..

P4081517ed2

Dan Kekny sangat bertuah ada DH yang sangat supportive, dan menyokong kerjaya Kekny sebagai food and photography blogger ni. Tengok tu sanggup buatkan papan prop untuk background. Kalau Kekny nak buat sendiri, nak beli paku kat kedai mana pun tak reti hehehe.. 


Sekian tips ringkas ni harap dapat membantu korang. Kalau korang nak beli gambar makanan untuk jualan dari Kekny boleh email ke enyabdullah@gmail.com



You may also like

7 comments:

Zizie Zack said...

gambar2 kekny sangat cantik.. suka tgk.. nasib baik kalo tak sedar, tergigit henfon or laptop sebab gambar tu nampak sedap.. hehehe

Busyra Bt Takiyudin said...

cntiknya gmbar gmbar yg kekny snap

Hernee Nazir said...

gambar2 kekny memang cun melecun..buat perut menggelodak lapar..

- Blog Hernee Nazir-

dorsett pink said...

Waah! Tips yg sgt berguna. Tq for sharing walaupun saya bukan food blogger tapi saya suka baca.. Btw, lampu tu sangat win! Saya suka

nadiah hanum said...

Tq eny..tips yg sgt berguna.

Ain Rahman said...

nice. terima kasih kekny for the tips =)

alia farhan Said said...

Suka tgk gmbaq2 eny...
Mrmang meletop