Tips Ambil Gambar Makanan Cantik dengan Kamera Biasa

12:07 am

Dapat banyak lokam atau ada yang panggil limau mandarin, limau cina, atau apa sahaja lah hehehe. Dapat dari contractor, lawyer, supplier office. Nasib baik lah benda tahan lama :D

Buat subjek fotografi pun best kan.
Lokam

Ramai yang tanya macam mana nak dapatkan gambar yang menarik, jelas dan tak kabur. Jawapannya bukanlah pakai kamera mahal. Bukan juga beli kamera canggih dan besar, bukan juga upgrade lens DSLR ke apa. 

Jawapannya yang tepat ialah, pengcahayaan kena cukup. Kena ada cahaya baru gambar cantik. Baru lah bukaan shutter dapat menarik lebih banyak cahaya masuk dan gambar yang terhasil akan lebih jelas, kalau tangan bergegar pun still clear lagi gambarnya.

Jadi, kat mana nak dapatkan cahaya terang ni? Mestilah dari cahaya matahari (semulajadi) atau cahaya dari lampu. Boleh juga pakai flash, tapi ada cara dan tekniknya kalau nak pakai flash ni. Silap haribulan gambar jadi lebih tak cantik kalau pakai flash. Flash kadang-kadang akan merosakkan gambar. Gambar memang nampak terang, tapi apa guna gambar terang kalau rupa orang dalam gambar nampak macam terlebih pakai bedak sejuk, gambar makanan yang sedap nampak macam tak menarik. Flash akan buat imej nampak kasar dan mengasilkan bayang hitam di belakang. Jadi cara yang paling senang, ialah jangan guna flash langsung dan guna cahaya matahari atau cahaya buatan.

Cahaya matahari? bukanlah kita ambil gambar di luar dibawah panas matahari terik, tetapi cukup sekadar buka tingkap dan pintu luas-luas, selak tirai supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam rumah. 

Jadi lokasi paling sesuai untuk ambil gambar ialah ditepi tingkap atau ditepi pintu. Kalau tingkap lebih sesuai sebab tak menghalang lalu lalang. Cari tingkap di dalam rumah yang tak ada letak apa-apa perabut. Di situ, letak satu meja. Meja harus rendah sedikit dari paras tingkap. Boleh pakai meja kopi.

Terpulang kepada kreativiti nak alas meja tu dengan apa. Nampak cantik sikit kan. Letakkan subjek yang nak diambil gambar ( contoh sepinggan mee ke, nasi lemak ke heheh) atas meja ditepi tingkap tadi. Dan boleh la ambil gambar. Pakai camera handphone yang 3MP ke atas  pun dah memadai jika cahaya cukup terangnya. Makesure flash tu kena tutup. 

Macam gambar limau ni, lokasi meja diletak di tepi tingkap. 

Kalau ambil dari pandangan atas, cahayanya nampak rata, ada sedikit bayang dibahagian bawah, jadi nampak dramatik hehehe..
Lokam

Nak lebih dramatik? Ambil dari posisi tepi, maksudnya cahaya dari atas menyimbah keatas subjek, dan kamera posisi dari tepi. Boleh tengok background  warna gelap, itu kerana dinding saya berwarna coklat gelap, kalau dinding warna putih, mestilah background putih, pun cantik juga. Sebab tu lah meja kena rendah dari paras tingkap sebab kita nak dapatkan background kosong yang cantik. Kalau rasa nak tukar-tukar warna background, pandai-pandailah beli kertas warna atau kain kosong berwarna gantung kat dinding dengan cara ikat kat tingkap.

Dan hasilnya... 
Lokam

Ok itu kalau pakai cahaya matahari. Untuk disebelah malam pula dimana tak ada cahaya matahari bagaimana pula?.

Dari sudut teknikal, kalau pakai DLSR, saya akan pakai flash, tapi tak guna direct flash, saya akan guna diffuser - kena beli atau letak sesuatu menghalang cahaya flash kena direct kepada subjek. Cara kedua, jika pakai speedlight (external flash) saya cuma halakan flash mengadap ke atas siling. Cahaya dari flash akan terpantuk ke siling. Jadi Kita akan dapat cahaya yang sekata turun ke atas gambar makanan kita. Tu cerita kalau ada DSLR dan speedlight hehehe

Kalau tak ada?

Jangan risau kalau setakat pakai camera biasa atau camera handphone je. Invest sikit dalam RM50 untuk beli lampu meja kecil. Lebih baik lampu studi yang cahayanya berwarna putih. Lampu meja tadi akan menggantikan cahaya matahari. pandai-pandailah adjust cahaya tu nak datang dari mana, dari atas, tepi, bawah hehehe..  Letak je samaada diatas meja atau tepi meja. Boleh juga letak diatas kerusi tinggi dari meja dan halakan lampu ke meja dan subjek. Dengan itu kita akan dapat cahaya dari atas yang menyeluruh. Yang penting cahayanya mestilah kena pada subjek yang kita nak shoot tu.

Hasil dari pengunaan lampu.

Tengok untuk contoh nasi lemak sotong ni...
Nasi Lemak sotong
Cahaya  lampunya datang dari atas. Nampak sekata. Gambar nampak menarik dan cerah.

Tengok gambar ni pula... 
Masak lemak Suun
Tengok dari mana arah cahaya tu datang. Dari bahagian depan (bukan atas) Nampak dramatik sikit kan dan dapat menghasilkan bayang yang cantik disebelah depan.

Ok senang kan. Harap dapat membantu sedikit sebanyak. Tips ni boleh juga guna untuk ambil gambar potrait, selfie atau gambar anak-anak. Tapi kalau nak selfie tepi tingkap, make sure orang luar tak nampak dan perasan k.. hehehehe

Err... faham ke korang hehehehe..

Gear yang digunakan dalam entry ni untuk gambar diatas:
Olympus Pen Lite EPL3
Sony A290

Antara contoh gambar yang diambil dengan kamera handphone Samsung GT19082. Boleh click gambar dan tengok di Flickr saya, dibawah setiap gambar ada keterangan jenis camera yang saya gunakan berserta exif.
  20140131_120823ed20140120_181101ed Nasi lemak kuning 1 20140124_081756ed

You Might Also Like

32 comments

  1. sy suka effect focus-blur :D macam gambar last tuu

    ReplyDelete
  2. Teknik lighting main peranan untuk food photography. Anyway, awak ambil gambar guna DSLR atau camera biasa?

    ReplyDelete
  3. Setuju! Cahaya penting sebab Nina guna camera hp murah aje... Huhuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kebanyakkan orang guna kamera henpon aje.. hik hik hik

      Delete
  4. tip yg bagus.. saya guna camera henfon murah ja, selalu gambar mesti gelap.. haha

    ReplyDelete
  5. ehh terliur la pulak tengok...
    Bab gune lampu meja saya pun buat macam tu kak... nak beli speedlight tak de duit....
    Saya suka la tengok gambar2 kat sini, cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar kat sini memang sangat sangat cantik

      Delete
  6. tq for the tips eny!.. ni kelas fotog tp gambar makanan banyak2 ..adoii.. laparrrrr.. baru nak mendiet tak nak lunch.. puiii.. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat blog eny nih memang menghidangkan gambar makanan untuk orang kenyang menjadi lapar

      Delete
  7. Pencahayaan mmg sgt penting..tq atas tips ini..patutlah tgkp guna flash gmbr tak cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu yang diberi eny.. tips yang sangat berguna

      Delete
  8. Tq for sharing...info yg menarik..sng fhm..tq tuan rumah..

    ReplyDelete
  9. thank you for sharing, pencahayaan memang sangat penting kan :)

    ReplyDelete
  10. woww..!! tips yang sangat berguna sebab selalu pelik tengok orang boleh snap gambar cantik2 walau guna camera biasa... hehehehehe... :)

    ReplyDelete
  11. Wah tenkiu kak! Sebelum ni kita pun fikir macam tu jugak.. contohnya kalau nak selfie.. almaklumlah perempuan dan selfie berpisah tiada kan xD tapi yang sedihnya front camera tak tinggi nilai megapixel, jadi kita cuba cari tempat terang untuk nampak lebih cantik.. btw thanks for the sharing ^^

    ReplyDelete
  12. bile cukup pencahayaan, makanan terus nampak sedap :)

    ReplyDelete
  13. Wowww, hebat2 blake shot awak ni.Memang fotografer berbakat.Tips pun hebat!

    ReplyDelete
  14. wah, baguslah! kak eny ajar cara nak ambil gambar cantik! maceh kak Eny :D

    kita suka amek gambar, tapi bab pengcahayaan tu yang lemah sikit... kita amek apa kita nampak cantik je. zz

    ReplyDelete
  15. jeles tgok gambar2 kak eny. sharp & cantik2! hehe

    ReplyDelete
  16. thank you mentor..bertambah ilmu photograhy ummul

    ReplyDelete
  17. nice photos. Photographer nya pun cantik.

    ReplyDelete
  18. Wow kekny..cantik2 gambarnya..jeless kita...

    ReplyDelete
  19. Tips menarik. Tq kak eny!! 😊

    ReplyDelete
  20. lapa-lapa... tip yg bagus kak eny...

    ReplyDelete
  21. Sangat membantu tips-tips ni. Appreciate it.

    Untuk tambahkan impak, boleh ambil gambar location setting dia sekali. Kat mana tingkap, lampu study, meja dan sebagainya.

    Anyway, great job!

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com