Resepi Sos Gula Melaka Sedap Untuk Kek Pandan Gula Melaka, Cendol dan Kuih Muih

Kek Pandan Gula Melaka memang sedap. Ramai customer saya yang order kek ni dan sukakan rasa pandan bergabung dengan rasa gula melaka dan kelapa. Resepi hit PANDAN GULA MELAKA (KLIK SINI) ramai tanya cara buat sos gula melaka yang sedap dan pekat. Ramai kata sos mereka tak berapa sedap, cair sangat, ada yang pekat, ada yang kering jadi gula balik, dan tak kurang yang beritahu bila letak atas kek dan krim merosakkan hiasan kek. Ok sebab ramai tanya tip so Kekny share lah Resepi Sos Gula Melaka Sedap Untuk Kek Pandan Gula Melaka, Cendol dan Kuih Muih


resepi sos gula melaka, karamel gula melaka, kek pandan gula melaka, kuah kuih lopes, air gula cendol


Kegunaan Sos Gula Melaka

Selain untuk letak atas kek, sos gula melaka ni sesuai untuk Kuih Lopes, Bubur Som Som, Cendol, dan banyak lagi. Korang boleh adjust kepekatan, warna dengan ubah jumlah gula putih dan gula melaka. Gula merah yang Kekny guna tu optional sebab Kekny nak warna sos sedikit gelap. 

Apa yang best dengan resepi ni ialah sosnya pekat likat, elok je turun. Tak juga terlalu pekat dan yang penting sosnya tak akan kering meresap dalam krim. Haa nak ke belajar buat sos pandan gula melaka terbaik ni?


resepi sos gula melaka, karamel gula melaka, kek pandan gula melaka, kuah kuih lopes, air gula cendol

resepi sos gula melaka, karamel gula melaka, kek pandan gula melaka, kuah kuih lopes, air gula cendol

resepi sos gula melaka, karamel gula melaka, kek pandan gula melaka, kuah kuih lopes, air gula cendol


Untuk resepi KEK PANDAN GULA MELAKA seperti diatas KLIK SINI

Resepi Sos Gula Melaka

Bahan-bahan Sos Gula Melaka

1 ketul gula melaka
2 sudu besar gula merah Thai ( optional)
1/3 cup gula pasir / caster
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air panas
Esen pandan tanpa warna (dalam video saya guna emulco sebab kehabisan esen pandan)
Sedikit garam. Saya suka bagi sedikit masin supaya lebih lemak.

Cara menyediakan Sos Gula Melaka

Campur semua bahan dan didihkan atas api sehingga larut elok. Sejukkan dan sos akan pekat apabia sejuk. Rujuk video di bawah ya untuk lebih mudah. Jangan lupa subscribe Channel Youtube Eny Abdullah


















Post a comment

0 Comments