Mee Hailam Sedap !

January 28, 2018

Antara mee yang menjadi kegemaran Kekny sekeluarga. Mee Hailam ala orang melayu dulu-dulu buat. Kalau sekarang susah nak cari di restoren. Sekarang dah tak jumpa restoren betul yang menghidangkan masakan bergoreng stail orang melayu seperti mee hailam, mee kuah, mee goreng dan sebagainya. Yang banyak tumbuh ialah restoren siam yang masakannya ala thai. Kalau menu mee hailam atau mee kuah memang tak rasa sama macam yang kita  makan dahulu. Terpaksa lah buat sendiri jawabnya. 


Mee Hailam ni rahsianya kena tumis lama-lama bawang kisar tu, ayam tu brown kan kejap biar keluar segala perisa ayam baru sedap. Kuah pulak kita rebus tulang ayam buat stok. Baru masukkan dalam tumisan tadi. Haaa barulah rasa sedap kuah tu. Ok jom ita tengok resepi mee hailam sedap ni.

Untuk resepi Mee Hailam versi lain boleh tengok sini Mee Hailam 

P1019283ed P1019288ed

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan : 
2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah lagi jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur- sayuran (sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato)
Air rebusan tulang ayam atau daging - jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Bahan kisar
2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara penyediaan : 
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal isi daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.

Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Untuk video ada Kekny sediakan di Instagram Kekny. Senang korang nak rujuk di entry SINI

You Might Also Like

3 comments

  1. kak eny... resepi ni untuk berapa org makan?

    ReplyDelete
  2. fav mee hailam..lama xbuat

    ReplyDelete
  3. kekny ni kan.. masak la apa pun.. semua jadi.. i jelesssss..

    ReplyDelete