Mee Hailam Orang Melayu Dulu Dulu

September 26, 2017

Dah lama tak makan mee hailam orang melayu dulu dulu ni. Bukan apa sekarang susah nak cari mee hailam melayu yang sedap macam dulu. Banyak dimonopoli kedai siam yang mee hailam atau segala mee nya tak rasa macam kedai melayu kita makan dulu-dulu.

mee hailam

Resepi Mee Hailam Sedap

Kekny masih ingat, Masa zaman 90an, masa restoren siam belum tumbuh ibarat cendawan lepas hujan, masa tu kedai melayu yang jual segala jenis mee hailam, mee bandung (sini panggil mee kuah), mee goreng melayu yang sedap dengan rasa kicap, bawang, isi ayam dan daging ditumis lama lama bukannya dimasak cincai macam sekarang. Sekarang ni rasa kuahnya macam dibancuh dengan sos dan curah saja. Dengan kuah yang terlebih manis pula, ada terlebih masam kerana pengaruh rasa dari siam. 

P_20170922_150253ed

Mee Hailam ni rahsianya kena tumis lama-lama bawang kisar tu, ayam tu brown kan kejap biar keluar segala perisa ayam baru sedap. Kuah pulak kita rebus tulang ayam buat stok. Baru masukkan dalam tumisan tadi. Haaa barulah rasa sedap kuah tu. Ok jom ita tengok resepi mee hailam sedap ni.

Untuk resepi Mee Hailam versi lain boleh tengok sini Mee Hailam 

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan 
2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah lagi jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur- sayuran (sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato)
Air rebusan tulang ayam atau daging - jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Bahan kisar
2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara penyediaan 
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal isi daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.

Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Untuk video ada Kekny sediakan di Instagram Kekny. Senang korang nak rujuk kan.

You Might Also Like

10 comments

  1. sedapnya kekny...besok kita try buat eh...

    ReplyDelete
  2. Uish.. Dah lah waktu lunch nie.. tertengok pula entry ini.. Lapar dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. Kalo tengok gambo, semuanya nampak sedap.
    Tengah lapo ni.

    ReplyDelete
  4. perhhhh sedap nyer. me hailam ni kalo lagi pekat lagi sedap.. nyuuumy.

    ReplyDelete
  5. sedapnya...dulu masa mak blom sakit kan..selalu mak buatkan mee hailam macam ni...ala rindu nak makan masakan mak laa

    ReplyDelete
  6. Hmm memang padu. Terpaksa lupakan diet atkien saya lepas nampak resepi ni. Merecik !

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. ini la respi mee hailam yang viral tu kan.. nyum3

    ReplyDelete
  8. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete