Peniaga Char Kuey Teow Ini Cara Betul Buat Char Kuey Teow Lebih Sedap!

Char Kuey Teow ialah salah satu makanan yang menjadi trademark Malaysia. Char Kuey Teow yang bermaksud stirr fried flat rice noodles atau mee beras nipis goreng sebenarnya berasal daripada makanan yang dihidangkan kepada pekerja kaum cina buruh kasar. Back then, para penjual pula adalah dikalangan nelayan atau pengutip siput dan kerang, so tak hairanlah char kuey teow ni terkenal dengan tambahan udang atau kerang didalamnya. Char Kuey Teow ni memang jika dilihat ialah seperti kuey teow goreng biasa yang selalu kita masak dirumah. Tetapi sebenarnya ada perbezaan yang ketara. Dan yang pasti ramai peniaga Char Kuey Teow yang menghidangkan Char Kuey Teow ni dengan cara masakan yang salah.

Char Kuey Teow Di Restoren New Hollywood Ipoh (Baca SINI) . So far ialah yang paling sedap pernah Kekny makan. Kalau tengok gambarnya pun dah menyelerakan.



Tips Masak Char Kuey Teow Lebih Sedap!

Suhu dan haba penting. Api kena kuat dan panas. Guna kuali yang besar dan jenis besi kuat. Bukan kuali non stick ye sebab masak CKT ni kita kena selalu ketuk kuali tu supaya meenya masak sekata.

CKT yang sedap kena ada rasa smokey yang membezakan rasa CKT dan Kuey Teow Goreng biasa. Jadi untuk dapatkan rasa smokey ni memang api kena kuat dan api kena masuk ke dalam kuali. Tetapi hanya yang pakar sahaja yang boleh lakukan teknik ni dan selalunya dimasak di dapur luar atau dapur yang lengkap ciri keselamatan. Kalau nak cuba masak kat rumah memang tak sesuai kan. Sebab itulah disyorkan makan je di gerai hehehe

Seimbangkan rasa masin dan manis dari pengunaan gabungan 2 ke 3 jenis kicap seperti kicap masin dan kicap manis, kicap pekat atau sedikit sos tiram.

Cili paste haruslah siap ditumis sehingga garing dan naik minyaknya. Sebab masa menggoreng, kita boleh jimatkan masa untuk masak cili tu kerana cili yang kita guna sudah siap ditumis.

Bawang putih perlu diketuk atau dicincang bukan dihiris. Kemudian rendam dalam minyak. Minyak dan bawang tu kita guna untuk menumis. Masuk je sekali dalam kuali. Jadi boleh sediakan banyak sekaligus. Bila nak tumis cedok je minyak dan bawang putih.

CKT original sememangnya tidak ada kuah. Tetapi ianya juga tak kering seperti Kuey Teow goreng ala mamak. Sedikit lembap dan basah tetapi tidak berkuah. Kena ingat ya penting ni.


P6297986ed

Sebolehnya jika masak, masa 1 portion sekali goreng kerana CKT ni kalau digoreng banyak sekali memang rasanya akan jadi lain dan hilang keaslian rasa CKT. Jadi masa nak goreng, pastikan semua bahan tersiap sedia tepi dapur sebolehnya disusun ikut kegunaan yang mana perlu masuk dulu. Goreng pun tak perlu lama hanya selama 5 minit pada api yang sangat kuat.

Telur, pastikan basuh dahulu. Dan masukkan saat akhir apabila kueyteow sudah panas dan hampir masak.

Sayur cuma taugeh jenis pendek dan gemuk lebih sedap berbanding taugeh anjang dan kurus. Selain itu perlu ada daun kucai didalamnya atau ditaburi potongan daun bawang. Jangan guna sayur lain kerana ianya pasti akan menjejaskan rasa CKT yang original. Taugeh perlu ditabur bahagian akhir bersama telur. Biar taugehnya masih rangup dan tak layu sangat!


Udang atau kerang atau keduanya sekali terpulang pada selera. Tetapi pastikan bahan ini segar dan jika udang sebolehnya kopeklah udang tu terlebih dahulu.  Melainkan korang guna udang yang begitu besar, memang berbaloi lah nak mengotorkan tangan untuk kopek udang. Atau sebolehnya korang sediakan sarung tangan plastik pakai buang supaya lebih mudah. Ini boleh digunapakai terutamanya untuk peniaga mee udang banjir atau kuey teow udang banjir atau char kuey teow ketam. Tak mahal pun kan kos sarung tangan plastik tu berbanding keselesaan customer. Ye lah customer sekarang ada sanggup kunyah kulit udang dari kotorkan tangan nak kupas udang yang cenonet. Tak berbaloi. Mana nak pegang handphone ambil gambar lagi hahahahah

Ok tips diatas korang boleh praktiskan jika nak meniaga Char Kuey Teow. Nanti Kekny share tips untuk peniaga lain pula.

Boleh baca ni juga ya Tips Untuk Penjual Nasi Lemak

Post a Comment

5 Comments

  1. fav ...aritu ke ipoh , ingt nk singgah tp tutup Restoren New Hollywood

    ReplyDelete
  2. wah siap ada tips lagi boleh lah try ni Eny tapi kena guna kuali besaq ni utk ketuk2 hehe

    ReplyDelete
  3. aduhh kekny... fav... susah gila nk jumpa org buat sedap.. msk sndiri sedap sikit je.. haha.. meh bagi sikit

    ReplyDelete
  4. Menarik tips tu.. Sama macam rancangan masakan yg saya tgk.. 10 CKT tersedar di Malaysia. Mmg resepi asli takde kuah meladong macam biasa kita makan...

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tuh...nak cuba buat lh

    ReplyDelete