Penjual Nasi Lemak Ini Caranya Buat Nasi Lemak Lebih Sedap

December 05, 2017

Alhamdulillah misi mencari nasi lemak bilis telur yang sedap dah berakhir. Pagi semalam, jumpa juga kat Bandar Jitra nan permai ni nasi lemak bilis telur siap bungkus daun pisang lagi. Bila buka tu aroma dia perghhhhh....... harum semerbak! Dah jumpa tu Kekny nak share lah cara buat nasi lemak lebih sedap ni yang selalu dipandang ringan oleh penjual. Asal jadi je diorang ni kadang-kadang.

Trauma jugak banyak kali beli nasi lemak bilis telur ni banyak yang rasanya tak boleh nak telan. Yang ikan bilis liat, ikan bilis masin, sambalnya tak rasa apa, kuah sambal cair, masin dan sebagainya. I end up beli nasi lemak ayam atau nasi lemak berlauk je.


Nasi lemak diatas dari pandangan mata pun dah tahu ianya sedap. Tengok sambalnya, nasinya dan portion ikan bilis dan telur memang ngam tak lebih tak kurang.

Tips Nasi Lemak Lebih Sedap

Antara ciri nasi lemak bilik telur yang sedap ialah sambalnya yang pekat  tu elok terletak atas nasi. Tak cair bila dicurah atas nasi. Warna sambal mesti merah gelap bukan warna merah cerah apa lagi warna oren. Jangan terkejut memang ada sambal nasi lemak warna oren sebab diletakkan pes cili segera yang kebanyakannya menggunakan pewarna didalamnya. Euuuww sangat! Sambal letak pewarna? berapa biji cili je kau letak dalam tu sampai tak jadi merah hihihi

Rasa sambal pedas pedas manis digabungkan dengan ikan bilis yang masih rangup. Nasi pula just nice, berderai elok, tak berminyak dan ada rasa halia dan daun pandan yang wangi. Bonus dan lebih bintang kalau dapat yang ada kacang goreng. 

Jadi korang yang berniaga nasi lemak bilis telur pastikan nasi lemak korang ada ciri ciri diatas. Kekny gerenti confirm laku nasi lemak hangpa. Serius tak tipu. Sebab senang senang saja korang boleh potong sales nasi lemak lain kalau nasi lemak korang lebih sedap. 

Hanya perlu usaha sikit saja. Lamakan masa tumis sambal, lebihkan halia, usaha guna daun pisang atau lebihkan daun pandan. Modal pun tak banyak mana. Sales tu datang dari kepuasan pelanggan. Repeat customer dan recommendation tu penting dalam berniaga.

Nasi lemak ni dari gerai depan Mahkahamah Syariah Jitra. Baru buka je minggu ni. Lepas ni boleh la beli lagi sebab dekat dengan office Kekny je.

Nak resepi nasi lemak boleh klik sini Resepi Sambal Tumis Nasi Lemak

Ini perkongsian dari facebook Kekny. Kekny share sini untuk bacaan umum.

You Might Also Like

5 comments

  1. Sayangnya sebab terletak di Jitra ��

    ReplyDelete
  2. nice sharing Eny.
    mmg betullah, susah nak cari nasi lemak sedap.

    ReplyDelete
  3. Yang pasti bilis mesti kena rangup, dan kacang goreng serta hirisan timun tidak dilupakan :D

    ReplyDelete
  4. Alah kalau balik kedah boleh merasa nasi lemak sedap nih

    ReplyDelete
  5. Tak pernah bosan makan nasi lemak.. dap je

    ReplyDelete