New Hollywood Cafe, Ipoh

/
18 Comments
1:21 pm
Macam biasa ke restoren kegemaran lagi untuk bersarapan. New Hollywood Cafe terletak di Canning Garden, Ipoh yang menyajikan Chinese cuisine yang halal dan bersih. Di Ipoh lah Kekny dapat merasa halal chinese food seperti ini sebab di Kedah memang susah dan hampir tiada rasanya halal chinese street food. Kalau di hotel mungkin ada. Tapi fine cuisine ni tak thrill sangat macam street food kan. Boleh rujuk entry lama mengenai restoren ni  SINI dan DISINI

Ini ialah Kuih Lobak Goreng. First time rasa dan sedap jugak lah cuma berminyak sedikit. Macam wantan goreng agak rapuh dan rangup. Hari tu ingat nak try wanton goreng, tapi asyik lupa je hehehe.


Ipoh Coffee di sini adalah terbaik sekali. Kalau dulu kitaorang order dapat secawan kecik memang tak puas minum, kali ni dah tahu mintak gelas besar hahaha.

P6297982ed

Kegemaran Kekny ialah Char Kuey Teow ni. Kali ketiga ke sini, memang setiap kali order char kuey teow. Chinese style char kuey teow yang original, goreng kering tanpa kuah, tapi masih lembab ohh sedapp!

P6297988ed

Halal Chee Cheong Fan atau Rice Noodle Rolls. Mana lagi nak jumpa kalau bukan di New Hollywood Cafe ni. Hidangan ni agak simple, kepingan nipis adunan tepung beras (kalau tak silap) di kukus dan diletakkan isi udang, kemudian digulung dan dipotong. Pelengkap hidangan ni sos manis-manis masin beraroma minyak bijan dan sos cili pedas yang rasanya dicampur udang kering. Bila sepotong masuk ke tekak, teksturnya yang licin laju dan lembut, bergaul dengan tekstur isi udang segar yang sangat rangup memang asyik je makan yang ni. Sepinggan memang tak cukup. Rasanya seakan-akan dim sum udang tetapi lebih beraroma dan berperisa.

P6297981ed

Roti telur dihidangkan atas kepingan roti bakar yang disapu marjerin. Sedap betul. Dibawah roti yang rangup, lapisan marjerin tu memang agak tebal dan menjadikan telur tu lemak-lemak je rasanya.

P6297996ed

Close up char kuey teow hehehe

P6297986ed

Satu tip jika makan disini, apabila makanan sampai korang harus terus membayar harga makanan tu kepada pelayan yang hantar kerana sini konsepnya gerai yang berasingan. Jadi sediakan duit atas meja siap-siap. Macam kita orang ni ada lebihan duit raya tu keluarkan terus letak atas meja. Bayar je bila makanan sampai. Harga makanan sini sangat lah murah diantara RM5 ke RM10 sepinggan.

P6298002ed


Kalau korang ke Ipoh, jangan lupa singgah di Cafe New Hollywood ni sebab sangat sedap makanan dia!


You may also like

18 comments:

  1. Allah lapar terus !!!!! sedap semuanya

    ReplyDelete
  2. Cik en suka chinese style.. kena gi terjah niii

    ReplyDelete
  3. Rasa nyesal sebab klik lagi2 lepas tengok chee cheung fun tu... Aduhhhh sedapnyeehhhhh

    ReplyDelete
  4. Memang nampak sedap

    Dan kalau singgah ipoh mungkin singgah

    ReplyDelete
  5. Tekak AS sebenarnya kurang boleh terima dengan chineese food..tapi kueytiaw tu nampak sangat tempting 😋Aumm

    ReplyDelete
  6. suka chinese food tpi en.suami tak suka plak..klu tak, boleh terjah cafe ni klu blik Ipoh..

    ReplyDelete
  7. lprrrr nk plak close up gmbr last tu hehe

    ReplyDelete
  8. Memula tgk char kuey teow dah meleleh sekali tgk yg close up pulak... Aduyaii

    ReplyDelete
  9. Amboi banyak nya lauk atas meja tu

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaa... nyesal tengok sekarang dah lapar..

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  11. Banyaknya makanannnn..lapo pulak tetiba

    ReplyDelete
  12. Alamak saya yg kat Ipoh ni pon tak tau ni haha

    ReplyDelete
  13. kuay teow tuh awesomenyeeee

    ReplyDelete
  14. ya allah sedapnya. wajib cuba kalau pergi ipoh nih. huhu.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  15. Eny ni saje je goda iolls....

    ReplyDelete
  16. kak eny sedapnya, takpe balik ipoh nanti nak cari cafe ni

    ReplyDelete