Kukus Ikan Cara Mudah

October 30, 2017

Tahu tak kita boeh je kukus ikan cara mudah tanpa pakai pengukus yang besar tu. Korang boleh guna kualiyang boleh muatkan size seekor ikan sahaja. ianya lebih pada kaedah merebus tapi kita letak air sedikit sahaja dikuali dan tutup kuali rapat untuk mengukusnya. Korang boleh cuba nanti sebab dengan merujuk video dibawah.

Untuk resepi ni Kekny menggunakan ikan siakap. Ikan kukus ni ada pernah Kekny masak di entry ini. Rasanya sangat sedap dan enak diganding dengan nasi putih bersama sayur yang digoreng. Kan ala chinese  jadi memang padanan sesuai. Kalau nak resepi ikan kukus ala thai boleh tengok disini.


P1018367ed

Resepi Ikan Kukus Halia Chinese Style

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / jenahak / kerapu atau apa sahaja - dibersihkan
1 ketul halia muda, dihiris nipis - ikut lah nak banyak mana
1 ulas bawang besar, dipotong nipis
3-4 ulas bawang putih, dipotong nipis
1 biji cili merah dipotong halus
1 biji lobak merak dipotong halus memanjang

Bahan sos digaul bersama
2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (atau lebih jika perlu)
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu teh minyak bijan (boleh juga pakai minyak biasa kalau tak suka baunya)

Cara penyediaan

Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus.

Ratakan separuh bahan potong Carrot, bawang putih, halia dan bawang besar diatas kuali.. kemudian letak ikan atas bahan tersebut. Dan selebih bahan tu tabur atas ikan pula.

Masukkan air sikit tapi jangan tenggelamkan badan ikan. Kemudian tuang bahan sos yang dikacau sebati.

Tutup kuali dan buka aoi paling perlahan dan kukus sehingha masak.

You Might Also Like

3 comments

  1. sedapnya dpt ikan siakap kukus ni... nnt nak buat la utk berbuka

    ReplyDelete
  2. Alaaaa...semalam kat econsave ikan siakap ni RM8 je seekor..tau beli je semalam...boleh kukus

    ReplyDelete
  3. salam ziarah sis.. dapnyer ikan kukus..lama x buat..selalu guna cara ni jugak kalo malas nak keluarkan pengukus gedabak tu...senang keje..senang nak cuci jugak kalo kukus guna kuali..hihi

    ReplyDelete