Ikan kukus Halia Ala Chinese

10:16 am

Rasa macam dah lama tak update blog. Busy yang teramat sangat. Hari ni nak share resepi mudah ikan siakap kukus halia ala chinese. Selalu sangat kan kita buat kukus limau, atau kukus halia yang ala thai tu. Yang ni kekny pernah rasa kat satu restoren chinese muslim. Terus rasa terpikat pada rasa kuah yang sedap. Kuahnya sedikit pekat sebab letak tepung jagung. Ada rasa minyak bijan, bawang putih dan nampak jelas halia muda yang diracik halus. Halia muda tu gigit sikit dengan nasi putih pun sedap tau. Jadi kekny balik olah sendiri resepi tu ikut apa yang kita rasa. Menjadi lah jugak rasanya.

P1014376ed

Ikan kalau segar ni memang manis je kan dan sedap dibuat masak kukus. Kalau ikan kurang segar, jangan dibuat masak kukus nanti tak sedap isinya, sebaliknya buat masak goreng deep fried sehingga rangup dan boleh curah kuah sweet sour atau sebagainya supaya rasa lebih sedap. Ni Kekny pakai ikan siakap dari Kuala Kedah memang terasa kesegaranya.

P1014371ed P1014359ed

Resepi Ikan Kukus Halia Chinese Style

Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap / jenahak / kerapu atau apa sahaja - dibersihkan
1 ketul halia muda, dihiris nipis - ikut lah nak banyak mana
1 ulas bawang besar, diracik halus
2 ulas bawang putih, dicincang
5-6 biji cili padi, dipotong - optional
Daun sup dicincang
Daun bawang dipotong

Bahan sos digaul bersama
2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair - boleh gantikan dengan garam
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (atau lebih jika perlu)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu teh minyak bijan

Bahan tumis
Sedikit halia yang diracik
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit minyak

Cara penyediaan

Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus. Ratakan halia muda, bawang putih dan bawang besar diatas ikan serta letak sedikit didalam perut ikan

Tabur cili padi, daun sup dan daun bawang.

Panaskan kukusan sehingga mendidih.

Masukkan ikan. Tuang bahan sos yang dikacau sebati.

Kukus sehingga masak. sesekali buka penutup, dan kacau sos ditepi ikan supaya rata. Jika mata ikan sudah putih dan lembut tandanya ikan kukus siap masak

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kekuningan. Terus curahkan keatas ikan didalam kukusan tadi. Letakkan juga sedikit minyak tumisan tu. Jangan terlalu banyak.

Siap dihidangkan.

You Might Also Like

5 comments

  1. singgah pagi....
    ala..akk nie...gambar dah cantik...
    pastu kan rasa nak makan je tau..hihihi...

    ReplyDelete
  2. Assalam eny...aduh terliur sungguh nengokkan ikan stim tu..selalu kalau buat yg pesen cerah/transparent tu..yg ni nmpak menggoda betul.

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak ikan kukus tu...teringin pulak nak buat...

    ReplyDelete
  4. Mengancamnye... betul resepi ni..

    Tak pernah makan ikan jenahak stim boleh try lepas ni

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com