Gerut-Gerut Kukus

1:30 pm

Ni masak masa cuti awal tahun baru lepas. Husband nak ikan 3 rasa, tapi kitaorang terlupa nak suruh makcik tu siangkan secara belah belakang. Jadi kukus je lah senang hehehe.. Kalau belah belakang, bila goreng ikan tu akan cepat masak dan cantik je kembang kan.

Jadi lah ikan kukus resepi pun main campak-campak mengikut apa yang selalu order kat kedai makan je hehehe.....

Ni sebelum dikukus

Ikan Gerut Kukus

Kat mata tu memang sedap heeheee
Ikan Gerut Kukus

Resepi Ikan Gerut-Gerut Kukus

Bahan-bahan :
1 ekor ikan gerut gerut
10 biji limau kasturi diperah ambil jusnya
3-4 inci halia diracik
1 biji bawang besar diracik
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 titik minyak bijan
Daun saderi
Daun bawang
1 sudu kecil lada sulah
Tomato cherry
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Ikan dilumur dengan sedikit garam.
Campur dan gaul sebati jus limau kasturi, sos ikan, kicap cair, minyak bijan, lada sulah dan air.
Tuang bancuhan jus limau yang digaul tadi dan curahkan ke atas ikan.
Tabur halia, bawang yang diracik ke atas ikan, berserta tomato cherry, daun saderi, daun bawang.
Kukus sehingga masak.

Ikan gerut-gerut ni sekilo lebih sikit, RM29 di Kuala Kedah.
Ikan Gerut Kukus

You Might Also Like

23 comments

  1. Gerut-Gerut Kukus untuk Gendut-Gendut Perut... He He He...

    ReplyDelete
  2. Lapar lak zumal tengok gambar makanan gini ^-^

    ReplyDelete
  3. masakan kukus ni sangat baik untuk kesihatan, cuma rasanya kenalah dipelbagaikan ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tue... ana baik untuk kesihatan

      Delete
    2. bijak mengolah.. masakan jadi sedap

      Delete
  4. alahai sedapnyer di tekak tgk gerut2 kukus..

    ReplyDelete
  5. Terus lapar tengok juadah ni. Kukus macam ni pun rasanya marvellous!

    ReplyDelete
  6. simple tapi sedap dan sihat........!! thumbs up... :)

    ReplyDelete
  7. Err nak tanya, ada nama lain tak selain nama 'Gerut-Gerut' ni? Kita tak pernah dengar nama ni.. tapi bila tengok dalam gambar, makan gitu je sedap kan ^^

    ReplyDelete
  8. mencari resepi for ikan gerut.....tq

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com