KETUPAT PALAS

July 05, 2017

Setiap kali raya, ketupat palas menjadi kemestian kepada orang utara terutama di negeri Kedah dan Perlis. Memang menjadi satu tradisi turun temurun, ketupat palas dihidangkan pada hari raya. Walaupun kini banyak gerai lemang didirikan di Kedah ni bagai cendawan tumbuh selepas hujan, orang utara tetap menyediakan ketupat palas. Kalau pun tak dibuat sendiri, ditempah khas dari orang berpengalaman membuatnya. Ramai juga sekarang yang berniaga ketupat palas dan ada dah disejuk beku kan (ketupat palas frozen) supaya ianya tahan lama dan dapat disimpan lama. Ketupat palas utara sememangnya ada keunikannya dan berada pada tahapnya  tersendiri.


Setiap kali raya, Maktok lah yang akan balut ketupat palas sebab Kekny korang ni sampai sekarang masih gagal membuat ketupat palas hehehe.. memang kemahiran ni perlu kan masa, dan nak bila nak belajar hanyalah time nak sambut raya, jadi bilanya nak pandai? hehehe..

P6257786ed

Ketupat palas ni  pulutnya harus ditekan padat kedalam kelongsong daun palasnya. Pulut tu terlebih dahulu dimasak bersama santan sehingga kering air santanya tetapi pulut tu masih lagi mentah. Ditambah dengan daun pandan dan sedikit garam untuk menaikkan rasa santan. Ada yang tambah sedikit gula juga. Agak pulut dah pekat dan boleh dibentuk boleh lah tutup api, sejukkan dahulu sebelum dibalut. 

Gandingan Rendang, Serunding bersama Ketupat Palas

Rasa ketupat palas sangatlah sedap, dengan pulutnya yang padat, berlemak dan berminyak hasil dari santan, harum kelapa, pandan dan harum daun palas bergabung tu memang membangkitkan aroma ketupat palas yang tersendiri. Sedap dihidangkang bersama serunding terutama di Kedah ni terkenal dengan serunding ikan utara RESEPI SERUNDING IKAN UTARA atau apa sahaja serunding. Selain itu, sedap juga dihidangkan dengan rendang, kari dan bagi penggemar manis, dicicah bersama madu, susu pekat manis atau kuah serawa. Memang sedap!.

P6257940ed

Pulut Susu Ketupat Palas

Kalau di Kedah dan Perlis yang berdekatan dengan sempadan Thailand, pulut susu ialah pulut yang sesuai sekali dibuat ketupat palas kerana ianya lebih muai, lebih lembut dan harum berbanding pulut biasa. Ianya juga tak perlu direndam lama kerana pulut ni bila masak mudah lembut. Harganya juga sedikit mahal berbanding pulut biasa.

Walaubagaimanapun, selain beras pulut putih ada juga ketupat palas menggunakan beras pulut hitam yang dicampur beras pulut putih. Ada juga dalam pulut ketupat dimasukkan kacang ketupat (kacang putih bermata hitam atau dipanggil black eye peas). Ada juga dimasukkan isi jagung didalamnya dan ada juga diletakkan pewarna hijau dan perasa daun pandan. Memang banyak jenis ketupat palas ni sebenarnya mengikut kreativiti pembuatnya.

P6257920ed

P6257822ed  

RESEPI KETUPAT PALAS


Bahan-bahan
2 kg pulut susu
2 kg santan
1-2 cawan air
3 helai daun pandan disimpul
2 sudu kecil garam
Daun palas secukupnya ( dibuka daun dan bentukan seperti ketupat (kelongsong)

Cara penyediaan

Daun palas dibuka dan dilipat membentuk ketupat. Dipanggil kelongsong ketupat palas. Tujuan buka daun ni ialah supaya proses nak balut nanti lebih mudah sebab daun dah terbuka.



Beras dicuci bersih. Toskan dalam penapis

Campurkan santan, air, daun pandan, dan garam dalam periuk. Buka api perlahan dan didihkan.

Bila santan mendidih, masukkan pulut yang dibersihkan tadi.

Kacau dengan senduk kayu sehingga kering air santanya dan nampak berminyak. Tetapi pulut tak perlu lah masak, pulut akan jadi kembang meresap santan tetapi masih mentah didalamnya. Biar sehingga kering dan agak pulut boleh di cubit dengan tangan baru lah tutup kan api. Biarkan sejuk





Masukkan pulut dalam kelongsong ketupat dan mula balut. Cara balut boleh tengok video dibawah ni.

Pulut selepas dibalut, ikat dengan kemas dibahagian bawahnya supaya pulut tak terburai dan air tak masuk semasa merebus


A post shared by Eny Yusnizar Abdullah (@enyabdullah83) on

Bila nak rebus, panaskan air sehingga mendidih, masukkan sedikit garam dan masukkan ketupat yang dibalut tadi. Rebus sehingga dalam 330 ke 40 minit sehingga pulut dalamnya masak sepenuhnya.

Cara buat Ketupat Palas Sejuk Beku (Ketupat Palas frozen)

Ada dua cara :

Ketupat yang dibalut tadi boleh terus dimasukkan dalam peti ais dan dibekukan. Bila nak makan, keluarkan dan rebus sahaja sehingga masak.

Atau rebus ketupat sehingga masak dahulu, kemudian sejukkan dan boleh dibekukan. Bila nak panaskan balik, cuma perlu kukus sahaja sehingga panas.

You Might Also Like

5 comments

  1. tak reti nak membuatnya,tapi selalunya officemate akan bawak balik untuk kita bila dia balik dari kelantan...sedapnya...

    ReplyDelete
  2. senang nak bungkus, akak pun baru belajar. kalau tak tempat akak ni ketupat jantan... kat kelantan biasanya mereka bungkus ketupat tino... tpi payah skit banyak kena pusing, akak pun tak jadi2... hehehe....

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya nampak gambar tu lagi2 makan dgn serunding. tapi kalau mama belah2 selatan ni ketupat palas jarang2 jumpa

    ReplyDelete
  4. Yang ni memang kalau depan mata, makan banyak2.. dapat pulak dengan rendang pedas. Hehe... auni lebih tekak utagha..

    ReplyDelete
  5. wah.. terima kasih resepi ye eny.. hihi.. mcm senang je tgk org buat..

    ReplyDelete