Daging Goreng Pedas Masam Manis

/
11 Comments
12:28 pm
Hari tu kan Kekny plan nak masak masak lodeh dan nasi himpit sekali nasi himpit tu dah ada bubuk bersarang hahaha. Habis plan nak berlodeh. Keluarkan daging terus potong. Ingat nak buat masak kicap sekali kicap pulak habis. Yang ada sos tomato, sos tiram dan sos cili. Pastu Kekny teringat ada sekali pernah makan daging kambing yang dimasak sweet sour memang sedap rasanya. Haa tu yang terhasil Daging Goreng Pedas Masam Manis ni.

P4287243ed

Letak sayur senang buat satu jenis lauk siap ada sayur dah hehehe.. Kekny first time guna timun jepun tu dalam masakan daging, eh sedap la! Lain dari yang lain daging goreng masam manis ni. Selalu tu kalau daging Kekny buat Daging Goreng Kunyit Kelantan Style atau Gulai Kawah je..

P4287254ed

P4287245ed  

Resepi Daging Goreng Pedas Masam Manis


Bahan-bahan 
½ kilo daging lembu dipotong nipis
1 batang lobak merah dipotong
1 batang timun jepun dipotong
1 cawan bunga kobis yang telah dipotong
1 labu bawang besar dipotong tebal
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes oren sunquick – ikut lah nak masam macam mana
8 -9 tangkai cili kering dipotong
8 ulas Bawang putih dicincang
1 labu Bawang besar dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
Sedikit minyak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Masukkan cili kering dan goreng sekejap.

Masukkan sos tomato, sos tiram dan sos cili. Masukkan daging dan tambah air serta pes oren sunquick. Masak sehingga daging lembut. Tambah air jika perlu ye untuk cepatkan proses daging lembut.

Bila daging lembut dan air kering, masukkan bahan sayuran dan bawang besar potong. Masak sehingga sayur agak layu dan boleh la dihidangkan.




You may also like

11 comments:

  1. YEAY...nak buat gak la macam ni..stok daging ada lagi tu..minggu ni last bawak bekal

    ReplyDelete
  2. menyelerakan dengan nasi panas gitu...sedapp

    ReplyDelete
  3. Huhu.. Daging pun boleh masak gini kan, sedapnya! Park tpi dulu resipi ni. Nanti kalau ada daging, boleh buat. Idea ni sangat berguna kalau raya haji sebab banyak sangat daging korban. Nak variasikan masakan, boleh ikut resipi ni. Terima kasih daun keladi! Hehe ❤❤❤

    ReplyDelete
  4. adui eny sedanya... lapar semula jadinya

    ReplyDelete
  5. Nanti nak masak style gini gak la.. kita salin PS resipi kekeny sesiap nanti boleh la buat.. buat bukak poser ramadhan nnt hehe

    ReplyDelete
  6. nyesal masuk blog kekny pagi pagi. ni kalau masuk blog kekny bulan puasa mahu terbatal puasa hahaha
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete