Daging Masak Gulai Kawah

9:39 am


Hai semua, dah 2 hari sebenarnya tak masak-masak. Tak ada masa nak ke pasar membeli bahan masak. Asyiklah sibuk dengan hal kerja di office, di site dan macam- macamlah benda nak dibuat. Banyak projek nak kena siapkan sebelum puasa. Ok lah jugak kan, kalau dah siap sebelum puasa, tak lah puasa ni teruk sangat. Boleh berehat sedikit. Harap begitulah :D

Gula Kawah Utara

Gulai Kawah ni sangat popular di utara sini. Rupanya macam kari daging biasa tetapi sebenarnya lebih kepada masakan gulai kari ala kampung yang ada keaslianya tersendiri. Sudah tentulah gulai kawah ni mendapat namanya dari cara dimasak didalam kawah dan menggunakan api kayu api. Warnannya akan bertukar sedikit gelap jika dimasak didalam kawah. Paling tak tahan ialah aroma gulai kawah ni. Bau semerbak gulai dah boleh buatkan kita rasa nak je terus ambil pinggan dan cedok nasi. Hehehe..

P6063661ed

Selalunya gulai kawah dimasak bersama daging dan dicampur dengan umbut batang pisang, umbut kelapa, rebung, betik muda nangka atau pisang muda. Bahan-bahan kampunglah selalunya. Ianya dimasak di kenduri kendara didalam kawah besar. Kuahnya sedikit cair berbading kari biasa tetapi penuh dengan perisa dan sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi kosong biasa.

Resepi Daging Masak Gulai Kawah ni diambil dari Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan. Mestilah ada sedikit pengubahsuaian mengikut bahan apa yang ada di rumah hehehe.. Dalam resepi Chef Wan menggunakan betik muda. Saya cuma pakai kentang dan kacang panjang. Saya pakai daging dan juga dicampur bersama bahagian daging berlemak (tetel) Memang sedap betul. Sebab gula kawah ni cair cair je kuahnya jadi tak lah muak sangat dengan lemak kan..

P6063664ed


Resepi Daging Masak Gulai Kawah


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak
500g daging dihiris nipis
300 g daging tetel - dipotong kecil (saya tambah)
500 ml santan - saya guna 600ml
2 sudu besar kerisik kelapa
2 sudu besar gula perang
2 keping asam keping
3 biji kentang dipotong dadu besar(saya tambah)
6-7 batang kacang panjang - dipotong panjang (saya tambah)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1-2 cawan air (ikut nak pekat atau cair)
8 helai daun kari
Garam secukup rasa

Bahan Pes Rempah (dikisar) :
2 - 3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari daging (saya guna 4 sudu besar)
6-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan pes rempah yang dikisar. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.

Kemudian masukkan daging dan masak sehingga daging kecut dan mesra. Tambahkan juga sedikit air.

Masukkan santan, kerisik dan garam secukup rasa. Masukkan juga gula perang.

Masukkan kentang dan reneh seketika sehingga daging dan kentang lembut.

Akhir sekali masukkan asam keping, dan kacang panjang. Masak sehingga mendidih dan siap!

Jika suka boleh renehkan lagi sehingga kuah pekat.

You Might Also Like

14 comments

  1. Pergh!!! makan lak dengan nasi putih panas-panas.. emmang x ingat lain dah..

    ReplyDelete
  2. eny....meleleh air liur tgk gulai nihh...adehhh kariiii....sy suka yg ada letak kerisik...sedapnyeeeeeee

    ReplyDelete
  3. respek pada wanita kerja ofis yang balik ke rumah sempat pulak nak masak2

    ReplyDelete
  4. Tempting sungguh melihat gambar-gambar diatas. Phew!

    ReplyDelete
  5. nampak mcm sedap..
    malam cengini tgk makan buat perut rasa lapar.. haha

    Blogwalking sini.. Jom baca artikel baru

    Travelog: Water Rafting Di Sabah

    ReplyDelete
  6. sedapnya pulut kuning dan ayam goreng berempah :-)

    ReplyDelete
  7. tgk kari ni teringat Deanna heeee

    ReplyDelete
  8. Masakan dan gambar nampak menyelerakan!

    Boleh dapatkan rempah gulai kawah ori dari Bachok Kelantan di sini ye..

    rasatimur.lelong.com.my

    Tq Enya! :)

    ReplyDelete
  9. Masakan dan gambar nampak menyelerakan!

    Boleh dapatkan rempah gulai kawah ori dari Bachok Kelantan di sini ye..

    rasatimur.lelong.com.my

    Tq Enya! :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com