Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

11:00 am

Daging goreng kunyit ni masakan simple dan mudah je. Cuma yang ni cara orang kelantan yang buat. Lupa pula mana dapat resepi daging goreng kunyit kelantan style ni. Tapi saya dah cuba hari tu memang sedap dan lebih sedap dari cara biasa! Daging pun lembut je dan tak liat. Caranya pun mudah sangat dan rasanya peyediaan boleh dibuat seawal semalam sebelum digoreng esok harinya. Sesuai untuk isteri dan ibu yang berkerja.

P4142162ed

Kali ni cuba saya tambah kacang buncis. Boleh pelbagaikan sayuran tu nak kacang panjang, carrot atau apa sahaja sayur yang sesuai. Dah siap satu hidangan lengkap kan. Cuma perlu masak nasi putih je. Macam saya cakap tadi, sesuai kalau isteri dan ibu yang berkerja.

P4142191ed

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style

Bahan-bahan :
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cili merah - hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Cara :

Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)

Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

You Might Also Like

15 comments

  1. Wow....menu simple srnang utk org bujang mcm SA....

    ReplyDelete
  2. gulp. nk prg beli daging. tiba2 terliur! >_<

    ReplyDelete
  3. sedap nampak , tapi sayangnya , saya tak reti masak. :P

    ReplyDelete
  4. best Nye.. nak try buat lah esok... hari ni nak gi beli daging dulu.. hehe.. tq for sharing eny

    ReplyDelete
  5. apa aje menu yg eny tayang d sini memang kelihatan sedap...terliur KG asal masuk ke sini

    ReplyDelete
  6. Untuk orang bujang macam Sha acaner Kak Eny. Sesuai ke nak masak? :D

    ReplyDelete
  7. erm malas nak komen, memang nampak sedap sangat-sangat-sangat wahai eny ku sayang.:)

    ReplyDelete
  8. oleh kerana Pokchik suka sangat makan daging... maka menu ini WAJIB dicuba..!!
    tQ eny.. ada resepi daging2 lagi, sila share dgn Mokchik eh... hihihihiii... :)

    ReplyDelete
  9. Makan ada lauk ni je pun dah cukup! :)

    ReplyDelete
  10. daging goreng kunyit memang best kalau daging tu lembut. kalau daging tu liat macam chewing gum, jenuh nak mengunyahnya.

    ReplyDelete
  11. simple sangat ni.. selalunya mak yang buat, lepas ni boleh wat sendiri :D

    ReplyDelete
  12. My faberet... Ermmm.. Mabelesss...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com