Daging Air Asam

/
3 Comments
1:49 pm
Kalau nama orang utara tu, mesti tau kami ni suka makan daging cicah ayaq asam. Jangan tak tau no hehehe.. Daging air asam macam ala ala kerabu la, dan ianya memang menu utama di kenduri kendara terutamanya kenduri di korban dan akikah. Kadangkala dicampur perut atau adakala guna perut lembu semata-mata. Adakala orang tak campur daging dan air asam tu, dibuat berasingan, daging direbus hiris nipis-nipis, bila nak makan cicah je. Pun boleh dan sedap juga. Tapi kalau campur lagi sedap lah kan hehehe..

P3307065ed

Menu ni juga sesuai dihidangkan dengan nasi daging utara. Nak resepi nasi daging boleh je di sini Nasi Daging Air Asam & di sini Nasi Daging Utara. Ok jom tengok resepi yang amat lah mudah ni. Bahan pun senang je nak cari.

P3307076ed 

Resepi Daging Air Asam

Bahan-bahan 
1/2 kg daging lembu direbus sehingga lembut kemudian baru dihiris nipis
2-3 biji tomato, dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar kerisik (optional kalau tak mau letak pun boleh)
1 pokok daun sup dicincang
1 mangkuk air asam atau boleh juga guna perahan jus limau dicampur air, adjust ikut kemasaman
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk atau kisar
6-7 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar belacan bakar


Cara penyediaan 

Campur semua bahan bersama bahan ditumbuk dan gaul rata. Siap dihidangkan daging aiar asam ni




You may also like

3 comments:

Siti Yang Menaip said...

ya Allah.. godaaan ni betul orang utara mesti suka ni..!! im in kak.. im in..

Dedaun Comel said...

Sedapnyaa.. ni minggu kena beli daging nak try resepi ni

Fieza Sani said...

Nampak menyelerakan..nak try la nanti...