Nasi Daging Ayaq Asam Kedah

11:00 am

Nasi daging ayaq asam ialah resepi signature Negeri Kedah. Hidangan ni cukup simple. Nasi dimasak dengan air rebusan daging bersama dagingnya sekali, dan cuma dihidangkan dengan air asam tomato (ada yang panggil kerabu tomato). Kalau ada lauk sampingan pun sekadar sup, dalca atau pajeri terung atau nenas. Cara nak masak pun cukup senang. Sesiapa ja boleh cuba. Nasi daging ni selalu orang di Kedah masak waktu Hari Raya Korban, Aqiqah dan sebagainya. Menu utama kalau hari raya korban dan aqiqah disini ialah nasi daging, air asam yang kadangkala dicampur perut lembu didalam nya dan sup tulang. Memang sedap!

P3201520ed


ed

Air Asam Tomato...
  P3201548ed

Pajeri Terung...

P3201549ed P3201556ed

Resepi Nasi Daging Kedah

Bahan sup untuk dibuat stok
1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa

Cara :
Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 8-9 cawan air untuk stok nasi. Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.


Bahan-bahan Nasi
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
8 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus

Cara :
Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup. Tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan daging,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.

Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.

Resepi Air Asam Tomato
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis

Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong.  Picit-picit  atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.

Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan :
4 biji terung sederhana besar - dipotong dua dan dibelah.
1 cawan santan - saya pakai 1 kotak santan kotak KARA dan tambah air secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1-2 biji  bunga lawang
2 -3 buah pelaga
1 paket kecil rempah kari daging - dibancuh dengan sedikit air
1-2 sudu besar gula - terpulang nak manis macam mana.
Sedikit minyak masak untuk menumis - dalam 3-4 sudu besar
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Dikisar atau ditumbuk :
3 - 4 ulas bawang merah
3 - 4 ulas bawang putih
2-3 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama buah pelaga, kulit layu manis dan bunga lawang sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah bercampur air. Tumis dan masak rempah sehingga naik minyak dan garing.

Masukkan santan dan terung serta kerisik.  Tambah air jika perlu. Masak sehingga rebung lembut dan kuah pajeri menjadi pekat. Masukkan gula dan garam. Rasa pajeri ni kena sedikit manis. Jadi pandai-pandailah adjust gula tu ya.

You Might Also Like

21 comments

  1. kak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    tolong jemput saya pergi rumah andaaaaa haha..
    nasi daging sedap..dulu selalu beli kat pasar malam..tp kat psr mlm tu kadang sedap kadang xsedap daging pun dpt sikit jerrrr

    ReplyDelete
  2. Makaseh kak eny..adkdayah tgok time lunch.. T_T tergugat..warghhhhhh

    ReplyDelete
  3. Makaseh kak eny..adkdayah tgok time lunch.. T_T tergugat..warghhhhhh

    ReplyDelete
  4. mak aikkkk sodapnya kak.. dah lama tak merasa nasi dagang..
    Selalunya kalau kat terengganu, nasi dagang kuah gulai ikan aye..

    #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaaa...drooling tengok tuh huhu

    ReplyDelete
  6. Johorrrr manaaaaa Johorrr??? Iskkssss...

    ReplyDelete

  7. Eny..pcl asal org p.buntar, kat sini "air asam parit buntar" tambah kerisik...search google resepi mesti ada. Bila pi Sp rmh mertua pcl kenalkan resipi ni dan makan dgn nasi daging gabungan dua resipi..fuhhh. Raya korban memang kena korban diet..haha.

    ReplyDelete
  8. gulp *telan air liur smbil kesat yg terleleh* hahaha betul2 menggoda lah kak eny >_<

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Bonde sukan makan Pajeri terung...

    ReplyDelete
  11. Bonde sukan makan Pajeri terung...

    ReplyDelete
  12. sedap ja nampak. gambar cantik + resipi memang terbaik kak eny

    ReplyDelete
  13. Assalam eny,
    lama dah iols tak masak nasi daging
    oohoiiii itu ayor asam
    kecur ayor liur iols tau3

    ReplyDelete
  14. kombinasi yang memang sepadan...menyelerakan...pajeri terung memang sesuai..wlupun ramai yg gabungkan ngan acar mentah...pada saya pajeri amat sesuai ...Yummmmyyyy

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaaa.. cek org kedah pun x prnah try masak lg..hihi

    ReplyDelete
  16. Assalam Enny
    Utk 4.5 cawan beras mmg guna 8 cawan air ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... actually sukatan air ni kena ikut beras apa kita guna, tak sama.. boleh je ikut sukatan beras awak guna, kalau nisbah 1: 1 pun boleh... 1 beras 1 air...

      Delete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com