Resepi Nasi Daging Kedah

12:30 pm

Nasi daging ialah antara hidangan popular di utara. Selalunya dimasak pada bulan puasa, hari raya atau semasa kenduri akikah dan korban. Nasi daging ni sebenarnya sejenis hidangan nasi yang ringkas. Nasi dimasak bersama daging dan dihidangkan bersama air asam sebagai pencicah daging tu. Jika ada lauk pun sekadar sup, dalca atau pajeri. Cukup je lauk simple pun kan sebab makan nasinya saja pun dah sedap.

P6182433ed

Sebelum ni dah buat resepi nasi daging ni, resepi boleh tengok di SINI versi yang simle tetapi tidak kurang sedapnya. Tapi kali buat agak berbeza. Saya pakai puri tomato untuk memberi rasa pekat kepada nasi disamping pengunaan susu sejat dan tambah sedikit rempah. Memang sedap.

P6182427ed

Hidangkan dengan ais asam kerisik ni.. Pekat dan sedap!
P6182440ed

Resepi Nasi Daging Kedah

Bahan sup untuk dibuat stok
1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa

Cara :
Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 3-4 cawan air untuk stok nasi. Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.


Bahan-bahan Nasi
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu besar pes tomato puri
1 bungkus kecil rempah sup - atau kalau jumpa rempah nasi daging segera, boleh je guna
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
4-5 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
1 cawan susu sejat
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus

Cara :
Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup bersama rempah kurma. Tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan daging dan susu sejat bersama tomato puri dan kacau rata,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.

Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.

Resepi Air Asam Tomato Berkerisik

Bahan-bahan
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis

Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong.  Picit-picit  atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.

Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Masukkan kerisik. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


You Might Also Like

5 comments

  1. sedapnya. meleleh air liur tengok ayaq asam tu.. :D

    ReplyDelete
  2. jue buat guna perencah iman jer kak eny.. hahaha malas nak sedia bahan2 semua.. kekekek

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi daging...lama tak makan....

    ReplyDelete
  4. SA nampak sup daging kat tepi tu..macam mana nak buat yg macam tu ye..sebab kalau SA buat sure tumis bahannya dan nampak berminyak plak
    .

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com